2 Syawal 1440H / 6 Jun 2019

Assalamualaikum w.b.t.

Genap sudah 4 Syawal 1440H. Alhamdulillah. Tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, pada raya yang kedua dan ketiga kami sekeluarga akan pulang ke kampung halaman untuk menziarahi saudara-mara sebelah ayah dan emak. Keduanya terletak di Perak. Sebelah ayah di Bota dan Parit manakala sebelah emak pula di Manjoi, Ipoh. Sekitar rumah-rumah yang sempat kami lawati :

1. Rumah Mak Su (Adik perempuan kepada ayah) di Gelung Pepuyu.


2. Rumah Mak Nyah (Kakak sulung kepada ayah) juga di sekitar taman perumahan yang sama.


3. Rumah Opah Cik (Emak tiri kepada ayah) di Parit. 


4. Rumah Mak Yang (Kakak kepada emak) di Gugusan Manjoi, Ipoh. Rumah ini juga tempat kami menginap selama kami berada di Perak.


Alhamdulillah walaupun tak banyak, tapi sekurang-kurang dapat juga bersua adik-beradik emak dan ayah. Untuk sebelah ayah sebenarnya ada 12 adik-beradik tapi tak sempat nak jumpa kesemuanya. Nasib baik minggu ke tiga syawal akan diadakan family reunion antara keluarga besar Haji Abdul Ghani (atukku sebelah ayah). So dapatlah ketemu semua saudara-mara sebelah ayah masa tu. Sebelah emak pula, hanya tak berpeluang untuk nak bersua keluarga Pak Ngah (abang sulung kepada emak). Kebetulan masa raya pertama nak pi melawat, mereka pula sedang bertandang ke rumah kenalan mereka masa tu.


Hari ini juga Malaysia dikejutkan dengan satu insiden seorang khatib dikenali sebagai Ustaz Ku Yaacob Ku Hashim yang rebah semasa beliau menyampaikan khutbah jumaat di Masjid Al Bukhary, Alor Setar. Beliau dilaporkan meninggal dunia sejurus selepas pasukan perubatan tiba dan memberi bantuan CPR. Innalillahi wainna ilaihiraajiun. Satu pemergian yang dicemburui. Ditarik ajal tika menyampaikan khutbah. Allahu. Semoga arwah ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. InsyaAllah. Ameen.

Sekadar coretan ringkas sementara menanti mata terlelap.

Wallahualam.

1.02 pagi
8 Jun 2019
Royal Lily, Tanah Rata, Cameron Highland

Comments