Zahra viral di MEDIA SOSIAL
Salam 29 Ramadhan 1436H. Hari terakhir puasa woi! Ramadhan dah nak berlalu pergi. Warghhh. Ya Allah, cepatnya masa berlalu.
Ok. Banyak sebenarnya aku nak ceritakan dalam blog ni tapi entah kenapa sejak dua menjak ni susah sangat nak describe the story in lines. Punca jarangnya aku menulis mungkin disebabkan kurangnya membaca. Sejak bergelar pekerja makan gaji ni memang rasa dah lama sangat tak membaca. Masa student dulu selalu je baca buku novel pengembaraan, blogwalking, baca newspaper dll. Tapi bila dah bekerja ni seolah busy die lain macam sikit. Seawal jam 715pg dah kene bergerak ke tempat kerja. Jam 8pg dah kene start dah kerja. Bukan ade masa nak baca surat khabar. Nak baca news online memang harapan la sebab line internet kat PC pun kena sekat. Hanya PC bos saja diberi kebebasan untuk melayari internet. Terasa jauh dari dunia kejap bila dah semakin tak tahu pasal isu semasa sekeliling. Nasib baik ada FB, Twitter dan Instagram. At least ade jugak updated issue dibincangkan menerusi posting oleh orang-orang yang cakna dengan isu semasa. Tapi bila selalu sangat mengadap hp pun orang dah pandang lain macam. Dulu masa mula-mula kerja pernah kena tegur sebab asyik sikit-sikit mengadap hp saja. Padahal masa tu ade urgent tengah berbalas whatsapp dengan member.
Apepun, suka aku nak share my opinion pasal saudari Siti Azzahra Abd Razly yang dengan beraninya telah menyuarakan isi hati rakyat marhaen khususnya golongan muda yang kini sedang berhadapan dengan kos sara hidup yang sangat membebankan di hadapan TS Muhyiddin Yassin dalam Majlis Tindakan Ekonomi Melayu tempoh hari. Hasil dari ucapan beliau, memang ramai sangat yang kritik. Untuk lihat videonya boleh klik [SINI].
Pendapat aku simple. Orang yang mengkritik dengan kritikan negatif terhadap pendirian dan suara hati saudari Zahra ni memang jelas seorang yang memang datang dari golongan orang kaya. Yang rasanya tak pernah kot rasa kesusahan duit gaji yang sikit terpaksa tanggung bermacam-macam komitmen setiap bulan. Kos sara hidup zaman sekarang ni dah naik mendadak bro. Tambah dengan GST, kenaikan harga minyak, harga tol, dengan mata wang RM jatuh menjunam. Lagi satu, ucapan tu memang keluhan hasil dari pengalaman yang beliau sendiri lalui. Kita tak tahu seberat mana ujian Allah uji beliau. Yang kita nak kritik ni, dah cukup hebat ke ujian Allah bagi sampai rasa ada hak nak memperlekehkan pendapat saudari kita. Maaf, penulis bukan ada hubungan pun dengan saudari Zahra ni. Tapi sejujurnya, boleh kata semua yang beliau bicarakan aku sedikit demi sedikit sudah mula rasai. Al-maklum, penulis pun baru saja mula kerjaya. Tak sampai setahun pun lagi tapi dah terasa bebanan komitmen yang tinggi. Tambahan bulan puasa gini, sudah-sudahlah memberi komentar negatif. Lebih baik banyakkan topup pahala dengan ibadah dan sedeqah amal jariah. Kita sebagai rakyat ada hak bersuara. Hak kita untuk menyuarakan sejauh mana amanah dan tanggungjawabnya pemimpin kita dalam melaksanakan tugas mereka. Kalau betul mereka seorang yang bertanggungjawab dan amanah, confirm takkan biarkan rakyatnya menderita dan tersiksa dengan hidup 'mengemis'. Dan aku sangat setuju dengan statement beliau; "Allah tahu bagaimana seseorang itu diuji, hanya kerana awak 'terselamat' itu bukan hak anda untuk memandang rendah kepada saya." Dan nak tengok komen balas dari saudari Zahra boleh klik [SINI].
Kekadang aku pelik dan bingung dengan sesetengah golongan rakyat zaman sekarang yang aktif berkomen negatif di media sosial. Kekadang isu kecil tapi dibesarkan. Isu pasal ketelusan dalam perniagaan di bawa ke isu perkauman. Dapat pulak masuk media massa, lagi lah di tokok tambah jadi lagi panas. Apalah nak jadi zaman sekarang. Statement demi statement pelik pulak dikeluarkan oleh golongan pemimpin. Statement pelik macam ni lah lagi membuatkan keyboard warrior tegar ni suka sangat nak mencaci menghina pemimpin macam ni. Kekadang aku kesian, tapi pernah jugak terfikir, dorang ni fikir ke tak sebelum keluarkan apa-apa statement? Statement dorang akan melambangkan kredibiliti dorang sebagai pemimpin. Jangan ingat nak pegang jawatan dan tampuk pimpinan yang tinggi saja tapi amanah tak terlaksana. Bak kata cikgu aku, bila dah jadi pemimpin ni, sebelah kaki dah masuk neraka dah. Hati-hati bro. Hidup tak lama. Jangan jadikan ia sia-sia. Pesanan khidmat masyarakat dari seorang penulis yang noob. Maaf andai ada yang tak setuju dengan pendapat aku. Tapi inilah dikatakan pendapat. Masing-masing ada hak keluarkan pendapat. Terpulang orang nak terima ke tidak. Dan takde hak orang nak memperlekehkan pendapat kita. Sekian.
Saya Azam, Saya Sayangkan Malaysia!
Nazrul Azam | 15 Julai 2015
Comments
Post a Comment