Demo Silat Perkahwinan
Assalamualaikum.
Hari minggu yang agak menyibukkan namun hatiku masih seronok melaluinya. Alhamdulillah, pada hari Sabtu yang lalu (kelmarin) aku bersama team demo silat telah menerima satu invitation untuk membuat persembahan Silat di satu Majlis Perkahwinan.
Pada hari tersebut, aku dan Ibnu bertolak dari Taman Ukay Perdana dalam jam 11.05 pagi dan selamat tiba di destinasi majlis perkahwinan satu jam selepas itu. Ketibaan kami masih terlalu awal, lantas kami membuat sedikit persediaan terakhir untuk persembahan silat tersebut.
Antara susur galur persembahan adalah seperti berikut :
1) Adat mengambil tapak.
2) Bunga Sembah berduet.
3) Persembahan Pentas Tangan Kosong.
4) Persembahan Pentas Seni Keris.
5) Bunga Tanjung secara berjemaah.
Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar tanpa ada kecederaan yang berlaku. Namun seperti biasa tak semua apa yang dirancang berlaku kerana ada sedikit kekalutan, kesilapan dan kecuaian berlaku ketika persembahan. Maka benarlah firman Allah :
Persembahan tamat dengan kedua pesilat, Nazrul dan Ibnu mengiringi pengantin ke pelamin diikuti dengan kedua mempelai melalui julangan keris oleh kedua pesilat Ariffuddin dan Ishkandar.
Antara gambar-gambar yang sempat ditangkap sebelum persembahan.

..Team Dem0 Silat (Gangga!!)..haha..

"..dan kita merancang dan Allah pun merancang. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang."
Persembahan tamat dengan kedua pesilat, Nazrul dan Ibnu mengiringi pengantin ke pelamin diikuti dengan kedua mempelai melalui julangan keris oleh kedua pesilat Ariffuddin dan Ishkandar.
Antara gambar-gambar yang sempat ditangkap sebelum persembahan.
Comments
Post a Comment