Posts

Showing posts from June, 2011

Malam Pendekar Gayong UiTM Jengka

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah selamat sampai di UIA pagi ni. Penat betul semalaman drive dari Jengka ke KL. Hmm. Sebenarnye semalam aku telah hadiri satu program anjuran PSSGM UiTM Jengka, Pahang iaitu MALAM PENDEKAR GAYONG dimana pada malam tersebut telah didedahkan hampir semua jenis permainan Gayong di Kampus UiTM Jengka tu. Pada masa yang sama program tersebut merupakan satu program untuk menarik lebih ramai ahli-ahli baru dalam kalangan siswa dan siswi UiTM Jengka sendiri. Huhu. Aku bersama sahabat-sahabat dari KL ni iaitu Ishkandar , Raja , Ibnu , Saiful dan Ayoi telah dijemput untuk membuat demonstrasi silat sempena memperagakan permainan senjata gayong buat perkenalan untuk pendatang-pendatang baru pada malam berkenaan. Tapi aku dan saiful hanya sebagai kameraman. Yang balance tu je la yang buat demo. Sepasang main parang lagi sepasang main Seni Keris. Huhu. ..barisan VVIP duduk di atas pentas.. ..ucapan.. ..eh2..ade jugak gambar aku sebijik..haha.. ..adat pengambilan tapa

Anak Buah

Image
Assalamualaikum. Geram pulak aku tengok gambar anak buah aku ni ha. Wahai Nurul Ikhlas bt Nazrul Amir Aliasaa , kenapa lah kamu ni comel sangat. Eeee~ Nasib baik bukan anak aku. Haha. Kalau tak....hmm. ..dapat telekung sendiri (baru!).. Ha. Sekarang cakap pasal abi die pulak. Terjumpa gambar shooting Imam Muda kat fb beliau di SINI . Huhu. Promote sikit. Hehe. ..bersama krew2 Imam Muda yang lain..cuba teka yang mana satu beliau?..hee.. Wallahualam.

Cinta dan Jodoh

Image
Assalamualaikum. Selalu timbul dalam kotak fikiran aku, kenape lelaki mesti perlu bercouple? Mungkin tak semua lelaki, tetapi ade sesetengah tu mesti nak ade awek. Kirenye kalo takde tu macam dah bosan hidup. Haha. Lebih kurang cam tu la. Hmm. Sebagai contoh ade seorang sahabat ni dia dah bercouple dengan si A, then tetibe pulak si A ni dah curang dengan die. So, dorang pun clash. Then tak sampai sebulan lepas tu pulak die nak cari orang lain sebagai pengganti si A ni. Jalan punya jalan tetibe jumpe si B. Kebetulan si B ni lagi comel dari si A ni. Hmm. Malangnya dah beberapa bulan punya couple, tetibe family si B ni tak restui hubungan mereka berdua atas sebab tertentu. Sahabat aku ni pun ambek langkah selamat terus clash. Then tinggal la keseorangan lagi. Pastu, tengah-tengah study terasa bosan then terjumpa pulak dengan si C ni. Si C ni nampak lebih mewah sikit then jenis yang sporting gak lah. SO, sahabat aku ni pun ambek langkah untuk bercouple dengan die. Begitulah seterusnya. Tap

Alhamdulillah.

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah, keluar jugak statement dari pihak IIUM untuk membenarkan student2nye membiarkan semua barang2 mereka tersimpan di dalam bilik semasa cuti penggal nanti. Takde lah leceh aku nak mengemas and pack balik semua barang2 bertimbun-timbun dalam bilik aku ni ha. Huhu. *klik to enlarge * Tengah2 online, tetibe terbaca satu artikel dari Harakah Daily. Hmm. Bukan aku nak cerite pasal input artikel die pun, cume aku nak stresskan kat gambar yang diupload bersama artikel berkenaan. Kalau nak tahu, yang belakang Tuan Guru Nik Aziz tu adalah bro. Arafat. Beliau sebagai Tutor yang mengajar group aku Lab Engineering 2. Haha. Takde kene mengena ngan korang semua. nak baca artikel die, klik link di bawah : Rakyat Palestin kagum komitmen Kelantan Wallahualam.

Tahniah!

Image
Assalamualaikum. Tahniah & Syabas !! buat semua sahabat teammate sukan Pencak Silat dari UPNM dan UiTM yang telah beraksi di Kejohanan Pencak Silat MASUM 2011 yang diadakan di UPM, Serdang tempoh hari. Walaupun diri ini bukan dalam kalangan penuntut di universiti berkenaan, tapi hasil dari latihan bersama-sama di pergunungan telah mengeratkan ukhuwah kita seolah-olah satu pasukan semasa di sana. Haha. Rakaman korang maen semua dalam simpanan aku. Maklumlah, datang sana sebagai part time cameraman. Keje rakam orang maen jer. Haha. Bilalah rasa nya aku berpeluang untuk beraksi macam dorang. I mean representing my own university. Aku risau aku tak dapat bagi komitmen sepenuhnya akibat terlalu sibuk dengan kegiatan di luar. Tapi mungkin masanye belum tiba untuk aku beraksi dalam kejohanan MASUM. Tapi aku percaya satu hari aku pasti berpeluang untuk menaikkan nama IIUM di kejohanan MASUM kelak. Insyallah. Dikesempatan ini juga aku nak ucapkan tahniah dan ~SELAMAT PENGANTIN BARU~ ..Singi

Sikap

Image
Assalamualaikum. Selamat Pagi Malaysia. Bismillah pemula kata. Kenapa manusia ni dilahirkan dengan sikap dan attitude yang pelbagai? Ade positif. ade negatif. ada yang menjengkelkan. ade yang stok kene puji jek. ade yang macam nak kene tumbuk. ade yang macam nak kene cium. eh2 cium?? haha. Hmmm. Mungkin tak semua orang yang kita kenal memiliki sikap yang sentiasa buat kita senang hati walaupun orang tersebut adalah sahabat kita. Dan mungkin dari pihaknya pula berpendapat sikap kita tidak semua orang boleh terima. Kita tak tahu sebab kita tak boleh nilai diri kita. Orang lain yang boleh. ..manusia takkan lari dari kesilapan..manusia bukan MAKSUM kot..hehe.. Mungkin ade juga seorang yang kita selalu bersama tapi memang dah dilahirkan memiliki sikap yang kita kurang senang. Biasala kalau benda yang diasuh dari kecil memang susah nak diubah. Tapi still boleh ubah jugak kalau ade kerelaan dari empunya badan. Allah pernah berfirman dalam salah satu ayat Al-Quran : "Aku takkan mengubah

Kecewa

Image
Assalamualaikum. Hmm. Talam Dua Muka. Musuh Dalam Selimut. Gunting Dalam Lipatan. Semuanya memberi erti yang lebih kurang sama. Pernah kita rasa tak Sahabat baik kita atau Kawan karib kita atau Adik angkat kita atau Anak didik kita sendiri Yang kita dah bagi kepercayaan Yang kita dah usahakan untuk menaikkan dia tapi akhirnya merupakan orang yang menjatuhkan kita. Mungkin kita tak sedar sahabat di hadapan kita ini bak kata pepatah pijak semut pun tak mati punyalah sopan dan baik akhlaknya punyalah lemah lembut pabila bertutur dengan kita tapi hakikatnya dibelakang kita habis dicaci dihina dilontarkan pelbagai fitnah dituduhnya bermacam-macam kepada kita Namun bukan tugas kita untuk membalasnya yang hak tetap hak yang layak untuk membalasnya hanya Allah Yang ESA Mungkin di dunia kita teruk dipandangan certain orang tetapi di akhirat belum pasti Yang penting ikhlaskan niat terhadap apa yang kita buat niatkan lillahi taala niatkan semua perkara yang baik elakkan dari kita doakan sesua

Teh Panas & Teh Ais

Image
Bismillah pemula bicara. Bersua sekali lagi untuk kali ke 3 dalam sehari ni. Haha. Agak kelakar jugak. Dalam sehari boleh nak buat 3 post sekali harung. Sebagai post yang terakhir untuk hari ini dan esok, kali ni aku nak kongsi sikit satu fakta keburukan meminum TEH PANAS & TEH AIS. Buat penggemar minuman ni, silakan baca post aku yang di copypaste dari sini . Hmm. ********** TEH PANAS Hasil kajian terkini oleh saintis Iran menyatakan meminum teh dalam keadaan masih panas melebihi suhu 70 darjah celcius boleh menyebabkan terjadinya penyakit Barah Kerongkong. Mengikut sebuah kajian yang terlebih dahulu dilakukan dalam British Medical Journal telah dikemukakan minuman panas berpotensi menimbulkan tumor. Meminum teh panas dengan suhu di atas 70 darjah celcius sama dengan meningkatkan risiko barah kerongkong lapan kali ganda lebih besar untuk terjadi jika dibandingkan anda meminumnya dalam keadaan kurang panas iaitu di bawah 65 darjah celcius, demikian penjelasan penyelidik sepertiman

Tukar

Assalamualaikum. Aku tak tahu kenape lah aku cepat sangat bosan dengan sesuatu. Kalau dulu susun atur bilik kat umah aku. Setiap kali masuk hari raya jer mesti tukar floor plan. Aku maksudkan HARI RAYA iaitu Raya Puasa dan Raya Haji. Kire boleh kata setiap tahun mesti tukar lah. La ni pulak, paling ketara boleh tengok kat blog aku ni. Mula-mula tukar Tajuk Blog. Sampai tahap aku dah terlupa tajuk blog yang mula-mula aku pakai masa first-first aku berblogging dulu. Haha. Pastu pulak kalau korang tengok blog template aku, hmm asyik tukar jer. Sebab dah muak tengok design yang sama jer setiap kali berblogging. Aku pun tak tahu nak kata ape. Mungkin ini kekurangan yang ada kat aku kot. Cepat terasa bosan dengan sesuatu benda. Tapi dalam isu berblogging pulak, aku tengok ramai member aku yang gune template same jer dari mule-mule die berblogging. Paling tak pun ade la ditukar 2 or 3 kali dalam 3 tahun. Tapi still ramai jer yang blogwalking kat blog die. Siap ade beribu-ribu follower lagi tu

Dah Mula Bosan

Assalamualaikum. Alhamdulillah, paper final subjek WORKSHOP aku tak la susah seperti yang tak dijangkakan. Hmm. So, lepas ni dah takde mengadap buku or buat assignment sampai lewat malam dah. I'm free~ until this coming September. Tapi lama jugak cuti aku ni. Ade la dekat dua bulan setengah. Nak buat ape yer. Hmmm. Member-member ramai buat kerja part time. Kerja kat KFC la, McD la, Kenny Rogers and everywhere. Tapi aku ni macam dah malas nak bekerja dah. Baek aku menikmati hari-hari yang free macam ni. Tapi kalau free takde pengisian tak gune gak kan. Haha. Baru hari pertama habes exam dah terasa tak tahu nak buat ape sorang2 kat bilik ni. Maklumlah, roomate semua busy semacam mengalahkan menteri, selalu jer takde kat bilik. Time aku takde kat bilik, dorang ade and time aku ade pulak dorang takde. Macam chips more betol. Haha. So, tinggallah aku keseorangan memerapkan diri dalam bilik yang agak tak terurus ni. JOM KEMAS BILIK!! Haha.

Done with WORKSHOP!!

Image
Assalamualaikum. Alhamdulilah, selesai sudah kelas terakhir subjek WORKSHOP TECHNOLOGY untuk short sem ni. Lega rasanya lepas-lepas ni takyah sibuk buat report lagi. Tapi lupe pulak report untuk projek terakhir ni tak buat lagi. Haha. Hmm. Esok pulak ade Final Exam untuk subjek ni. Dengar-dengar dari student-student yang ambek subjek ni sem-sem lepas, dorang kata soklan banyak masuk final paper sem-sem lepas nyer. Harap-harap begitulah. Sekarang ni biar aku listkan semua projek yang kitorang kena buat untuk menyettlekan subjek WORKSHOP TECHNOLOGY ni. Haha. Takde keje. 1) Milling : ..Workpiece.. ..Conventional Vertical Milling Machine Model : Bridgeport M5.. 2) CNC Milling : ..Workpiece.. ..CNC Milling Machine..Operate through Coding Program.. 3) CNC Turning : ..Workpiece.. ..CNC Turning Machine.. 4) Turning : ..Workpiece.. ..Centre Lathe Machine Model : Pinocho 8-90/180.. 5) Benchwork : ..Workpiece.. ..filling process.. ..Drilling Machine.. 6) Metal Forming : ..Workpiece.. 7) Welding