Seoul Trip 206 - Day 3
Assalamualaikum w.b.t. Masuk hari ketiga kami bermusafir di bumi Korea. Alhamdulillah. Untuk hari ini kami semua akan dibawa ke salah satu tempat tarikan utama di Korea. Tempat yang pernah menjadi lokasi penggambaran drama popular korea Winter Sonata. Tour guide yang bertugas untuk hari ketiga ini namanya Imran. Pelajar tahun kedua di Hanyang University. Juga merupakan housemate kepada Hisham iaitu tour guide kami di hari pertama kami tiba di sini. Untuk menuju ke Nami Island, kami telah mengambil train line 5 dan turun di Gunja station seterusnya bertukar ke line 7 menuju ke Sangbong station. Dari Sangbong, kami menaiki train ITX Gyeongchun dan turun di Gapyeong station. Station ini merupakan station utama untuk mereka yang ingin ke Nami Island. Dari station ini, akan ada dua transportasi untuk ke Nami Island iaitu sama ada teksi atau bas. Pada mulanya, perancangan asal kami akan naik teksi untuk ke jeti Nami Island. Tapi disebabkan ada destinasi adhock yang baru dirancang untuk d...