Posts

Impian hanya tinggal Angan-Angan

Image
Assalamualaikum. Terasa sedih sangat. Cita-cita dan impian nak mengembara ilmu di tanah United Kingdom tak kesampaian. Offer letter dah dapat tapi application MARA ditolak. Namun, perjuangan harus diteruskan. Aku redha. Mungkin Allah telah merancang sesuatu  yang lebih baik untukku. Mungkin rezekiku di sini. Menyumbang sesuatu untuk tanah tumpah darahku, Malaysia. Terima kasih buat semua universiti2 yang menerima permohonanku.  University of Sheffield  University of Manchester University of Leeds  University of Sussex  University of Glasgow University of Brighton  University of Loughborough Maaf, ambo tak kesampaian nak ke sana (salah satu uni di atas). Mungkin rezeki lain tahun. Mohon shbt2 doakan ambo berjaya utk tahun depan pulak. Amin. Maka benarlah perancangan Allah SWT itulah yang terbaik. Walau sebanyak dan semampat mana perancangan kita namun masih tak mampu untuk menandingi-NYA. Kerana DIA lah yang menentukan segala-galanya.  Sebahagian dari C...

Check Out! Goodbye IIUM!

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah, 20hb yang lalu keluar secara rasminya keputusan pengajian semester lepas. Syukur Ya Allah! Walau misi di hati tak tercapai namun aku berjaya memaintainkan CGPAku di takuk yang sama. Alhamdulillah. Aku berjaya graduate dengan CGPA 3.2 dan kalau ikut perkiraan gred UIA ia diiktiraf sebagai second class upper. Secara keseluruhan gred semester lepas agak memuaskan. Kedua subjek elektifku berjaya menyelamatkan pointerku dari terus merudum. Tak menyesal aku ambil dua subjek tu. Seriusly. Aku ambil kedua subjek tu bukan kerana subjek tersebut mudah malah susah ade la. Cuma niat ambil semata-mata untuk pendedahan terhadap bidang yang menjadi demand sekarang untuk sektor automotif. TAHNIAH kepada semua yang berjaya mencapai target masing-masing. Dah teruskan usaha untuk yang masih gagal mencapainya. Mungkin Allah ade merancang sesuatu yang lebih baik untuk masa mendatang. Kalau bukan untuk akademik, mungkin untuk yang lain. Percayalah pada hikmah. Allah Maha Adil...

Sejarah tercipta di SUKMA Perlis 2014!

Image
Assalamualaikum. Special post dedicated to them. Tahniah dan syabas! adik-adikku. Fikri, Afiqul, Amir dan Amirul. EMAS pertama Selangor untuk kategori silat seni REGU PUTRA dalam sejarah SUKMA. Mungkin orang tertanya kenapa mereka saja aku ambil berat dan fokus. Jawapannya sebab aku tahu apa yang mereka telah lalui sejak dari mereka 'zero'. Yang menulis ini lah yang membentuk mereka. Halangan demi halangan mereka tempuhi. Dikata buruk oleh orang lain. Disalah tafsir oleh golongan ketiga. Dipandang negatif oleh sesetengah pihak. Diabaikan ketika latihan. Dan banyak lagi. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kita berjaya buktikan kepada mereka yang berkenaan, kita mampu mendapat EMAS dalam SUKMA kali ni. Really proud of them! Just as a reminder, pastikan semakin tinggi kita berada, semakin tunduk kita. Jangan sesekali mendongak berpaling dari bumi. Kerana kejayaan tak bersifat kekal. Dan tiada apa yang bersifat kekal. Hanya Allah yang kekal abadi. Maaf tak dapat turut serta dalam pe...

Undangan Walimah di Kuantan dan Selayang

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Selesai menghantar report Final Year Project (FYP) petang tadi. Setelah berbulan-bulan memerah otak menyelesaikan projek yang sangat kurang sumber rujukannya. Ok. I'll take that as a challenge. Hari demi hari aku selalu terfikir, kekadang kesusahan yang kita lalui ini tak seperit mana pun sebenarnya nak dibandingkan dengan golongan-golongan yang lagi kurang bernasib baik kat luar sana. Ya. Sejak dua menjak ni memang otakku serabut, mindaku bercelaru, dan perkara-perkara negatif selalu berlegar-legar dalam kepala. Sangat tertekan dengan faktor memacam. Namun, hari demi hari aku cuba positifkan diri. Berdamping dengan sahabat-sahabat yang mana boleh membantu aku melupakan seketika keperitan yang ku lalui. Yang mana boleh membuatkan aku gembira dan seronok bersama mereka. Alhamdulillah. Walau ianya tak pulih sepenuhnya, namun sekurang-kurangnya better than before. Hujung minggu yang lepas berpeluang untuk rehlah bersama sahabat-sahabat IIUM Silat Team d...

Sambil menyelam minum air!

Image
Assalamualaikum. Lokasi semasa : Hotel BEAUFORD (Beautiful-Unique-Affordable) at Melaka. (AMARAN!..Bahasa ROJAK. Mohon beredar kalau tak tahan membacanya. And of course my grammar was really not that good...)  Alhamdulillah. Selesai jugak sesi interview bersama HONDA Malaysia Sdn Bhd tadi untuk merebut position Engineer for Production Planing and Control Dvisio n under Material Department. The first faced interview experienced by me for job seeking purpose. Seriously quite nervous and the question was not as expected. But Im really grateful they were not asking any technical-related topic.  To tell you briefly about my first experience attending formal interview, I would say that it was really awesome! In the sense that the interviewers were not asking questions formally, I mean as such that they were not follow any procedure or any guideline or what so ever to ask questions to the candidates. They were really sporting. They always remind me not to be too nervous and stay cool...

Bila Hati Memujuk...

Image
Assalamualaikum. Asal aku mengadap laptop menaip papan kekunciku untuk berblogging mesti rasa macam takde mood. Dalam hati cakap "Ahh... malaslah nak blogging.. asal blogging je mesti kuar benda-benda yang negatif..". Seriusly speaking, ni boleh kata kali ke berapa puluh dah hati nuraniku memujuk empunya tangan dan minda untuk menulis kembali. Bukan tak nak tulis tapi as I mention earlier. Setiap yang mengalir dalam diri ni mesti semua benda yang menyedihkan. Benda yang negatif. Aku tak tahu sebab ape. Mungkin lagi dekat nak grad, lagi sayu hati ni. Nak meninggalkan dunia belajarku, dunia mahasiswaku, dunia silatku rasa macam sayang sangat. Dunia yang banyak mengajar aku erti kehidupan. Mengajar aku bersahabat. Mengajar aku memacam. Selalu terdetik bila dah habis belajar mesti tak dapat nak lepak rileks2 kat bilik goyang kaki online macam sekarang ni. Heh. Tegur kawan sana sini ajak lepak keluar sama sama. Nak kumpulkan balik kawan-kawan buat trip pergi memana. Maklumlah, buk...

Nostalgia Kembali. TAHNIAH Tun Perak!

Image
Assalamualaikum. Seronok pulak hari ni bila lihat senior-senior team Sg Pusu 2002-2012 rancak bersembang. Menimbulkan kembali nostalgia lama. Serius rasa sebak ada. Rasa seronok ada. Rasa macam nak undur masa balik. Haha. Antara hasil perbincangan yang menarik perhatianku dalam group whatsapp kami yang rancak hampir 2 jam bersembang kisah lama. 1) Tahun pertama pasukan kita mewakili Selangor 2003, tahun terakhir 2013. 2) Juara Kebangsaan pertama dalam sejarah - Zul, Meor & Faiz. 3) Orang pertama kena lempang dalam gelanggang - Hafiz. 4) Orang pertama buat iklan sabun LUX dalam gelanggang - Solo 2002. 5) Orang pertama tak dapat placing dalam game - Zul. 6) Orang pertama tidur dalam bas masa kebangsaan 2003 - Azmi. 7) Pesilat pertama mewakili Malaysia (AUG) - Nazrul & Hanif. 8) Orang pertama 'belot' dalam dunia persilatan - Nisa. 9) Orang pertama patahkan hulu parang Ckg Samat - Lalek. 10) Pesilat pertama main Jurus Tunggal - Faiz. 11) Pesilat pertama mian buah jurus tung...

Dari hati ia mengalir

Assalamualaikum. Bakal tiba di penghujung permusafiranku. Suasana yang bakal ku rindui kelak. Kawan-kawan yang mungkin akan jarang bersua selepas ini. Masa bergerak semakin pantas. Ingatkan baru saja mula hari pertama minggu ni, tapi sedar-sedar dah masuk hari ketiga. Terasa baru bangun selesai solat subuh berjemaah, tapi sedar-sedar dah sampai waktu riadah. Kalau dulu bila aku ade free time, selalu sangat habiskan dengan tengok movie baru kat laptop. Kalau tak pun pergi karoake dengan my siblings. Atau mungkin lebih memilih untuk duduk dalam bilik mengadap laptop kesayangan dan terus menerus 'atas talian'. Hari demi hari berlalu pergi. Kini sudah masuk semester terakhirku di UIA. Sekarang ni kalau ade je masa lapang, tak lain tak bukan mesti perihal FYP yang akan berlegar-legar dalam akal fikiran. Kene siapkan report untuk disubmit ke supervisor sebelum hantar ke department. Belum kira yang kena buat simulation and experimental testing lagi. Sangat mengikat erat masaku sepanja...

Final Year MECSA Dinner!

Image
Assalamualaikum. Lama menyepikan diri. Bukan bermakna fikiranku usang dengan idea untuk menulis. Cuma aku lebih memilih untuk menulis sesuatu yang gembira di dalam helaian laman sesawang ku ini. Entah kenapa sejak dua menjak ni hatiku selalu berbicara mengenai masa depan. Lagi dua bulan aku bakal menghabiskan sisa-sisa undergraduate ku di UIA. Lepas ni dah tak dapat merasa duit masuk setiap sem. Dah tak dapat merasa nak lepak dengan kawan-kawan enjoy. Dah tak dapat nak merasa bersilat sampai peringkat jauh. Dah tak dapat merasa suasana menuntut ilmu. Dan banyak lagi. Sebab tu orang kata zaman mahasiswa ni zaman yang paling best. Hinggakan zaman mahasiswa jugaklah kita ade peluang menjemput mahupun bersemuka dengan pemimpin yang kita kagumi. Dua hari yang lalu, selesai sudah Final Year Grand Dinner anjuran Mechanical Student Association (MECSA). Kombinasi final year student course Aerospace dan Automotive. Majlis yang bagiku bakal tersingkap seribu kenangan dan memori bila bergraduasi k...

Hala Tujuku Selepas Belajar

Image
Assalamualaikum. Entah kenapa bila berjumpa dengan mereka hati ini jadi tenang. Seolah bila bersembang dengan mereka, setiap bait-bait yang terungkap dibibirku keluar bersama masalah-masalah yang sekian lama menyembunyikan diri dalam otak fikiranku. Aku perasan. Aku sedar. Mungkin itulah yang terbaik buat diriku. Tapi aku harus akui bahawa setiap apa tindakan yang aku telah putuskan adalah untuk kebaikanku. Semester baru telah menjelang tiba. Dua minggu telah ku lalui dengan jayanya. Bersama classmates baru, lecturer baru, kenalan baru, dan misi yang baru. Aku tak tahu, kenapa semester kali ni semangatku tak seperti semester sebelum ni. Mungkin misi yang ku pasang untuk tahun ini agak drastik. Adapun misi tersebut aku pilih untuk merahsiakannya. Semester kali ini insyaAllah adalah yang terakhir. Semester yang menentukan peringkat CGPA mana yang aku akan dikategorikan selepas bergelar graduan kelak. Bila terfikir akan graduasi, aku seringkali buntu. Buntu dan keliru dimanakah destinasik...