Posts

Seoul Trip 2016 - Day 2

Image
Assalamualaikum w.b.t. Sambungan dari post sebelum ini. Siri permusafiranku di bumi Korea. Untuk hari kedua kami berada di Korea, seawal jam 5.30 pagi kami sudah bangkit untuk menunaikan solat Subuh dan terus rebah kembali hingga alarm handphone ku berbunyi tepat jam 7.30 pagi. Kami bangun dan bersiap-siap. Namun masih tiada makluman apa-apa tentang waktu yang sepatutnya kami berkumpul di bawah. Tambahan pula, diberitahu sarapan setiap hari akan disediakan oleh pihak Jom Travel. Tertunggu juga aku dibuatnya. Perut dah lapar tapi respon takde seorang pun yang balas bila ditanya di dalam group whatsapp kami. Sedar-sedar jam 8.30 pagi semua dah berhimpun di bawah menunggu kami yang masih tertunggu info dari dalam bilik. Aduhai. Rasa stress pula bila takde komunikasi yang jelas tentang setiap pergerakan di sini. Terus ganggu mood aku di hari kedua di sini. Dapat tahu pula sarapan telahpun disediakan berbekalkan roti di ruangan dapur hostel. Tapi haram seorang pun tak khabar di dalam gr...

Seoul Trip 2016 - Day 1

Image
Assalamualaikum w.b.t. InsyaAllah posting kali ini aku khususkan untuk perkongsian tentang permusafiranku selama 5 hari ke tanah winter sonata, Korea. Untuk trip kali ini sengaja aku mengambil pakej di bawah agensi Jom Travel Malaysia Sdn Bhd. Dengan kos yang bagiku agak berpatutan iaitu RM1799 selama 5 hari 4 malam di sana termasuk sarapan dan makan tengahari, tiket masuk ke tempat-tempat lawatan tertentu, transportasi ke tempat lawatan dan penginapan. Dan salah satu hajat utama aku memilih untuk pergi di bawah agen adalah untuk melihat sendiri bagaimana mereka menguruskan agensi pelancongan dari sudut pengurusan peserta sepanjang sesi lawatan di sana. Founder kepada syarikat Jom Travel Malaysia ini juga merupakan teman sematrikulasi satu ketika dulu. Sallehuddin Ismail. Sebenarnya sudah lama aku memasang niat untuk ke Korea. Namun hajat pada mulanya hendak solo backpack ke sana  tapi disebabkan kebetulan ada sahabat yang turut mempunyai passion yang sama ingin turut serta, ma...

Terlelap sewaktu memandu - ACCIDENT!

Image
Assalamualaikum w.b.t. Asyik post berkaitan travel, terasa macam bosan pulak. InsyaAllah untuk kali ini saja berkongsi saat terubat rindu ini bila kenderaan pacuan empat roda kesayanganku Ms. WPP telah pun dibenarkan pulang dari 'hospital' gara-gara eksiden yang berlaku 3 minggu yang lalu. Sebenarnya tak ramai yang tahu tentang insiden kemalangan yang aku alami tempoh hari. Suka untuk aku ceritakan serba serbi apa yang sebenarnya berlaku hari tersebut. Dan jujurku katakan puncanya memang tak lain tak bukan atas kesilapan dan kecuaian diri sendiri. Kisahnya bermula bila aku baru saja pulang dari outstation kerja selama 2 minggu ke Jepun pada hari Jumaat 21 oktober 2016. Penat dan letih usah nak dikata. Badan lesu. Rasa macam dah penat nak travel. Entah macam mana saat aku letih semasa flight on the way pulang ke Malaysia itu tetiba terdetik dalam hati "rasa malas dah nak travel jejauh lepas ni. Penat!". Dan weekend tersebut aku memang terperap dalam rumah dengan...