Happy New Year 2011

Assalamualaikum.

First of all, pihak admin ingin mengucapkan

SELAMAT TAHUN BARU
"2011"





kepada semua warga malaysia di seluruh dunia.

Macam biase la bile kate tahun baru jer mesti ade jer blogger yg da mula buat post pasal tahun baru. Majoritinya mesti cakap pasal azam baru. Huhu. Aku pulak takkan nak tulis jugakkan pasal azam baru. Bosan betol! Lagi2 nama aku da mmg AZAM kan. Haha.

Tapi untuk pertama kalinya aku pd malam tahun baru yakni tepat jam 1200pagi bertarikh 1/1/11 aku berada di Gelanggang Silat sedang berlatih bersama sahabat-sahabatku yang lain. Giler la. Kalau sebelum2 ni mesti aku tengok tv live sambutan countdown tahun baru kat dataran merdeka. Boleh kate mesti ngan family punye. Tapi kali ni, mase aku tengah berlatih silat, ade jer bunga api yang meletop-letop. Duumm sana. Duummm sini. Woha!

Aku rasa kalau aku nak flashback balek semua program atau perkara yang aku lakukan sepanjang tahun 2010 memang terlampau banyak. Ada yang pahit dan ade jugak yang manis. Hmm. Untuk tahun baru ni kalau ikot perancangannya, macam2 aku nak buat. Dan untuk azam tahun baru aku ni pulak aku rasa aku tak hebahkan kot sebab azam tahun lepas pun belom tentu semuanya terlaksana kan? Hmm.

Cuma aku masih tertanya-tanya, perlukah kite menyambut tahun baru dengan berkumpul ramai-ramai campur lelaki perempuan buat konsert la and macam-macam lagi. Adakah ia perlu atau sekarang ini dah memang wajib. Huhu. Kenapa kita tak cuba ubah cara dan kaedah sambutannya contohnya kita buat bacaan Yaasin beramai-ramai atau kuliah ker. Alaaa~ macam sambut Muharram. Tahun baru Islam! Huhu. Malas lah nak persoalkan. Aku ni sape jer kan. Setakat golongan-golongan yang masih belum layak untuk mengundi ni, duduk diam tutup mulut jer lah kan. Hehe.


..kat mana ni ek??..


..kat bukit bintang.ni aku rase kalo ade orang nak selup poket pun tak sedarkan. Sesak betol..


..kat dataran merdeka..

Anyway, tahun pun dah baru, semester pun dah baru, misi dan visi pun kena lah baru kan. Misi dari aspek persilatan mahupun akademik. Tapi still aku tak nak kongsikan. Hahaha. Pelikkan. Kalau tak nak kongsi tak yah lah kecoh2 kan.

Hmm.. Adeee???

Ade aku kesah!!!

Hahaha.

Japx3..
Hampir terlupa, aku nak mengucapkan

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan



kepada Norizan binti Jaafar (Mak) dan Aliasaa bin Abdul Ghani (Ayah).
1 Januari setiap tahun merupakan antara tarikh yang bermakna buat pasangan di atas. Hehe.

Sekian. Wassalam.

p/s : Ape beza misi/visi dan azam yer?? Macam sama jer. Kepada cikgu-cikgu BM kat luar sana tu tolonglah terjemahkan untuk kemaslahatan umum. Haha. Wallahualam.

Comments