Malam Pendekar Gayong UiTM Jengka

Assalamualaikum.

Alhamdulillah selamat sampai di UIA pagi ni. Penat betul semalaman drive dari Jengka ke KL. Hmm. Sebenarnye semalam aku telah hadiri satu program anjuran PSSGM UiTM Jengka, Pahang iaitu MALAM PENDEKAR GAYONG dimana pada malam tersebut telah didedahkan hampir semua jenis permainan Gayong di Kampus UiTM Jengka tu. Pada masa yang sama program tersebut merupakan satu program untuk menarik lebih ramai ahli-ahli baru dalam kalangan siswa dan siswi UiTM Jengka sendiri. Huhu.

Aku bersama sahabat-sahabat dari KL ni iaitu Ishkandar, Raja, Ibnu, Saiful dan Ayoi telah dijemput untuk membuat demonstrasi silat sempena memperagakan permainan senjata gayong buat perkenalan untuk pendatang-pendatang baru pada malam berkenaan. Tapi aku dan saiful hanya sebagai kameraman. Yang balance tu je la yang buat demo. Sepasang main parang lagi sepasang main Seni Keris. Huhu.

..barisan VVIP duduk di atas pentas..

..ucapan..

..eh2..ade jugak gambar aku sebijik..haha..

..adat pengambilan tapak memohon izin dari VVIP untuk menjalankan demo..

..gelagat pesilat semasa sesi pengambilan tapak..

..Pembukaan Gelanggang diimami oleh Cikgu Jaimin dari Sepang..

..imam gelanggang..

..pendekar2 menadah tangan memohon perlindungan sepanjang demo yang akan dijalankan..

..persembahan Golongan 10..

..Persembahan Seni Keris..

..Pertempuran Senjata Parang..

..parang gila..

..persembahan solo dari wakil kelab Pencak Silat UiTM Pahang..

..persembahan jemputan dari Silat Cekak UiTM Jengka..

..demo silat dipersembah, ukhuwah terjalin..

..VVIP..

..VIP..

**********

Rakaman Demo Senjata

Raja VS Ayoi (Seni Keris)

Ishkandar VS Ibnu (Parang)

Abg Man VS Abg Min (Parang Gila Upin Ipin)

Bilalah rasa nye aku dapat main senjata macam mereka-mereka di atas ni ek. Lagi-lagi kalau nak jadi macam geng Upin Ipin ni. Hmm. Confirm lame lagi ni.

Kami bergerak pulang ke KL jam 130pagi. Berkonvoi 3 kereta. Berhenti kat R&R Temerloh untuk minum-minum sikit dan ade jugak yang supper. Then terus bertolak pulang. Konvoi kami berpecah then terpaksa drive keseorangan pulang melalui KARAK Highway. Tapi sebelum sampai Karak tu terserempak dengan satu rombongan Van Jenazah. Seram jugak aku teringat cerita KHURAFAT. Huhu. Tapi apepun, alhamdulillah aku selamat sampai di KL jam 320 pagi.

p/s : Syukur jugak sebab kehadiran aku di program Malam Pendekar Gayong tersebut telah berjaya menaikkan kembali roh dan semangat GAYONG yang dahulunya kian pudar dek telan masa. Ayuh BergayOng. ZAATTTTT!!! Haha. Gambar akan menyusul kemudian.

Comments