Road to PRU13...
Assalamualaikum, Terasa lama benar ku tak mencoret. Rasa bersalah pun ada. By the way, HAPPY LABOR DAY to all workers. Hope you'll make full use of your one day holiday. Entah kenapa aku tetibe terpanggil untuk menulis sesuatu malam ni. Mengenai apa itu belum ku pasti. Mungkin sekian lama menyepikan diri tanpa khabar dan cerita dari pihak penulis. Ikut hati, banyak perkara dan kisah yang berlaku dalam hidup ini nak dicoretkan di sini tapi ku khuatiri mungkin akan menyerabutkan lagi post laman ini. Dan disebabkan itu aku telah memilih untuk memberi sedikit pesanan mahupun teguran buat yang berkenaan berkisarkan keadaan semasa yang sedang hangat sekarang yakni Kempen PRU13. Yes. Memang blog ini bukan berlatarbelakangkan perbincangan berorientasikan politik, tapi aku rasa terpanggil untuk memberikan sedikit pendapat yang tak seberapa dari seorang yang baru pertama kali berkecimpung dalam dunia pilihanraya umum. Namun, bagiku pertama kali bukan menjadi kayu pengukur sejauh mana seseb