Posts

2 Syawal 1440H / 6 Jun 2019

Image
Assalamualaikum w.b.t. Genap sudah 4 Syawal 1440H. Alhamdulillah. Tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, pada raya yang kedua dan ketiga kami sekeluarga akan pulang ke kampung halaman untuk menziarahi saudara-mara sebelah ayah dan emak. Keduanya terletak di Perak. Sebelah ayah di Bota dan Parit manakala sebelah emak pula di Manjoi, Ipoh. Sekitar rumah-rumah yang sempat kami lawati : 1. Rumah Mak Su (Adik perempuan kepada ayah) di Gelung Pepuyu. 2. Rumah Mak Nyah (Kakak sulung kepada ayah) juga di sekitar taman perumahan yang sama. 3. Rumah Opah Cik (Emak tiri kepada ayah) di Parit.  4. Rumah Mak Yang (Kakak kepada emak) di Gugusan Manjoi, Ipoh. Rumah ini juga tempat kami menginap selama kami berada di Perak. Alhamdulillah walaupun tak banyak, tapi sekurang-kurang dapat juga bersua adik-beradik emak dan ayah. Untuk sebelah ayah sebenarnya ada 12 adik-beradik tapi tak sempat nak jumpa kesemuanya. Nasib baik minggu ke tiga syawal akan diadakan family reunion antara keluarga bes...

1 Syawal 1440H / 5 Jun 2019

Image
Assalamualaikum w.b.t. Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, Laa ilahaillahu Allahu akbar, Allahu Akbar, walillahilhamd. Gema takbir di pagi raya sambil diiringi dendangan lagu raya menerusi peranti adikku telah memecah kesunyian kami di pagi aidil fitri. Alhamdulillah tahun ni berpagi raya berempat beradik. Bersama keluarga abang sulung bersama 5 orang anaknya dan adik bongsu bersama seorang heronya. Tahun ini juga tahun kedua kami beraya di KL disebabkan rumah kami di Rawang tak sempat disiapkan sepenuhnya dek serangan anai-anai yang semakin mengganas. Tangga seluruhnya dijadikan santapan mereka juga pintu dapur. Dahsyat juga. Seperti rutin biasa, bersiap dan mengalas beberapa butir lemang sekadar memenuhi sunnah nabi yang mengamalkan santapan beberapa biji kurma sebelum keluar menunaikan solat sunat aidil fitri. Masjid dan surau di seluruh Selangor telahpun diumumkan akan memulakan solat sunat aidil fitri seawal 8.30 pagi. Kami menunaikan solat sunat aidil fitri di Masjid Ukay P...

Bahagiakah kita?

Image
Salam Ahad buat pembaca setia yang tak berapa nak ramai melawat  laman aku ni. Entah kenapa hari silih berganti hari makin kerap aku merenung diri ini yang masih dalam keadaan 'tersadai' dari perjalanan yang dahulunya deras mengikut arus menuju ke destinasi impian.  Bahagia. Tak semudah itu nak merasainya walau ungkapannya mungkin kerap orang perkatakan seolah mudah untuk dikecapi tapi hakikatnya hanya empunya diri sahaja yang mampu merasai dan menikmatinya.  Bahagia bukan terletak pada kejayaan dalam karier. Bukan juga terletak pada perkahwinan mahupun kurniaan cahaya mata. Definisi bahagia hanya terletak pada individu itu sendiri.  Ada orang berniaga di pasar malam saja tapi bahagia dengan kehidupannya. Ada sahabat kerja sebagai supervisor di salah sebuah kedai elektronik tapi seronok berkongsi cerita pengalaman beliau hingga ke tahap itu dalam kerjayanya. Kita berjaya dalam kerjaya hingga mampu dihantar bertugas diluar negara, dikelilingi orang yang hebat sekalipu...

Membaca & Menulis

Image
Assalamualaikum w.b.t. Sedikit perkongsian sementara tiba diperkarangan kilangku seawal 7.00 pagi.  Alhamdulillah, ahad lepas aku berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2019. Aktiviti tahunanku setelah 'selesai' dengan dunia silatku. Membaca dan menulis. Cuma menulis ini agak sukar sebab sangat memerlukan mood yang baik dan positif supaya apa yang ditulis dan dikongsikan juga akan positif. Maka membacalah yang banyak terisi dikala masa lapang menyapa.  Aku telah disarankan oleh seseorang untuk membeli sebuah buku ini. Judulnya ialah Healing Body & Soul. Katanya sangat baik untuk mereka yang sedang diuji. Kalau sebelum ini genre buku yang aku selalu baca lebih kepada travelog dan perkongsian pengalaman orang, entah kali ini aku buka sedikit ruang untuk menyelami genre buku seperti ini.  Semakin banyak aku membaca, semakin banyak rupanya aku tak tahu. Ada juga kekadang, kita baca dan kita sudah tahu tapi malangnya tak cukup kek...

Barakallah Dinie, Ma Housemate!

Image
Assalamualaikum w.b.t. " Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair " Sahabat merangkap housemateku, Dinie Akmal bin Shaari dan Aida Putri Semoga Allah memberkati hidup kalian dan kekalkan hubungan hingga ke syurga insyaAllah. Amin ya rabbal 'alamin! Lokasi Akad Nikah : Masjid Subang Perdana Masa : 9.00am Lokasi Walimah Sebelah Perempuan : Dewan Bunga Matahari, Subang Bestari Masa : 11.00am Tarikh : 6th April 2019 Majlis sebelah lelaki pula akan diadakan di Kuala Kangsar pada 13th April 2019. Semoga dipermudahkan segala urusan dan majlis berjalan lancar. Amin! Oh ya! Sehari selepas majlis tempoh hari, pengantin lelaki telah ditahan wad di Hospital Shah Alam akibat paras demam yang mendadak hampir mencecah 40 degree. Allahu. Alhamdullilah, semalam dah discharge dan telah diberi MC selama seminggu untuk berehat di rumah. Sementara menunggu majlis sebelah keluarga beliau pula. Semoga Allah melimpa...

Tragedi Pasir Gudang

Image
Assalamualaikum w.b.t. Sangat terkejut dengan kejadian yang menimpa mangsa-mangsa di Pasir Gudang, Johor. Bermula dengan pencemaran sungai atas sebab pembuangan sisa toksik ke dalam Sungai Kim Kim oleh pihak yang tak bertanggungjawab dan akhirnya bertukar ke pencemaran udara yang mengakibatkan penyebaran gas menthana (beracun) ke penduduk sekitar. Macam-macam perkongsian aku amati menerusi laman-laman di internet dan media sosial berkaitan isu ini. Nah kau tengok macam tu je dorang buat kerja. Astaghfirullah. Gambar di bawah sumber dari FB Noorazline Ridda. Lagi menyayatkan hati bila seorang ibu mangsa meluahkan rasa bimbang dan sedih menerusi laman facebooknya bila mendapati anaknya yang berumur 14 tahun juga merupakan salah seorang mangsa dan dimasukkan ke ICU. Berikut adalah selingan kronologi yang dapatku himpunkan dari media-media rasmi negara untuk tatapan orang yang macam aku duk sibuk bekerja sampai terlepas dari arus isu semasa negara. Haha. 7 Mac (9.30...

Perangi LGBT!

Image
Assalamualaikum w.b.t. Sejak belakangan ni banyak kejadian yang pelik bin ajaib yang berlaku dalam negara kita. Secara spesifiknya kesemuanya berlaku selepas perubahan kerajaan yang dahulunya Barisan Nasional dan kini kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui oleh ayahanda Dr. Mahathir Mohamad. Jujur aku tak berminat nak bercakap atau menulis mengenai politik. Tapi aku sangat terkilan dan tersentap bila banyak sentimen-sentimen yang agak sensitif kini menjadi bahan dan resepi beberapa pihak yang digunakan untuk mencapai matlamat yang bersifat peribadi. Isu perkauman, kesama rataan gender, kedudukan raja-raja melayu yang kini sudah bebas dikritik dan dijadikan bahan lawak oleh pihak-pihak tertentu yang sangat tak bertanggung jawab. Isu terbaru yang baru sahaja berlaku beberapa hari yang lepas. Tika masyarakat dunia meraikan para wanita seluruh dunia yang mana aku kira dengan jelas menunjukkan tingginya martabat dan maruah seorang wanita bukan sahaja di kaca mata islam tapi di selu...

Menghantar jiwa ke neraka

Image
Assalamualaikum w.b.t. Selingan pembacaan dipetang hari sementara mengisi masa yang terluang seusai bertemu doktor. Alhamdulillah. Ujian untuk kali kedua Allah menarik seketika nikmat pendengaran. Allahu. Baru seketika dah rasa tersiksa terus berjumpa doktor. Betullah andai kita muhasabah setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Yang pasti makin kita diuji, makin basah lidah kita mengungkap nama ilahi. Di dalam surah Asy Syura ayat 30, Allah berfirman yang membawa maksud;  “Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (akibat perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa), dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dosa-dosa kamu.” Penghapus dosa, juga peringatan buat mereka yang beriman. Itulah antara hikmah kita diuji. Sedikit perkongsian dari saudara @abstrakim di laman twitter : Sungguh ada kebenaran apa yang ditulis beliau. Terkadang kita terlalu meng'hukum...

Petronas Twin Towers Skybridge Tour

Image
Assalamualaikum w.b.t. [Post Tertunda - 10 Dec 2017] Alhamdulillah. Terlalu lama rasanya tak mengupdate sesuatu dalam ruangan ini. Al-maklum setiap kali nak menulis mesti ada saja yang menghalang. Moga pembukaan tahun baru ini dapat mengembalikan momentum aku menulis. InsyaAllah. Sekadar perkongsian aktiviti aku dua minggu yang lalu. Haa. Nampak tak sebenarnya dah siap beratur dah post nak ditulis dan direncanakan dalam laman ni. Cuma tak tertulis saja dan majoritinya disebabkan mood untuk menulisnya tak berkunjung tiba. Kalau tahun 2014 aku pernah diberi peluang untuk menjejakkan kaki di puncak menara tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa, Dubai. Alhamdulillah kali ini aku berpeluang untuk jejakkan kaki di puncak menara berkembar tertinggi di dunia pula iaitu mercu tanda Kuala Lumpur di mata dunia, Menara Berkembar KLCC. 27 tahun hidup di KL, inilah baru pertama kali jejakkan kaki ke sini. Aku percaya ramai lagi sebenarnya yang begitu. Dan yang paling best dapat bawa bersama...