Solat JUMAAT dah AWAL!
Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Selesai jugak kelas petang ni. Baru lah rasa sikit nikmat bercuti raya. Haha. Maklumlah, mase nak gerak pergi kelas tadi, tengok member2 semua dah packing beg bawak balik. Yang aku pulak sibuk rushing pergi kelas. Nasib baik sampai kelas ON time jugak.
Ok. Insyallah penulisan kali ni hanyalah untuk peringatan dan pengajaran kita bersama. Berikutan kes Solat JUMAAT di UIAM sebentar tadi. Takde lah kes mane pun. Cuma disebabkan ade sebilangan student2 ni setiap kali nak pergi solat jumaat jer mesti pergi last minit. Means kalau mula azan jam 130pm, mase tu jugak lah baru bergegas nak ke masjid. Standard~
Tapi ape yang berlaku tadi, disebabkan azan zohor berkumandang seawal jam 1.00pm. Solat JUMAAT selesai jam 140pm. Agak awal dan setahu aku memang paling awal yang pernah aku tahu sepanjang aku solat jumaat di UIA. Hmm. Maka ade lah sebilangan dari hamba2 Allah yang bergegas ke masjid dan pada masa yang sama mendapati jemaah dari masjid sudah pun bertolak pulang ke mahallah masing2. Maka mereka2 ni pun terpaksa bergegas ke masjid berdekatan diluar kawasan UIA. Done!
Baiklah. Kebetulan pulak, ade seorang sahabat ni ade kongsikan sikit ilmu mengenai Solat Jumaat ni. Dan suka untuk aku sertakan sekali dalam post ni alang2 bercakap mengenai Solat JUMAAT dan memang ade kaitan dengan kes yang dinyatakan di atas.
"sekadar ingin berkongsi..apa hukum org yg tidak mendengar khutbah jumaat?(sama ada tidur atau terlambat)mengikut mazhab syafie..maka tiada jumaat baginya iaitu tiada mendapat pahala jumaat..dengan syarat dapat bersama imam sekurang2nya 1 rakaat solat jumaat..maka sah jumaatnya(lepas fadhu jumaat), tapi tidak mendapat pahala jumaat..maka org sebegini amat2 rugi..manakala bagi makmum yang lewat dan tidak sempat bersama imam sekurang2nya 1 rakaat..maka dia kena buat solat zohor..cth: makmum masuk solat time imam dah tahiyat..maka lepas imam salam, dia wajib terus sambung 4 rakaat untuk solat zohor..tapi niat bagi makmum tadi tu Ulama Syafi'iyyah ada 2 pendapat:1. ada yang kata masih boleh niat jumaat tapi terus tambah 4 rakaat.2. ada yang kata terus niat zohor..dua2 boleh pakai..Allahu a'lam..p/s: boleh rujuk kitab fiqh..kalau salah sila betulkan.."- Ibnu Zakaria-
Pengajaran : Solat di AWAL waktu sama la tu dengan PERGI MASJID di AWAL waktu. Woha!
Wallahualam.
Comments
Post a Comment