Check Out! Goodbye IIUM!
Assalamualaikum. Alhamdulillah, 20hb yang lalu keluar secara rasminya keputusan pengajian semester lepas. Syukur Ya Allah! Walau misi di hati tak tercapai namun aku berjaya memaintainkan CGPAku di takuk yang sama. Alhamdulillah. Aku berjaya graduate dengan CGPA 3.2 dan kalau ikut perkiraan gred UIA ia diiktiraf sebagai second class upper. Secara keseluruhan gred semester lepas agak memuaskan. Kedua subjek elektifku berjaya menyelamatkan pointerku dari terus merudum. Tak menyesal aku ambil dua subjek tu. Seriusly. Aku ambil kedua subjek tu bukan kerana subjek tersebut mudah malah susah ade la. Cuma niat ambil semata-mata untuk pendedahan terhadap bidang yang menjadi demand sekarang untuk sektor automotif. TAHNIAH kepada semua yang berjaya mencapai target masing-masing. Dah teruskan usaha untuk yang masih gagal mencapainya. Mungkin Allah ade merancang sesuatu yang lebih baik untuk masa mendatang. Kalau bukan untuk akademik, mungkin untuk yang lain. Percayalah pada hikmah. Allah Maha Adil...