GoPro Addicted | GoPro Hero 5 Black Launched!

Assalamualaikum w.b.t.

Sejak suka travel sana sini ni dah mula berjinak-jinak dengan GoPro. Tapi setakat ni pinjam kawan je la mampu. Nak beli sendiri terasa macam banyak lagi benda lain yang lebih penting untuk didahulukan. Orang kata kalau setakat kehendak tu boleh abaikan. Berikut adalah antara gambar-gambar yang pernah ditangkap menggunakan GoPro Hero 3+ Black Edition sahabatku sepanjang aku travel.

Kiyomizudera Temple, Kyoto, Japan

Osaka Castle, Japan

Glass House (Nunobiki Herb Garden), Kobe, Japan

Kawah Ijen, Indonesia

Masjid Nasional Al-Akbar Surabaya, Indonesia

Monumen Tugu Pahlawan, Surabaya, Indonesia

Kebun Binatang Surabaya, Indonesia

Banyak sebenarnya gambar-gambar bila sekali dah pegang GoPro. Setakat ni sekali pegang minimum 100 gambar. Haha. Cuma sejak dua menjak terasa status 'kehendak' tu mungkin bakal menjadi 'keperluan' pula lepas ni. Lagi-lagi bila model baru dah officially launched semalam. GoPro Hero 5 Black! 

Sedikit review untuk GoPro Hero 5 yang baru saja launching semalam dari blog sebelah.

# SUMBER : Smuggld GoPro & Accessories 

Semalam Launching Hero 5, Hero 5 Session dan Karma 
“ Over the years, GoPro has become very well known for enabling amazing photos and videos. From ordinary, to extraordinary: GoPro.”
— GoPro CEO Nick Woodman   
Post ni akan cerita tentang flagship Gopro, GOPRO HERO 5 BLACK.  
 
THE SPEC
Jika lihat pada camera capabilities untuk video dan photo. Boleh kata tiada perbezaan. Refer table below: 
 


APAKAH YANG BARU?APA YANG BERBEZA?
But of course, ada sedikit improvement pada Hero 5 Black. Jom bincang: 

 


1. LCD SCREEN
HERO5 is like Hero 4 silver+Hero 4 Black.
Now imagine, anda anda feature Hero 4 Black, tapi ada LCD screen! tak perlu beli additional LCD backpack (RM300++). Its all built in! 

2. WATERPROOF OUT OF THE BOX
HERO5 tak perlu pakai waterproof housing.  Tanpa housing, HERO5 boleh pergi sehingga 10m (33ft in retard unit). TAPI, 10m tak cukup untuk divers. Waterproof housing HERO4 boleh pergi sehingga 30m. Knowing Gopro style of marketing, waterproof housing pasti akan dijual asing nanti. Jom berharap saya salah. Kalau tidak, bad news for divers. 

Additional, Gopro overheat problem solved! 

3. BETTER SOUND RECORDING
HERO5 ada 3 microphone, dan Gopro software cherry picks the best sound dari ketiga-tiga mic ni semasa rekod video, jadi audio akan jadi lebih baik! Plus, tanpa waterproof housing, tiada lagi bunyi muffled. 


 


4. IMAGE STABILIZER
This is a BIG PLUS! Pernah tak anda rekod video sambil berjalan kemudia tengok hasil footage anda lepas tu anda rasa nak baling GOPRO anda tapi sebab GOPRO mahal anda tak jadi baling?

in short, Gopro footage bergegar teruk! Kalau betul image stabilizer ini seperti yang diiklankan, (seperti petikan Youtube di bawah) 

  


5. VOICE CONTROL
"Gopro take photos"
"Gopro shoot burst"
"Gopro amek gambar pastu upload insta!"

Agak cool,bukan? Bukannya penting sangat, tapi mungkin berguna pada sesetengah orang ( well, who actually use SIRI on their iphone?).
Tapi, tak perlu guna remote lagi! Thats a big plus for those who think smart remote is too expensive , walhal saya dah ajar macam mana nak selfie tanpa remote!

6.BATTERY
Gopro tukar bateri lagi!
Bateri HERO5 mempunyai Capacity lagi besar dengan 1220mAh. Harap dapat bertahan lagi lama dari Gopro sebelum2 ni. 
 


SELLING PRICE
HERO 5 BLACK price (US)= $399
Banyak tengok orang tulis harga dalam RM1650. How do you get that number dude? You cant simply convert USD to MYR.LOL. Tax?Shipping? Evil sole distributor mark up?- I bet it will be around MYR1899-2099. But hey, lets hope I am wrong!

IS IT WORTH IT?
Its always nice to have the latest product,right?
Tapi untuk mereka yang kurang pasti, dan tidak mahu membuang RM1000-RM2000 sesuka hati. Baca ni dulu.

Kalau anda sekarang pakai HERO3+BLACK dan kebawah, yep sangat berbaloi angkat HERO5. Saya adalah user HERO3+BLACK, semasa kami pakai 3+,kami semua sedar yang 3+ ada masalah lowlight, jadi itu feature yang kami tunggu pada 4. Jadi ketika HERO4 keluar dengan function nightmode, kami jadi gila!

Tapi kalau anda pakai HERO 4, personally and this is only my own humbled opinion, i dont think its worth it. HERO4 is good enough. Kita beli Gopro kerana photo dan videonya, macam saya dah tunjuk, SEMUA SAMA. Kalau anda perlukan feature2 baru yang saya listkan, then go for it.

Contoh, anda seorang videographer, feature 1,2,3 dan 4 sangat penting dan membantu. Pernah berada di situasi, nak rekod video, tapi taknak pakai waterproof housing, tapi takut nanti tiba-tiba hujan, atau tiba air terpercik, tapi kalau pakai waterproof housing sound kurang. Dilema ini selesai dengan feature baru HERO5!

Seperti biasa, production HERO4 akan stop once HERO5 launched. Jadi kalau anda nak beli HERO4, beli sekarang. Kalau tak beli HERO5 sahaja, lagi best, barang baru :)

BUT HEY!

ITS ALL UP TO YOU!



# SUMBER : Smuggld GoPro & Accessories 

Ok. Dah tak sabar nak beli. Apepun kena tunggu bulan 10 baru sampai Malaysia. Atau kalau nak beli batch luar negara, dah boleh start order sekarang. Sebelum beli kena tengok review orang untuk 3 bulan pertama dulu. Kalau OK insyaAllah baru pelan-pelan kayuh untuk beli sebijik untuk diri ini. Haha. Makin bertambah la post bergambar dalam blog ni.

Wallahualam.

Comments