Keluhan Diri

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, berkesempatan jugak aku nak berceloteh sikit tengah-tengah malam ni setelah hampir berminggu-minggu ade problem nak online. Hmm. Nak kate banyak perkara nak diceritakan tu memang ade tapi aku rase ade perkara yang peribadi dan tak perlu aku nak tulis kat laman ni walaupun hakikatnya laman ni takde lah ramai sangat manusia yang singgah apatah lagi membacanya. Huhu.

Ok. Pernah tak kita alami satu keadaan atau situasi dimana kebanyakan perkara-perkara atau benda yang kita minat dan cenderung tapi kita tak dapat nak laksanakan atau perolehi.

Sebagai CONTOH, hobi kita riding motorbike. Memang kalau bab menunggang motosikal ni memang kita minat gile belum lagi part jenis-jenis motor yang kita suka pakai. Of kos nak yang laju kan. Hmm. Tetibe, parent kita tak bagi bawak motor pulak sebab takot accident. Yela, maklumlah sekarang ni ramai jer kemalangan yang melibatkan motosikal. Cam tu la maksud aku, kita minat sesuatu tetapi ade saja penghalang untuk kita perolehinya.

Aku pun tak tahu. Dalam situasi aku ni terlalu banyak perkara yang aku cenderung tapi aku tak dapat nak laksanakan. Kalau aku nak cakap, rasa-rasanya dah masuk bab peribadi pulak. Hmm. Paham-paham jer la. Clue : Melibatkan SILAT di UIA. Sampai bilakah mampu untuk aku bersabar.

Dah lah. Malas aku nak pikirkan. Pikir positif jer la. Mesti ade hikmah disebalik ape yang berlaku. Huhu.

Haa. Kebetulan pulak ternampak status member kat fb :

Allahuakbar! Satu lagi kebesaran Allah bakal disaksikan malam ini 14 Rejab 1432H, fenomena gerhana bulan penuh akan berlaku di angkasaraya Malaysia, di antara jam 1.25 am – 7.00 am. Pada waktu itu kedudukan bumi, bulan dan matahari berada di dalam keadaan selari. Umat Islam disunatkan untuk solat khusuf (solat sunat gerhana bulan)
Gerhana Penuh Bulan - 16 Jun 2011 | Falak Online - Portal dan Komuniti Astronomi Malaysia
www.falak-online.net


Then, aku ternampak status ni pulak :

Informasi : Solat gerhana malam ini di masjid uia gombak akan diimamkan oleh Ustaz Asfandiar. Sila berkumpul di masjid jam 1.30 a.m., kita akan menunggu gerhana bermula dan solat berjemaah. Sekian, sebarkan.

Woha! Ayuh kita tunaikan Solat Sunat Gerhana. Insyallah bersua di lain hari. Ape pun sebagai penutup kata, cerita KL Gangster memang layan~ Syabas pada Shamsul Yusoff dan krew2nye. Ade kene mengena ker dengan post ni. Haha.

..aku dengar filem KL GANGSTER tengah fight ngan filem KONGSI..haha..tapi malangnya sampai la ni aku tak berpeluang teng0k cerite KONGSI lagi..huhu..

Wallahualam.

Comments