Posts

Kemunculan Hanani dalam kehidupan Azam

Image
 Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt. Salam pertama dariku, Nur Hanani binti Nik Mohd Hasyudeen, seorang insan yang baru muncul dalam kehidupan seorang jejaka bernama Nazrul Azam bin Aliasaa. Haha. Disebabkan blog ini kelihatan seperti tidak terusik semenjak beberapa bulan yang lalu, maka aku telah secara sukarelanya meminta izin untuk mencoret sepatah dua kata di laman blog ini. Lagipun bak kata suami, tujuan dia menulis di sini adalah untuk bacaannya nanti pada masa akan datang. Sekadar mencoret warna warni perjalanan kehidupan selagi nyawa masih dikandung badan. Inshaallah. Maka baiklah aku memperkenalkan diri aku. Haha. Nama diberi, Nur Hanani, anak ketiga kepada kedua orang tuaku, Nik Mohd Hasyudeen dan Sabanoon Mohamed. Aku dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 12 Februari 1991. Aku dilahirkan di rumah kampung, disambut juga oleh bidan kampung. Maklumlah zaman dulu-dulu. Alhamdulillah, melalui kedua orang tuaku, aku diizin Allah untuk menjalani sebuah kehidupan pembel

Dari Jurutera ke Peniaga Gerai Makan

Image
Assalamualaikum w.b.t. Beberapa minggu lepas aku dihubungi oleh sahabatku yang menginap di Pangsapuri Sunway Batu Caves, Selangor. Dia merupakan rakan sekelas masa menuntut di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dahulu. 5 tahun sudah kami tempuhi dunia bermajikan di syarikat berbeza. Dia sebelum ini bekerja di salah sebuah syarikat pembekal untuk peralatan dalam industri Minyak & Gas sebagai Jurutera Rekabentuk. Malangnya pertengahan bulan Mei tempoh hari dia telah menerima surat VSS dari syarikatnya. Voluntary Separation Scheme. Surat diberhentikan kerja berkuatkuasa 24 jam dengan pampasan selama 5 bulan gaji yang akan dibayar setiap bulan seperti bulan bekerja. So sekarang dia berjaya memulakan perniagaan membuka gerai makan tepi jalan. Setelah kira-kira hampir berbulan juga sebenarnya setiap kali lepak selalu berdiskusi perancangan dia untuk membuka gerai. Oh ya. Sebenarnya masa mula-mula dia bekerja dulu, memang dia dah tetapkan perancangan untuk hanya bekerja selama 5 tahun

Politik yang tak berkesudahan & pengajarannya

Image
 Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah. Tahniah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) atas kemenangan kalian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam. GRS adalah terdiri daripada gabungan 3 buah parti iaitu Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS). Banyak sebenarnya kita dapat pelajari sebagai orang luar (orang yang tak terlibat dalam politik Sabah) daripada ketegangan politik di Sabah sejak beberapa bulan yang lepas. Antaranya yang dapat aku coretkan di sini ialah :  1. Serapat mana kita dengan seseorang sebagai kawan, ketahuilah selagi dia adalah insan yang bergelar manusia, dia pasti akan ada potensi untuk menjadi musuh kita. Dan atas sebab itu, serapat mana kita dengan seseorang jangan sesekali berkongsi kisah peribadi terutama yang negatif dengan mereka melainkan kita pasti perkongsian tersebut andai si dia menjadi musuh kita satu hari nanti tak akan menyebabkan aib kita tersebar dan dijadikan modal untuk menjatuhkan kita di kemudian hari. Dalam senar

Apa yang berlaku kepada George Floyd

Image
Assalamualaikum w.b.t. Beberapa hari belakangan ini, riuh di dada-dada akhbar dan media sosial dengan kematian seorang lelaki berkulit gelap bernama George Floyd (GF) yang berpunca daripada tindakan seorang pegawai polis Minneapolis yang menahan GF dengan menekan di belakang leher menggunakan lututnya sehingga GF tak dapat bernafas. Kejadian tersebut berlaku di Minneapolis, Amerika Syarikat (AS) pada 25 May 2020 iaitu hari Isnin yang lalu. Apa yang sebenarnya terjadi kepada GF? Berikut adalah kronologi ringkas kejadian ini dari awal. Sebelum itu diingatkan time stamp dalam gambar di bawah adalah cepat 24 minit dari masa yang sebenar bak kata owner kepada CCTV tu. Kronologi ringkas di bawah juga diambil dari video rakaman penuh yang dikeluarkan oleh akhbar The Washington Post (boleh rujuk di SINI ) dan laporan dari akhbar Mirror (boleh rujuk di SINI ). 1. Jabatan Polis Minneapolis (JPM) menerima laporan daripada kedai runcit Cup Foods yang mendakwa dua orang lelaki terma

1 Syawal 1441H di musim PKPB

Image
Assalamualaikum w.b.t. Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan.. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua pembaca dan pelawat setia laman Jejak Musafir sejak ianya diwujudkan pada tahun 2009. Walaupun aku tahu dah tak ramai yang membacanya, infact mungkin tiada langsung kecuali diri ini. Disebabkan motif laman ini diwujudkan pun hanyalah sekadar simpanan memori lama yang suka untuk aku coretkan sebagai tatapan aku dan mungkin anak cucu aku di kemudian hari. Maklumlah, kalau nak tulis dalam buku, potensi buku itu hilang akan ada. Kalau nak mengingat dan sampaikan secara lisan, tentulah tidak. Bila umur dah meningkat ke tua, pasti ingatan aku pun makin hilang. Kalau nak simpan di media sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter pula, aku sangat tak gemar publisiti termasuk bila nak kena layan komen-komen dari semua kenalan. Bukan berniat untuk sombong atau ibarat katak di bawah tempurung, tapi keadaan aku sekarang tak mengizinkan untuk aku berhada

Bersyukurlah kita tak kena VSS

Image
Assalamualaikum w.b.t. Semalam aku terima satu panggilan dari seorang sahabatku. Dia merupakan rakan sekelas dalam batch dan kursus yang sama di UIA dahulu. Dia sekarang bekerja sebagai seorang jurutera di salah sebuah syarikat pembekal dalam industri minyak dan gas. Aku diberitahu, baru saja dua hari yang lalu dia telah menerima surat VSS dari syarikatnya. Voluntary Separation Scheme. Surat diberhentikan kerja berkuatkuasa 24 jam dengan pampasan selama 5 bulan gaji yang akan dibayar setiap bulan seperti bulan bekerja. Serius aku terkejut. Selalu sangat dengar syarikat-syarikat minyak dan gas ni ada 'retrench' pekerja. Tapi kali ini sahabat sendiri terkena. Katanya mungkin disebabkan gajinya agak tinggi dan skop kerjanya lebih kepada ujikaji projek yang mana projek dari syarikat-syarikat minyak dan gas pun semakin berkurang. Dia ada tanya sama ada syarikat aku ada buka recruitment baru. Malangnya, syarikat aku sekarang memang sedang freeze semua recruitment baru. Masin

Trip to China 2019 - Shanghai

Image
Assalamualaikum w.b.t. [ Post tertunda yang sekian lama dalam draft mode. Akhirnya terdetik juga untuk publishkan setelah berjaya mengorek kembali memori lama untuk dicoretkan di sini. Agak panjang berjela. Sekadar simpanan memori untuk rujukan diri sendiri di masa mendatang. ] Alhamdulillah. Seperti yang tertitip diruangan tajuk entri, insyaAllah kali ini aku ingin berkongsi kurang lebih sedikit pengalaman pengembaraanku ke China tahun lepas. Kalau sebelum ini, aku kerap mengembara ke Jepun atas tuntutan kerja untuk projek Perodua. Kali ini pula adalah untuk projek Proton pula. Detail pengembaraan kami : Lokasi lawatan : Chunxiao Geely Manufacturing Plant dan Hwaway Technologies Co. Ltd. Motif lawatan : Diskusi teknikal bersama jurutera Geely dan Hwaway Masa lawatan : 20hb - 24hb Jan 2019 Penerbangan : Malaysia Airlines (MAS) Bersama : Bos bernama Hoh Kim Yong Ok. Disebabkan negara kunjungan kami kali ini berbeza sikit dengan sebelum ini kerana China mewajibkan VISA. Dan

17 Ramadhan 1441H

Image
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah. Hari ini ada tiga peristiwa penting untuk aku kongsikan di sini. Peristiwa pertama nya adalah hari ini merupakan hari yang telah lama aku rancang untuk membayar zakat fitrah. Syukur sebab tak terlupa al-maklum usia makin meningkat alhamdulillah akhirnya terlunas juga niat dan untuk pertama kalinya dibuat secara atas talian. Sedikit perkongsian flow untuk pembayaran zakat fitrah secara atas talian seperti di bawah. Untuk kes aku ialah pembayaran dibuat kepada pihak Zakat Selangor. Kalau kaedah pembayaran untuk selain daripada Selangor bolehlah rujuk kepada post aku yang terdahulu (boleh klik SINI untuk mendapatkan kaedah pembayaran mengikut negeri). Ada juga mereka yang masih bingung di mana sebenarnya mereka perlu bayar zakat fitrah ini. Sama ada di negeri tempat mereka bekerja atau di negeri kampung halaman mereka. Boleh rujuk pendapat Senator Datuk Dr. Zulkifli al-Bakri (bekas Mufti Wilayah Persekutuan dan sekarang sebagai Menteri di Jabat

Isu UAS dikatakan sindir UEL

Image
Assalamualaikum w.b.t. Habis kecoh di semua laman media sosial tentang Ustaz Abu Syafiq (UAS) yang didakwa menyindir Ustaz Ebit Lew (UEL) kerana usaha kebajikan yang dijalankan oleh UEL membantu golongan memerlukan sambil dirakam dan dipamerkan dalam media sosial. Sebelum apa-apa, lets go back to when it all started.. Sebenarnya isu ini bermula bila UAS memuat naik status kat laman facebook beliau. Kalau diperhatikan, memang jelas status beliau bersifat general. Tidak langsung memetik nama sesiapa secara spesifik. Namun, status tersebut telah menimbulkan rasa tak puas hati dalam kalangan netizen sehingga beliau menerima banyak kecaman dan kritikan di media sosial. Disebabkan terlampau banyak kecaman dan spekulasi, beliau pun tampil memberi penjelasan tentang status tersebut. Sumber : FB Bintang Hitam Studios Antara kenyataan UAS dalam video di atas : "...tetapi isunya pada yang kedua iaitu pergi memberi sumbangan yang sikit tu, beras, gula dan sedik