Posts

Menghantar jiwa ke neraka

Image
Assalamualaikum w.b.t. Selingan pembacaan dipetang hari sementara mengisi masa yang terluang seusai bertemu doktor. Alhamdulillah. Ujian untuk kali kedua Allah menarik seketika nikmat pendengaran. Allahu. Baru seketika dah rasa tersiksa terus berjumpa doktor. Betullah andai kita muhasabah setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Yang pasti makin kita diuji, makin basah lidah kita mengungkap nama ilahi. Di dalam surah Asy Syura ayat 30, Allah berfirman yang membawa maksud;  “Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (akibat perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa), dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dosa-dosa kamu.” Penghapus dosa, juga peringatan buat mereka yang beriman. Itulah antara hikmah kita diuji. Sedikit perkongsian dari saudara @abstrakim di laman twitter : Sungguh ada kebenaran apa yang ditulis beliau. Terkadang kita terlalu meng'hukum...

Petronas Twin Towers Skybridge Tour

Image
Assalamualaikum w.b.t. [Post Tertunda - 10 Dec 2017] Alhamdulillah. Terlalu lama rasanya tak mengupdate sesuatu dalam ruangan ini. Al-maklum setiap kali nak menulis mesti ada saja yang menghalang. Moga pembukaan tahun baru ini dapat mengembalikan momentum aku menulis. InsyaAllah. Sekadar perkongsian aktiviti aku dua minggu yang lalu. Haa. Nampak tak sebenarnya dah siap beratur dah post nak ditulis dan direncanakan dalam laman ni. Cuma tak tertulis saja dan majoritinya disebabkan mood untuk menulisnya tak berkunjung tiba. Kalau tahun 2014 aku pernah diberi peluang untuk menjejakkan kaki di puncak menara tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa, Dubai. Alhamdulillah kali ini aku berpeluang untuk jejakkan kaki di puncak menara berkembar tertinggi di dunia pula iaitu mercu tanda Kuala Lumpur di mata dunia, Menara Berkembar KLCC. 27 tahun hidup di KL, inilah baru pertama kali jejakkan kaki ke sini. Aku percaya ramai lagi sebenarnya yang begitu. Dan yang paling best dapat bawa bersama...

Harga Minyak Dunia TURUN tapi di Malaysia NAIK. APAKAH?!!

Image
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis walau diri dipenuhi dengan kesibukan hal dunia. Alhamdulillah dan syukur juga dengan secara tak rasminya Perodua mengumumkan pengeluaran model kereta terbaru mereka secara tak langsung tugasku mengemudi projek model tersebut untuk pembangunan unit shock absorber belakang telahpun menghampiri penghujungnya sebelum secara rasminya diserahkan kepada pihak pengeluaran (Production Team) selepas tiga bulan pertama mass production. Untuk pertama kalinya 100% reka bentuk luaran direka sendiri oleh Perodua tanpa mengadaptasikan reka bentuk dari negara luar yang lazimnya menggunakan model-model keluaran Daihatsu untuk pengeluaran model-model sebelum ini. Syabas Perodua! You are one step ahead. Untuk melihat sendiri model keluaran terbaru yang juga mengekalkan nama Myvi, boleh berkunjung ke Malaysia Autoshow 2017 di MAEPS Serdang pada 9hb hingga 12hb November 2017. Now lets back to the main topic. Hari Rabu yang...

Aidil Adha 2017

Image
Assalamualaikum w.b.t Parah betul mood ambe nak menulis ni. Tahun ini saja baru dua post. Haha. Better ada dari takde langsung. Atau boleh kata tahun ini mungkin tahun menyepi. Walaupun hakikatnya salah satu azamku untuk travel ke sekurang-kurang tiga buah negara telah pun tercapai. Cuma dek masa yang mencemburui, masih tak tercatit dalam laman ini. Huhu. Apepun, harap tak terlewat untuk aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1438H Moga segala pengorbanan yang kita tempuhi Allah ganjari dengan nikmat yag setimpal dengannya. Sungguh Allah SWT lebih mengenali dan mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-NYA. Untuk sambutan keluargaku tahun ini agak suram sikit dek kerana hanya abang keduaku saja yang turut serta di pagi raya di sini. Dengan kata lain hanya kelibat seorang saja anak buah di pagi raya. Tapi alhamdulillah walaupun seorang tapi masih mampu menghidupkan suasana. Telatah dan gelagat si kecil Salma yang tersangat comel. Geram pak uda tengok! Eheyy. Sa...

Irau Tinggal Harapan, Suku Dalam Kenangan

Image
Assalamualaikum w.b.t. Sedikit perkongsian aktiviti dihujung minggu lepas. Diajak turut serta dalam misi pendakian ke puncak Gunung Irau. Tanpa latihan dan persediaan fizikal. Memang agak nervous sikit sebelum naik. Al-maklum pernah mengalami kecederaan dalam misi pendakian sebelum-sebelum ini. Kisah kami bermula tika kami tiba di hadapan 7Eleven, Cameron Square, Brinchang pada pukul 6.00 pagi. To be exact 6.30 pagi tak silap. Haha. Disebabkan absorber keretaku buat hal. Boleh pulak nut longgar tetiba masa tengah bawak. Setibanya kami di sana terus mencari surau untuk menunaikan solat Subuh. Lokasi suraunya terletak di tingkat bawah B1. Naik lif turun ke level B1. Dan keluar sahaja dah ada signboard surau. Selesai sahaja solat subuh, kami terus bersiap-siap. Beg daypack penuh diisi dengan beberapa bungkus roti yang dibeli di 7e bersama sebotol air 1.5L mineral dan sebotol kecil air manis. Ada juga dibawa bersama kelengkapan seperti Counterpain, Wet Tissue, Poncho dan Powerbank. L...