Ramadhan Kembali
Assalamualaikum.
Pejam celik, pejam celik jer sedar2 dah masuk bulan ramadhan yg mana kite tahu kelebihan dan tingginye darjat bulan ramadhan berbanding bulan2 islam yg laen terutama terhadap golongan umat akhir zaman ni.
Bulan ramadhan ni kite boleh anggap seperti satu madrasah untuk mentarbiah jiwa dan peribadi seseorang dan membentuk akhlak yg mulia disamping sebagai satu medium utk kite meningkatkan pahala. Sebab kite pun sedia maklum bahawa sepanjang bulan ramadhan al-mubarak ni, segala amalan sunat yg kite amalkan diberi balasan pahala fardhu dan amalan fardhu pulak diberi balasan 70 kali ganda. Tak ke banyak tu. Tambahan pulak kelebihan bulan ramdahan yg tiada pada bulan2 laen yakni adenye Lailatul Qadr dimana beramal pada malamnya adalah lebih baek dari seribu bulan.
Pastu aku rase majoriti kite tahu yg sepanjang bulan ramdhan jugak semua setan2 dan iblis2 diikat dan pintu syurga ar-Rayyan dibuka seluas-luasnya khas utk orang2 yg berpuasa. So, sekiranya seseorang yg tak dapat kawal nafsunye sepanjang bulan ramdhan adalah bukan disebabkan oleh godaan syaitan, maka matlamat setan2 yg berbakikan 11 bulan sebelumnya mengasuh nafsu2 manusia kearah negatif bagi menghadapi bulan ramdhan dianggap telah berjaya.
Marilah sama2 kite perbanyakkan amalan2 sunat sepanjang bulan yg mulia ni.
Antara target aku sepanjang bulan ramadhan tahun ni :-
- Memperbanyakkan solat berjemaah kat masjid.
- Khatam 30 Juzu' Al-Quran.
- etc.
So, akhir kata beribadahlah sebanyaknya seolah2 kite akan mati esok lagi2 dalam bulan ramadhan ni. Insyallah, Allah akan melipat gandakan pahalanya jika kita lakukan dengan ikhlas semata-mata kerana-Nya.
"SELAMAT MENYAMBUT SYAHRU RAMADHAN SYAHRU MUBARAK"
Wallahualam.
Comments
Post a Comment