Selamat Datang Ramadhan
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah dan syukur kepada Allah SWT kerana masih diberi peluang sekali lagi untuk menjadi tetamu Ramadhan tahun ini. InsyaAllah pengalaman pertama aku menyambut Ramadhan dan mungkin Syawal seorang diri tanpa keluarga di sisi disebabkan penguatkusaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang hari ini sudahpun masuk ke hari yang ke 38. Dah macam duduk perantauan pun ada. Haha. Sedikit input-input penting untuk aku kongsikan dari perutusan YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin semalam : 1. PM mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dan beberapa peringatan berkaitannya. 2. Menzahirkan kesyukuran hasil jihad memerangi Covid-19 berjaya mencatatkan penurunan bilangan kes-kes baharu dan peningkatan jumlah pesakit sembuh yang ketara. 3. Kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan terhadap pelajar yang masih berada di kampus untuk dibenarkan pulang ke rumah masing-masing tak lama lagi dan kerajaan sedang menimbang untuk membe...