Posts

Arrived at Square One Mall

Image
Alhamdulillah. Selamat tiba di Square One Mall, Batu Pahat, Johor. Petang ni dah mula kategori SILAT SENI untuk IPT. UIAM, UiTM, UPNM! Gudluck. Hari ni korang bertanding. Esok aku pulak. Huhu. Cuak pulak bile fikir game aku esok. Fight aku setakat ni Thailand ngan Singapore. Harap dapat perform yang terbaik. Insyallah. Published with Blogger-droid v2.0.9

POSTING di Dubai

Image
Assalamualaikum. Super STRAP! Bungkus BEG atas faktor keselamatan Timbang BEG Bersiap untuk CHECK IN beg My BRO yang akan ke DUBAI My Whole FAMILY including the one who are taking the picture (My Sister) and the one who stand beside her (My Dad) Selesai sudah kami SEKELUARGA mengescort abangku sebelum terbang ke Dubai kejap tadi. Seawal 630 pagi dah bertolak dari rumah menuju ke KLIA. Pemergian abangku ke Dubai atas urusan kerja beliau. Mendapat POSTING di Dubai selama 2 tahun. FLIGHT beliau dijangka berlepas jam 1000pagi. Sempat jugak kami semua pekena SARAPAN di AIRPORT tu. Agak mahal. Menelan KOS RM8 sepinggan. Standard la dah kata kat AIRPORT KLIA. Lepas ni giliran abangku sorang lagi pulak yang akan sambung belajar ARAB di Yaman bulan depan. Published with Blogger-droid v2.0.9

Happy Birthday PIJA!

Image
Selamat Hari TUA buat sahabat sepersilatanku dari UiTM. Sharipah Nurhafizah atau lebih glamor dikenali dengan gelaran Pija. Kebetulan pulak petang tadi aku berhajat untuk menjenguk pergunungan untuk berurut. Alih2 telah dirancang untuk mengenakan sahabatku sorang ni sempena hari kelahiran beliau hari ni. Walaupun plannya aku tak tahu, tapi nampak gaya agak lari dari rancangannya. Haha. Yang bukan birthday girl pun terkena tempias TEPUNG dan TELUR. Aku pulak? Yes! Memang CONFIRM terkena jugak tapi tak la seteruknya yang lain. Maklumlah, aku lah yang jadi tukang rakamnya. So, nak tak nak dorang kena AKUR tak boleh nak 'serang' aku. Kalau tak habes rosak handset dan rakaman semua. Haha. Memang PADAN la aku tak bape suka orang ingat tarikh birthday aku. Sebab aku memang TAK GEMAR dikenakan seperti tadi. TEPUNG bercampur TELUR ditepek di atas kepala dan seluruh badan. Serius macam haram baunya. Tapi aku respek jugak ngan dorang ni. Sanggup buat PLAN tu walaupun lepas tu memang doran...

Dikenali di ALAM MAYA

Image
Selesai sudah latihan untuk sesi pagi yang berakhir setelah berkumandang AZAN Zuhur. Tu naseb baik dengar azan, kalau tak dah lame habes lewat sikit. Haha. Latihan teknik FULL SET 5 kali untuk kategori REGU dan 2 kali untuk kategori TUNGGAL tangan kosong. Lunyai habes. Dengan tak bertenaga dan lesu. Permainan agak lembab dan tak aggresif. Mungkin faktor cuaca kot. Huhu. Mula2 PANAS TERIK pastu HUJAN tetibe. Baru ku tahu dan sangat2 tak kusangka penulisanku selama ini telah menjadi tatapan sahabat2 sepersilatan dari UKM. Telah menjadi sumber inspirasi mereka untuk menaikkan mood dan semangat mereka bersilat. BUKAN nak bangga atau riak. Cuma diri ini terasa MALU dan SEGAN kerana kaedah penulisan yang kurang profesional dan agak bersantai tapi masih ada kelibat pembaca2 yang setia. Sangat respek pada mereka. Bayangkan sampai tahap publishkan blog aku kat dalam group fb UKM Silat Team. Waaa! Segan siut! Rupanya dorang kenal aku. Aku je yang tak kenal dorang. Tapi mungkin sekarang ni penuli...

IIUM Intensive Training DONE!

Image
Alhamdulillah. Selesai sudah sesi latihan intensif untuk TEAM SILAT UIAM untuk persiapan ke Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala TPM 2012 semalam. Setelah hampir beberapa minggu berhempas pulas dari Damansara ke Female Sport Complex. Simulasi dah pun  dijalankan untuk setiap kategori baik silat seni mahupun silat olahraga. Cuma kami, yang atlit MALAYSIA ni masih tak cukup persiapan dari sudut keseragaman dan keserentakan pergerakan jurus. So, kami ni still buat latihan berterusan sehingga hari kategori Silat Seni peringkat antarabangsa dipertandingkan. Aku pulak dah kene start fokus kategori INDIVIDU yakni Jurus Tunggal hari ni. Dah hampir seminggu mengabaikannya gara2 memberi laluan kepada teammate baru untuk selaraskan gerak bersama. Serius makin cuak. Hari pertandingan makin hampir. Kalau bawak nama negeri or universiti aku tak kesah sangat. Ini aku bawak nama negara. MALAYSIA! Memang dulu teringin sangat dan tak pernah terfikir pun mampu menjulang nama negara dalam arena y...

NEW Record!

Image
Alhamdulillah. Berjaya jugak aku mencipta REKOD baru untuk 2.4km. 11.04min. Rekod paling pantas aku setakat ni. Tapi bila da selesai 6 round stadium tadi, memang SAKIT GILER kaki aku. Dari sakit SHIN naik ke LUTUT sampai ke PAHA. Sampai tak terjalan aku. Serius SIKSA! Ape la masalah kaki aku ni. Sekali buat ANAEROBIK exercise mesti effect sakit kaki. Nak kata dah tua, aku MUDA lagi kot. Haih. Sabo je la. Minggu ni setiap petang start dari hari Isnin hari tu sampai arini Jumaat, aku NONSTOP buat larian trek. Cuma masa mula2 dulu ade la buat SPEED sikit lepas tu. Sekarang ni je tak boleh buat dah. Sebab takut injurd. Memang bole kata tiap petang meriah je stadium tu. Dengan latihan BOLA PADANG. Latihan LARI PECUT. Yang berjogging pusing STADIUM saja2 pun ade. Sampai boleh hafal muka mereka2 yang selalu ade kat stadium tu. Haha. Rasenya start esok dah boleh REST sikit. Tak boleh nak push sangat. Makin dekat dengan game, makin tinggi risiko nak injurd. Maklumlah, aku ni selalu je diMARK se...

Solat JUMAAT Sesak!

Image
Assalamualaikum. Fuh. Kemain penuh lagi SOLAT JUMAAT tadi kat Masjid SHAS UIA Gombak. Standard tingkat 3 berapa kerat je yang solat kat situ, kejap tadi bila dah habes solat, nak turun tangga pun kemain SESAK. Rupa2nya sekarang ni GROUND FLOOR masjid UIA bahagian belakang dah dijadikan ZON MUSLIMAT. Mane tak packed nya kat tingkat atas sekali. Huhu. Nampak gaya lepas ni kene datang masjid awal sikit la kalau tak nak dapat PORT solat yang tak selesa. Maklumlah kat UIA ni lain sikit, waktu solat Jumaat ade je muslimat2 yang pergi MASJID jugak. Baru kejap ni dapat invitation OPEN HOUSE dari Coach ZUL hari Ahad ni kat SEPANG. Masanya kul 8-12 malam. Paginya pulak OPEN HOUSE rumah ANEP kat Taman Mutiara Gombak lepas Zuhur. Hari tu jugak Team SILAT UIAM bertolak ke Batu Pahat untuk  Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala TPM 2012. Huhu. Pack jugak nampaknya hari Ahad ni. Kebetulan pulak Dato' Siti pun buat OPEN HOUSE Ahad ni. Baru dengar kat RADIO tadi. Errr. Rasenya yang Dato' Si...

Dreams VS Studies

Image
Assalamualaikum. Terasa lama benar tak mencoretkan sesuatu di blog ni. Maklumlah sekarang ni dah punyai lagi satu blog yang lebih berkonsepkan penulisan santai. Sekarang ni keadaanku sangat sangat sibuk dengan persiapan menjelang Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri (TPM) 2012 yang akan diadakan di Square One Mall Batu Pahat Johor pada minggu depan. Terasa berjauhan dengan sahabat2 yang dahulunya rapat dan selalu bersama. Sarapan bersama. Lunch bersama. Dinner bersama. Berjauhan dengan roomate yang selalu meluangkan masa menonton movie sambil bergelak ketawa bersama setiap malam. Berjauhan dengan family yang selalu memberi sokongan kepadaku walaupun berjauhan dan jarang bersama sejak dua menjak ni. Sangat terasa diri ini pentingkan diri. Namun itulah hakikat yang patut aku terima. Pengorbanan yang sentiasa bertali arus. Sekarang sangat sibuk dengan kejohanan TPM. Hujung tahun ni pula bakal sibuk dengan persiapan untuk ke Kejohanan Pencak Silat Sukan Univer...

ENERGY Supplement!

Image
PISANG dan AIR KOPI O PANAS seringkali menjadi pilihan coach aku sebagai pembekal tenaga sebelum mulanya latihan. Lagi2 dalam situasi sekarang ni, kekangan masa yang teramat sangat untuk mempersiapkan team regu MALAYSIA untuk game TPM minggu depan. Persediaan dari sudut TEKNIK masih memerlukan beberapa sesi latihan je lagi. FITNESS pulak kene inisiatif sendiri. Petang2 jog ngan speed. Tapi sebab kaki aku ni dah macam WAJIB pulak sakit bila tang berlari, aku just buat jog long distance je 10+ round stadium. Anaerobik. Bahaya jugak last2 minit ni. Kene jaga kecederaan. Kalau rase possibility nak cedera tu ade bile buat fitness, terpaksa elakkan. Huhu. Published with Blogger-droid v2.0.9

My Schedule for SEM 1 (2012/2013)

Image
Assalamualaikum. Jadualku sepanjang semester kali ni. THIRD YEAR, FIRST SEM! Agak tak packed. Actually ikutkan penuh je jadual amek 20 credit hour. Tapi setelah mengambil kira kesibukan yang bakal ku hadapi menjelang bulan NOV-DIS ni, aku terpaksa DROP dua subjek iaitu HEAT TRANSFER dan ENGINEERING MANAGEMENT menjadikan credit hour aku sem ni hanya 14.5. Nak wakil MALAYSIA punya pasal. Sekali seumur hidup kot dapat merasa. Huhu.