My First Business Trip to DMC Japan - Suspension Tuning
Assalamualaikum w.b.t.
Selalu aku akan tulis berkaitan pengembaraanku mengejar pengalaman di setiap negara yang aku pergi. Jarang sangat aku ceritakan perihal kerjaku di blog ini. Al-maklum, ada antaranya yang agak sulit P&C untuk dikongsikan. Tapi rasanya tak salah untuk aku kongsikan pengalaman untuk pertama kalinya dalam sejarah aku bekerja di luar negara. Juga merupakan sejarah APM menghantar engineer untuk buat absorber tuning di luar negara. First time dan aku bersyukur sebab luckily I happened to be among the first batch involved.
Hari terakhir kami bersarapan di Cafe Omihachiman Station Hotel. Kami terus check out barang dan simpan di dalam kereta Nakayama-san sebab selesai saja kerja hari tersebut akan terus berangkat ke Osaka dan menginap di sana sebelum bergerak ke Airport pada keesokan harinya. Di bangunan hotel yang sama cuma bilik apartment yang berlainan. Agak kecil sikit berbanding sebelum ini.
Selalu aku akan tulis berkaitan pengembaraanku mengejar pengalaman di setiap negara yang aku pergi. Jarang sangat aku ceritakan perihal kerjaku di blog ini. Al-maklum, ada antaranya yang agak sulit P&C untuk dikongsikan. Tapi rasanya tak salah untuk aku kongsikan pengalaman untuk pertama kalinya dalam sejarah aku bekerja di luar negara. Juga merupakan sejarah APM menghantar engineer untuk buat absorber tuning di luar negara. First time dan aku bersyukur sebab luckily I happened to be among the first batch involved.
As usual, gambar sebelum depart di KLIA2 wajib kena ada. Haha. On the way to Gate No. P10 untuk menaiki flight dengan nombor penerbangan D7 536 dari KLIA2 menuju ke Kansai International Airport (KIX)
Rutin dalam flight, membaca buku travelog. Dan disebabkan dah pernah melawat Jepun awal tahun hari tu, so dah well aware dengan borang yang wajib diisi dan diserahkan kepada imigresen di KIX nanti. Antara ruangan yang wajib diisi dalam borang tersebut ialah ruangan no. tel dan alamat tempat penginapan kita sepanjang berada di Jepun. Pernah masa travel ke sini awal tahun hari tu, kami ditahan di imigresen kerana tak mengisi ruangan no tel. Ye la kan. Mana la ade no tel sesiapa masa travel backpack Jepun masa tu. So solusinya adalah isi no tel owner guest house tempat kita menginap.
Alhamdulillah. Selamat tiba di KIX. Suasana masa tu tak sesejuk masa awal tahun hari tu. Sebab masa tu baru berakhir musim bunga sakura nak masuk musim summer. Suhu lebih kurang macam Malaysia.
Keadaan di salah satu stesen Subway di Osaka. Bila bukan rush hour memang lengang saja. Tapi bila tiba rush hour, habis tak nampak lantai terus. Haha.
Destinasi pertama kami seusai tiba di Osaka, terus menuju ke Apartment yang di sewa semalaman menerusi laman Airbnb bertempat di Chuou-ku Osaka-shi, Japan.
Overall? Sangat memuaskan. Walaupun agak sempit tapi selesa dan mencukupi untuk kami bertiga yang hanya menginap semalaman. Sebab esok paginya dah check out untuk kami bersiar-siar sekitar Osaka sebelum bertolak ke Omihachiman Station Hotel untuk mulakan tugas.
Disebabkan ketibaan kami masa tu pun sudah sekitar 3 ke 4 petang. Kami terus mengambil peluang untuk berehat sambil aku menunaikan kewajipanku sebagai seorang muslim dan terus merehatkan diri.
Disebelah malamnya kami cuma keluar mencari restoran terdekat untuk mencari juadah makan malam. Agak mencabar sikit aku untuk cari makan di sekitar Jepun ni. Al-maklum, semua juadah yang berunsurkan daging menggunakan daging babi. Dan kalau betul ayam pun, kaedah penyembelihannya juga diragui. Sebagai langkah berjaga-jaga, aku sudah tekankan perkara ini lebih awal kepada bos aku dan colleague aku yang keduanya berbangsa Cina. Dan mereka ini juga sangat memainkan peranan. Bos aku boleh membaca tulisan Jepun disebabkan tulisan Jepun dan China tak jauh beza sangat. Dari segi penapisan ingredient masa pembelian makanan, bos aku akan pastikan terlebih dahulu tiada perkataan 'babi' di bahagian ingredientnya. Dan colleague aku pula walaupun Chinese tapi seorang penggiat Kristian dan memang tak boleh nak bertutur dalam bahasa Cina. Tapi yang menariknya, beliau seorang penggemar tegar anime dan disebabkan itu beliau berjaya kuasai serba serbi pertuturan bahasa Jepun.
Sebelum pulang ke apartment, kami singgah kedai mart untuk membeli bekalan makanan sarapan untuk keesokkan paginya. Harganya agak murah. Dan aku pula hanya boleh menjamah Mee UDON dan SOBA saja sepanjang berada di sini.
Esok paginya selesai sarapan di apartment, kami terus check out dan terus bergerak menuju ke Namba Station untuk simpan barang di loker yang disediakan. Kosnya seperti tertera di gambar atas JPY600. Laptopku pun terpaksa ditinggalkan di sana. Alhamdulillah, di sini keselamatannya sangat terjamin walau pada mulanya rasa tak sedap hati jugak. Sebab semua data perihal kerja ada di dalam laptopku itu. Apepun alhamdulillah takde apa yang terjadi.
Hanya tiga saja destinasi yang sempat kami kunjungi disebabkan kesuntukan masa.
1. Nipponbashi
Hasrat berkunjung di sini ialah colleageku, Vincent teringin membeli Gundam dan siap berkunjung sudah di kedainya. Namun disebabkan kotaknya yang agak besar dan menyukarkan untuk ke sana sini lepas tu, beliau batalkan hajat untuk membelinya. Manakala bos aku pula sibuk mencari ketip kuku. Katanya ketip kuku di sini lawa-lawa designnya. Tapi aku tengok biasa aje. Haha. banyak juga kedai yang dia stopby untuk bertanya harga dan design yang menarik. Akhirnya ada juga satu pharmacy yang beliau kunjungi dan beli terus siap dapat khidmat nasihat lagi.
2. Yodobashi Umeda Electronic Store
Destinasi ini memang sudah lama dirancang untuk pergi. Orang kata pusat electronic di Umeda. Setiap tingkat dijual barang elektronik tertentu. Dan ada juga dijual barang selain electronik di sini. Di sini bos aku mula sibuk mencari ubat untuk lenguh bahunya. Apa entah namanya dah terlupa. Masuk ke dalam bangunan terus bertanya pekerja di sana tentang ubat lengh bahu yang dicarinya. Dapat saja terus selesaikan akad jual belinya. Seterusnya kami singgah di tingkat atas pula untuk mencari jam tangan. Bos aku ni merupakan penggemar jam tangan berjenama G-Shock dan keturunannya. Kalau tanya dia pasal design G-Shock ni dari dulu sampai sekarang, memang dia boleh cerita detail. Haha. Dan hajat dia datang ke sini juga adalah untuk membelikan dua buah jam tangan G-Shock untuk kedua orang anaknya sebagai ole-ole dari sini. Dan kebetulan offer ketika itu, bayaran di atas JPY10,000 akan terlepas dari tax. Maka habis kena 'paksa' aku untuk beli jam tangan G-Shock tu. Haha. Aku pula memang tengah mencari juga jam tangan. Cuma tak terlintas nak brand G-Shock. Tapi bila dah kebetulan ada di sini, aku pun ambil keputusan untuk membelinya juga. Dan ini merupakan jam tangan kedua aku beli di luar negara. Jam tangan pertama aku beli semasa travel ke Dubai brand Tissot.
3. Umeda Sky Building
Dah habis destinasi yang bos dan colleague aku rancang, sekarang tiba giliran aku pula. Sebenarnya rancangan untuk melawat Umeda Sky Building ini terpasang semasa backpacking awal tahun hari tu. Tapi hajat tak kesampaian untuk melawat atas sebab kekangan masa dan kewangan. Maka aku kira inilah masa yang terbaik untuk melunaskan hajat yang sekian lama terpasang. Haha. Kami pun menuju ke Umeda Sky Building dengan melalui lorong bawah tanah untuk melintasi kawasan construction site dan terus tiba di depan bangunan tersebut. Sebelum naik ke atas, kami lawat Pusat Pameran Mazda disebelah bawah bangunan tersebut. Dan baru bergerak naik ke atas dengan menaiki lif untuk sampai ke beberapa tingkat sebelum atas. Dan di situ kami diminta untuk membuat pembayaran sebelum dibenarkan untuk menaiki escalator ke ruangan atas bangunaan (indoor). Untuk ke bahagian outdoor pula, kami akan menaiki satu lagi tangga untuk ke puncak bangunan ini untuk menikmati udara segar dari atas. Pemandangan subhanallah sangat cantik dapat melihat sekeliling bandar Umeda.
Alhamdulillah. Perancangan berjaya. Walau agak kecewa sikit sebenarnya dengan puncak Umeda Sky Building. Ingatkan adalah benda yang istimewa selain pemandangan kat atas, rupanya hanya sekadar pemandangan sahaja. Apepun perasaan gayat masa menaiki lif dinding lutsinar untuk ke atas bangunan tersebut merupakan pengalaman yang tak dapat aku lupakan. Gayat bak ang! Ketaq lutut den.
Selesai saja hajat kami bertiga untuk ke lokasi-lokasi yang telah dinyatakan di atas, terus kami kembali ke loker untuk mengambil beg dan terus bergerak menuju ke Omihachiman dengan menaiki JR train. Alhamdulillah. Selamat tiba di Omihachiman station sekitar jam 7.00pm seperti yang dijanjikan dengan our TA from Hitachi, Nakayama-san. Kami terus check in di Omihachiman Station Hotel dan keluar dinner bersama Nakayaman-san di restoran dalam AEON yang terletak bersebelahan hotel tersebut. Berikut adalah selingan gambar keadaan hotel kami. Sebilik seorang.
Seawal 7.15 pagi kami akan keluar dan bersarapan di bahagian cafe hotel. Sarapan disediakan sepanjang kami menginap di sini. Cuma juadah nya sama sepanjang 4 hari di sini. Seusai sarapan, tepat jam 7.45 pagi kami akan bergerak ke DMC dengan menaiki kereta sewaan Nakayama-san, Toyota Wish (Black Edition).
Pemandangan semasa dalam perjalanan ke DMC. Di kelilingi sawah padi ibarat berada di negeri Jepalang Padi, Kedah Darul Aman.
Sebelum masuk ke DMC, kami akan beli bekalan untuk lunch di Family Mart berhampiran. Sebab keluar masuk kilang DMC ni amat melecehkan. So, kami hanya akan menikmati juadah makan tengahari dengan bekalan ini di tempat workstation kami nanti.
As informed earlier, anything related to my job here I cannot share here. So begitulah rutin aku setiap hari. Cuma setiap malamnya kerja selesai lebih kurang jam 8.30 malam dan kami akan pergi dinner di restoran-restoran yang berbeza setiap malam. Nama restorannya pun pelik-pelik so tak dapat nak mention di sini. Haha.
Hari terakhir kami bersarapan di Cafe Omihachiman Station Hotel. Kami terus check out barang dan simpan di dalam kereta Nakayama-san sebab selesai saja kerja hari tersebut akan terus berangkat ke Osaka dan menginap di sana sebelum bergerak ke Airport pada keesokan harinya. Di bangunan hotel yang sama cuma bilik apartment yang berlainan. Agak kecil sikit berbanding sebelum ini.
Sarapan di hari terakhir. Menu yang sama.
Check out time! Bye-bye Omihachiman Station Hotel. Till we meet again.
Kenderaan rasmi kami sepanjang berada di sini. Toyota Wish.
Dah hari terakhir baru gatal tangan nak jugak snap gambar pagar utama Daihatsu Motor Corp. Haha. Di sini kami di minta mengisi borang tapi phone still dibenarkan bawa hingga sampai ke pagar untuk ke Testing Track. Di situ kami diminta memasukkan handphone kami ke dalam loker berkunci yang disediakan. Sebelah petangnya kerja selesai lebih kurang jam 430 petang. Kami berkesempatan untuk membuat lawatan sikit yang ditour guide oleh Nakayama-san.
Disinilah berakhirnya kami bersama Nakayama-san. Gambar terakhir sebelum berpisah. Beliau akan terus kembali ke rumahnya beberapa jam dari sini. Dan kami pula akan terus bergerak ke Osaka.
Hajat Vincent untuk membeli Gundam sebenarnya masih terpasang. Dalam keadaan rushing kami berhenti di Namba Station dan aku diminta untuk menjaga semua beg manakala bos dan dia terus berlari ke kedai berkenaan. Malangnya ketika itu jam sudah menghampiri 8.00 malam. Kedainya sudah tutup. Tergendala hajat Vincent. Dan kami pun terus menuju ke apartment untuk check in dan letak barang. Destinasi kami pada malam tersebut ialah bersiar-siar sekitar Nipponbashi sambil mencari juadah untuk makan malam. As usual, pekena menu Kitsune Udon di salah sebuah restoran berkonsepkan Singapore. Tak sempat nak tangkap gambar masa tu. Haha. Selesai dinner, terus kami pusing-pusing sekitar bandar untuk malam terakhir kami di sini.
Seawal 630 pagi kami sudah bangun keesokannya. Bersiap-siap dan hanya bersarapan di dalam apartment seperti biasa hasil bekalan yang dibeli di Mart semalamnya. 730 pagi kami check out dan terus bergerak menuju ke Airport. Depart meninggalkan negara matahari terbit ini sekitar jam 11.00 pagi dan tiba di KLIA2 sekitar 5.30 petang. Alhamdulillah. Selamat tiba di Malaysia dan segala perancangan dan perjalanan kerja pun berjalan dengan lancar.
Pengalaman pertama aku bermusafir bekerja di negara orang. Melihat budaya kerja yang sangat berbeza dengan Malaysia. Budaya kerja di sini aku boleh kira mejoritinya adalah workaholic hingga ada yang balik lewat setiap hari. Tapi mereka sikit pun tak merungut malah mereka akan rasa tak puas hati kalau matlamat kerja mereka tak tercapai untuk hari itu. Dan di sini juga environmentnya agak profesional. They treat suppliers like their customers. Full of respect. Tak macam sebilangan company OEM di Malaysia yang treat suppliers like their 'slaves'. Not all, but some of them.
Wallahualam.
Comments
Post a Comment