Posts

Showing posts from 2019

Throwback : Korea 2016 & Perth 2017 Trip

Image
Assalamualaikum w.b.t. Syukur alhamdulillah masih diberi peluang dan ruang untuk menulis sementara menanti kelopak mata layu dek kesibukan duniawi yang tak pernah selesai. Terasa lama tak berkongsi sesuatu di laman ini disebabkan masa dan keadaan yang sangat tak mengizinkan. Apapun, motif utama aku wujudkan laman ini sejak awal penglibatanku dalam dunia penulisan hanyalah sekadar ingin berkongsi info, pendapat, idea dan pengalaman yang tak seberapa sepanjang hayat dikandung badan. Sebenarnya beratur juga post-post yang tertunda di mana pada awalnya niat untuk dikongsikan di dalam ruangan ini, namun disebabkan keterbatasan masa hingga kini masih tak terlunas misi-misi tersebut. Antaranya : 1. Backpacker Trip to Seoul Korea 2016 2. Backpackers Trip to Perth Australia 2017 3. Business Trip Shanghai China 2019 Alang-alang dah senaraikan, terasa nak kongsikan pula sedikit selingan memori yang sempat dilakarkan sepanjang trip-trip tersebut. Yang sebenarnya untuk trip ke Seoul aku

2 Syawal 1440H / 6 Jun 2019

Image
Assalamualaikum w.b.t. Genap sudah 4 Syawal 1440H. Alhamdulillah. Tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, pada raya yang kedua dan ketiga kami sekeluarga akan pulang ke kampung halaman untuk menziarahi saudara-mara sebelah ayah dan emak. Keduanya terletak di Perak. Sebelah ayah di Bota dan Parit manakala sebelah emak pula di Manjoi, Ipoh. Sekitar rumah-rumah yang sempat kami lawati : 1. Rumah Mak Su (Adik perempuan kepada ayah) di Gelung Pepuyu. 2. Rumah Mak Nyah (Kakak sulung kepada ayah) juga di sekitar taman perumahan yang sama. 3. Rumah Opah Cik (Emak tiri kepada ayah) di Parit.  4. Rumah Mak Yang (Kakak kepada emak) di Gugusan Manjoi, Ipoh. Rumah ini juga tempat kami menginap selama kami berada di Perak. Alhamdulillah walaupun tak banyak, tapi sekurang-kurang dapat juga bersua adik-beradik emak dan ayah. Untuk sebelah ayah sebenarnya ada 12 adik-beradik tapi tak sempat nak jumpa kesemuanya. Nasib baik minggu ke tiga syawal akan diadakan family reunion antara keluarga besar H

1 Syawal 1440H / 5 Jun 2019

Image
Assalamualaikum w.b.t. Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, Laa ilahaillahu Allahu akbar, Allahu Akbar, walillahilhamd. Gema takbir di pagi raya sambil diiringi dendangan lagu raya menerusi peranti adikku telah memecah kesunyian kami di pagi aidil fitri. Alhamdulillah tahun ni berpagi raya berempat beradik. Bersama keluarga abang sulung bersama 5 orang anaknya dan adik bongsu bersama seorang heronya. Tahun ini juga tahun kedua kami beraya di KL disebabkan rumah kami di Rawang tak sempat disiapkan sepenuhnya dek serangan anai-anai yang semakin mengganas. Tangga seluruhnya dijadikan santapan mereka juga pintu dapur. Dahsyat juga. Seperti rutin biasa, bersiap dan mengalas beberapa butir lemang sekadar memenuhi sunnah nabi yang mengamalkan santapan beberapa biji kurma sebelum keluar menunaikan solat sunat aidil fitri. Masjid dan surau di seluruh Selangor telahpun diumumkan akan memulakan solat sunat aidil fitri seawal 8.30 pagi. Kami menunaikan solat sunat aidil fitri di Masjid Ukay P

Bahagiakah kita?

Image
Salam Ahad buat pembaca setia yang tak berapa nak ramai melawat  laman aku ni. Entah kenapa hari silih berganti hari makin kerap aku merenung diri ini yang masih dalam keadaan 'tersadai' dari perjalanan yang dahulunya deras mengikut arus menuju ke destinasi impian.  Bahagia. Tak semudah itu nak merasainya walau ungkapannya mungkin kerap orang perkatakan seolah mudah untuk dikecapi tapi hakikatnya hanya empunya diri sahaja yang mampu merasai dan menikmatinya.  Bahagia bukan terletak pada kejayaan dalam karier. Bukan juga terletak pada perkahwinan mahupun kurniaan cahaya mata. Definisi bahagia hanya terletak pada individu itu sendiri.  Ada orang berniaga di pasar malam saja tapi bahagia dengan kehidupannya. Ada sahabat kerja sebagai supervisor di salah sebuah kedai elektronik tapi seronok berkongsi cerita pengalaman beliau hingga ke tahap itu dalam kerjayanya. Kita berjaya dalam kerjaya hingga mampu dihantar bertugas diluar negara, dikelilingi orang yang hebat sekalipun tak semes

Membaca & Menulis

Image
Assalamualaikum w.b.t. Sedikit perkongsian sementara tiba diperkarangan kilangku seawal 7.00 pagi.  Alhamdulillah, ahad lepas aku berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2019. Aktiviti tahunanku setelah 'selesai' dengan dunia silatku. Membaca dan menulis. Cuma menulis ini agak sukar sebab sangat memerlukan mood yang baik dan positif supaya apa yang ditulis dan dikongsikan juga akan positif. Maka membacalah yang banyak terisi dikala masa lapang menyapa.  Aku telah disarankan oleh seseorang untuk membeli sebuah buku ini. Judulnya ialah Healing Body & Soul. Katanya sangat baik untuk mereka yang sedang diuji. Kalau sebelum ini genre buku yang aku selalu baca lebih kepada travelog dan perkongsian pengalaman orang, entah kali ini aku buka sedikit ruang untuk menyelami genre buku seperti ini.  Semakin banyak aku membaca, semakin banyak rupanya aku tak tahu. Ada juga kekadang, kita baca dan kita sudah tahu tapi malangnya tak cukup kekuatan

Barakallah Dinie, Ma Housemate!

Image
Assalamualaikum w.b.t. " Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair " Sahabat merangkap housemateku, Dinie Akmal bin Shaari dan Aida Putri Semoga Allah memberkati hidup kalian dan kekalkan hubungan hingga ke syurga insyaAllah. Amin ya rabbal 'alamin! Lokasi Akad Nikah : Masjid Subang Perdana Masa : 9.00am Lokasi Walimah Sebelah Perempuan : Dewan Bunga Matahari, Subang Bestari Masa : 11.00am Tarikh : 6th April 2019 Majlis sebelah lelaki pula akan diadakan di Kuala Kangsar pada 13th April 2019. Semoga dipermudahkan segala urusan dan majlis berjalan lancar. Amin! Oh ya! Sehari selepas majlis tempoh hari, pengantin lelaki telah ditahan wad di Hospital Shah Alam akibat paras demam yang mendadak hampir mencecah 40 degree. Allahu. Alhamdullilah, semalam dah discharge dan telah diberi MC selama seminggu untuk berehat di rumah. Sementara menunggu majlis sebelah keluarga beliau pula. Semoga Allah melimpa

Tragedi Pasir Gudang

Image
Assalamualaikum w.b.t. Sangat terkejut dengan kejadian yang menimpa mangsa-mangsa di Pasir Gudang, Johor. Bermula dengan pencemaran sungai atas sebab pembuangan sisa toksik ke dalam Sungai Kim Kim oleh pihak yang tak bertanggungjawab dan akhirnya bertukar ke pencemaran udara yang mengakibatkan penyebaran gas menthana (beracun) ke penduduk sekitar. Macam-macam perkongsian aku amati menerusi laman-laman di internet dan media sosial berkaitan isu ini. Nah kau tengok macam tu je dorang buat kerja. Astaghfirullah. Gambar di bawah sumber dari FB Noorazline Ridda. Lagi menyayatkan hati bila seorang ibu mangsa meluahkan rasa bimbang dan sedih menerusi laman facebooknya bila mendapati anaknya yang berumur 14 tahun juga merupakan salah seorang mangsa dan dimasukkan ke ICU. Berikut adalah selingan kronologi yang dapatku himpunkan dari media-media rasmi negara untuk tatapan orang yang macam aku duk sibuk bekerja sampai terlepas dari arus isu semasa negara. Haha. 7 Mac (9.30

Perangi LGBT!

Image
Assalamualaikum w.b.t. Sejak belakangan ni banyak kejadian yang pelik bin ajaib yang berlaku dalam negara kita. Secara spesifiknya kesemuanya berlaku selepas perubahan kerajaan yang dahulunya Barisan Nasional dan kini kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui oleh ayahanda Dr. Mahathir Mohamad. Jujur aku tak berminat nak bercakap atau menulis mengenai politik. Tapi aku sangat terkilan dan tersentap bila banyak sentimen-sentimen yang agak sensitif kini menjadi bahan dan resepi beberapa pihak yang digunakan untuk mencapai matlamat yang bersifat peribadi. Isu perkauman, kesama rataan gender, kedudukan raja-raja melayu yang kini sudah bebas dikritik dan dijadikan bahan lawak oleh pihak-pihak tertentu yang sangat tak bertanggung jawab. Isu terbaru yang baru sahaja berlaku beberapa hari yang lepas. Tika masyarakat dunia meraikan para wanita seluruh dunia yang mana aku kira dengan jelas menunjukkan tingginya martabat dan maruah seorang wanita bukan sahaja di kaca mata islam tapi di selu