Katakan TIDAK kepada MICRO-Managers!

Assalamualaikum w.b.t.

Lagi sehari lagi kita akan menyambut Hari Raya Haji dan kelihatan boleh kata semua trafik menuju ke luar kota sesak. Alhamdulillah baru saja pulang dari menghadiri satu mesyuarat agong kelab silat SRISUPER bertempat di SMK Tun Perak. Dan kebetulan dalam kesesakan lalu lintas yang terpaksa aku harungi sepanjang perjalanan untuk pulang ke rumah, aku telah mendengar sedikit perkongsian ilmu dari my mentor bercakap mengenai "bagaimana kita nak memastikan staff atau krew di bawah kita kekal dengan kita pada masa yang sama enjoy doing what they are doing (working)". Yes sebenarnya sejak dua menjak ni aku gemar mendengar ceramah agama dan perkongsian ilmu dari penggiat-pengiat agama dan bisnes seluruh Malaysia. Dan kebanyakan ilmu yang dicedok memang boleh diadaptasikan dalam kerangka hidup normal kita. Sebagai contoh seperti perkongsian tentang ilmu yang berkaitan bisnes tadi, sepatutnya ia diadaptasi dalam salah satu tatacara pengurusan sesebuah syarikat atau bisnes. Tapi aku suka meluaskan skop untuk di adaptasikan dalam setiap karier mahupun kehidupan yang kita sedang hadapi sekarang.



Salah satu point yang diketengahkan ialah terlalu bersikap micro-manage terhadap setiap tugasan yang diberikan kepada orang bawah kita. Atau dengan kata lain, sikap terlalu memerhatikan satu persatu setiap tugasan yang mereka laksanakan. Sebab kita sendiri pun kalau buat sesuatu perkara sambil diperhatikan mesti rasa sangat tak selesa. Kekadang bos yang bersikap begini selalunya mereka yang sangat particular terhadap result. Mereka inginkan sesuatu result itu betul-betul mengikut apa yang mereka harapkan. Dan sikap seperti ini dijamin akan menyebabkan potensi staff-staff atau krew di bawah kita terbantut. Sebab kekadang mereka ada potensi dan cara kerja mereka sendiri untuk menghasilkan result tersebut tapi disebabkan mempunyai bos yang terlalu ingin mengikut caranya, staff tersebut akan lack of exposure in developing their own potential. Dan aku sendiri menghadapi situasi seperti ini. Bukan merungut tapi sekadar beritahu. Apepun aku bersyukur walau mempunyai bos yang seperti ini tapi sekurang-kurangnya setakat ini aku agak bebas untuk mengambil cuti tahunan walau secara tiba-tiba selagi tak memberi kesan kepada kualiti kerja ku. Alhamdulillah.

gambar ni kelakar sikit, sebab situasinya seolah sebijik macam aku hadapi sekarang. (-__-) HAHA

Dan disebabkan aku pernah rasai situasi seperti itu, aku cuba untuk tak bersikap seperti itu terhadap staff di bawah aku. Caraku simple, give them job and set dateline. Next follow up until done. Follow up doesn't mean we monitor all the way how they do the job but just monitor their progress.

Dan berbalik kepada soalan awal, untuk memastikan staff atau krew kita kekal dan selesa bekerja dengan kita, kita perlu memberi peluang mereka selesaikan tugasan dengan cara mereka sendiri. Sebab itu pun motif asal mereka di'bayar'. Kita sebagai bos, hanya perlu pastikan tugasan siap mengikut spesifikasi dan dateline yang ditetapkan. Dan aku teringat pendirian bos aku yang lagi seorang, dia pernah kata "kalau saya ambil staff, saya akan beri kepercayaan penuh terhadap dia untuk selesaikan tugasan tanpa perlu supervise dia sentiasa. Yang penting progress dan result itu ada dan yang paling penting ikut dateline. Kalau kita sebagai bos tak percaya dengan anak buah, baik pecat saja staff kita tu." Ada juga kebenaran katanya.

Just a simple share. Sekadar catitan ilmiah untuk santapan mereka yang memerlukan.

Wallahualam.

Comments