Posts

Journey To SUKMA XIII Melaka 2010

Image
Assalamualaikum. (...SUKMA XIII MELAKA!!!...aku datang..aku pulang..) Untuk post kali ni memang aku khaskan tentang perjalananku ke SUKMA XIII kat Melaka beberape hari lepas.Walaupun baru beberapa hari berlalu terasa seolah-olah semalam jer baru berpisah dengan sahabat-sahabat kontinjen pencak silat selangor. Mungkin disebabkan ukhuwah yang terikat erat dan mungkin jugak terlampau banyak kenangan yang telah dilakar bersama sepanjang kem latihan pusat sehingga SUKMA selesai. Maybe aku akan kongsi sikit pengalaman aku bersama kontinjen Selangor yang mane masih terpaut erat dalam sanubariku sehingga kini. Isnin (7/6) Semua kontinjen pencak silat sukma selangor berhimpun di Pusat Akuatik Darul Ehsan (PADE) dalam lebih kurang jam 10 pagi. Lepas sarapan dan beli sikit makanan ringan untuk alas perut mase dalam bas, kitorang semua bertolak dengan menaiki bas yang disediakan oleh MSN Selangor. Gambar-gambar sepanjang perjalanan ke Melaka. ..bergambar sebelum bertolak (dak2 Gombak).. ..keletiha...

Rest Time !!!

Image
Assalamualaikum. (..Fuh~..satu MISI dah selesai..yang seterusnya sentiasa menanti..) Alhamdulillah. Berakhir sudah kesibukan aku selama ini yang mana aku rase banyak memberi kesan kepada keluargaku, rakan-rakanku, dan yang paling penting diriku sendiri. Bersua kite kembali setelah hampir lebih 3 bulan aku tak mengupdate blog. Mungkin ramai yang tertanya kalau sebelum ni aku selalu berblogging tapi tetibe jer biar bersawang hampir berbulan-bulan. ..Pembukaan Sukma Melaka 2010 di Stadium Hang Jebat.. Kini karier aku sebagai atlet silat negeri Selangor terhenti seketika setelah secara rasminye pertandingan pencak silat sukma XIII 2010 ditutup rasmi oleh YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka merangkap Presiden Pesaka Malaysia pada 15 Jun yang lalu. Mungkin ramai jugak sahabat-sahabat diluar sane yang tertanya-tanya sama ada aku menang ke kalah. Jawapan nyer simple jer iaitu 'tak menang'. Tapi aku tak kesah sebab aku rase aku dah berjaya perform yang ter...

Jogging di Pagi Hari

Image
Assalamualaikum. (..fitness..fitness..fitness..itulah yang menjadi penghalang aku sekarang ni..Huhu..) Fuh~ penat betol. Baru dua hari start jogging di pagi hari. Huhu. ..badan sihat..otak cerdas..(gambar hiasan).. Pagi semalam dalam pukul 800 pagi aku keluar rumah nak pergi jogging kat Taman Tasik Seri Gombak . Aku berjaya buat 7 pusingan tasik jer. Mungkin sebab aku amek keputusan jogging langkah besar kot. Tercungap-cungap sikit ade jugaklah. Pastu aku buat sprint naek anak tangga beberapa set disusuli dengan sit up 30x dan push up 30x. Then jalan atas batu-batu (laluan urut kaki). Lastly buat cooling down. Selesai jogging dalam pukul 930 pagi. ..Taman Tasik Seri Gombak.. Pagi hari ni pulak aku amek keputusan nak pergi jogging kat Taman Tasik Titiwangsa . Tapi, disebabkan aku bangun lewat sikit dalam kul 830 pagi (tidor balek lepas solat subuh), pagi ni aku keluar rumah bertolak pergi jogging dalam pukul 915 pagi. Sampai Taman Tasik Titiwangsa dalam pukul 930 pagi dan terus mula jog...

Kem Di Bukit Cerakah

Image
Assalamualaikum. (..Adoyai~..panjangnyer post kali ni..aku tak pakse korang bace..Hehe..) Fuh~ lame jugak aku tak meng'update' blog ni. Maklumlah kesibukan yang tiada penyudah. Huhu. Namun insyallah kali ini aku nak kongsikan sikit cerita tentang diriku selama aku tak meng'update' blog ni. Pada hari Jumaat (30/4) yang lalu, seperti biase aku menuju ke Shah Alam untuk menghadiri kem latihan pusat silat kontinjen Selangor. Tapi untuk kem kali ni ade kelainan sikit dimana kem kali ni telah dijalankan di Bukit Cerakah dan berobjektifkan latihan mental. Untuk penyertaan kem kali ini, hampir separuh dari atlit silat kontinjen Selangor yang menyertai iaitu seramai 14 orang antaranye :- Silat Seni Fitrin Nazrul Hanif Yusuf Nurul Silat Olahraga Ali Fikri Faizul Nasir Fawwaz Umira Redzuan Syakir Azimah Hafizah Yang lain semua ade urusan seperti menghadapi final exam dan terlibat dengan Kejohanan Gayong Terbuka. Untuk perjalanan kem kali ni, insyallah aku cube ceritakan ape yang ...