Update Jugak Akhirnye

Assalamualaikum.

Fuh~ lame giler jugak tak update blog aku ni. Maklumlah, skrg ni internet kat mahalah aku ni semakin menjadi2 wat problem pulak. Huhu. Banyak gak benda yg aku nak share kat blog ni sepanjang aku tak mengupdate nyer.

1. Hari Jumaat yg lepas, aku bersama budak2 silat gayong ex UIA PJ yg dah masuk UIA Gombak atau lagi tepatnye batch aku sendiri yg terdiri drpd Aku, Raja, Shukri, Akasah, Marzuq dan Amira telah dijemput utk menghadiri satu program Iftar yg dikelolakan oleh Management Committee Gayong UIA PJ. Diselitkan bersama penyampaian sijil dan bengkong sempena Ujian Kenaikan Bengkong yg telah dijalankan pada 6 Disember tahun lalu. Tentatif nye kalo tak silap aku adalah seperti berikut :-

Ketibaan VIP (Cikgu Selamat. Cikgu Jasmi & Cikgu Sham)
Ucapan VIP dan Perasmian
Penyampaian Bengkong dan Sijil
Iftar
Solat Maghrib berjemaah
Penyampaian Cenderahati kepada VIP
Tayangan Video Persembahan Martial Art Exhibition
Solat Isyak berjemaah
Solat Tarawih dan Witir
VIP beransur pulang
Sesi tak Formal antara Pesilat UIA Pj dan UIA Gombak

..barisan VIP tengah menjamu selera..Cikgu Sham, Cikgu Selamat dan Cikgu Jasmi..

..eating time..:D

..aik?? da abes makan da..cepat nyer..huhu..

..masing2 tengah khusyuk tengok video demo Martial Art Exhibition..

Malam tu habes lewat jugaklah sebab kebetulan program ni mungkin yg terakhir utk batch UIA PJ yg ambek satahun setengah. Adalah jugak kata-kata dan sikit penerangan dari kitorang2 nih tentang sejarah penukaran Gurulatih sebelum ni. Huhu. Majlis bersurai jam 1130 mlm.

..sepatah 2 kata dari aku..tapi agak gagap sikit sebab dah lame tak cakap kat depan..huhu..

..muka tengah fokus..

..barisan srikandi2..

2. Hari Sabtu yg lepas first tyme family aku gathered bukak puasa sesama kat rumah parent aku kat Rawang. Huhu. Maklumlah, kedua-dua abang aku dah dirikan rumah tangga. So, susah sikit nak bukak puasa cam dulu. Best jugaklah. Nampak jelas dari air muka mak bapak aku perasaan seronok dan gembira sebab semua anak2 die bukak sekali cam dulu.

3. Hari Ahad nye pulak aku pulang ke UIA Gombak awal sikit dalam jam 1 petang aku bertolak dari Rawang sebab nak buat preparation sikit utk exam midterm minggu ni. Huhu. Petang tu jugak aku ajak member aku, Zaini (die yg suruh tulis nama die dalam blog aku nih..hehe) utk bukak puasa kat Burger King. Yumm~ lame giler tak makan Burger King. Lepas habes makan jer terus pulang ke UIA Gombak utk tunaikan solat Maghrib dan prepare utk Solat Tarawih pada malamnya.

..ketara muka tak sabo nak bukak pose..haha..

..boleh tahan gak gambo ni..:P

..yuummm~..hidangan utk due org..

4. Last but not least, keadaan aku yg agak genting yakni terpaksa menghadapi Quiz dan Exam Midterm bertubi2 minggu ni. So, tu pun salah satu sebab aku dah jarang blogging. Huhu.

Setakat ni jer dulu. Aku nak pegi study kejap. Kejap lagi nak kene jawab paper BM and Quiz Engineering Drawing. Adoyai~ Doakan aku dpt skor both of them. Amiin.

Comments