Isu Pelarian Rohingya
Assalamualaikum w.b.t. Hari ini sahaja penuh di dada-dada media sosial berkaitan dengan isu pelarian rohingya. Sumber di bawah adalah hasil penulisan dari saudara Khairul Azri di profile facebook beliau : (sebenarnya kesemuanya ada 8 point tapi hasil pembacaan aku mendapati ada beberapa point yang mana sumbernya telahpun didelete oleh empunya facebook terbabit. Maka yang tinggal hanyalah point-point yang bersumber sahaja.) Berikut adalah senarai kenapa posting anti-Rohingya meletup dalam kalangan warganet Malaysia sejak semalam berserta sumber untuk rujukan : 1. Bot warga asing mendarat di sekitar Langkawi, TUDM dan APMM menahan bot pelarian Rohingya dari Bangladesh yang membawa 200-500 pelarian dan diarahkan keluar dari perairan Malaysia berikutan kebimbangan virus Covid19 dan di kala Malaysia sendiri tengah sibuk menangani Covid19, tekanan yang diberikan kepada kerajaan untuk menerima pelarian ini telah menimbulkan ketidaksenangan hati rakyat Malaysia. Dilaporkan 32-6...