Posts

Showing posts from October, 2016

Berhujung minggu di Kyoto dan Nara | Part II

Image
Assalamualaikum w.b.t. Sambungan dari penulisan sebelum ini. Episod permusafiranku kali ini adalah sekadar pengisian yang kami lakukan di hujung minggu. Al-maklum hari weekdays, lebih sepuluh jam kami berada di dalam kilang DMC. Maka untuk aktiviti tuning kali ini memakan masa dua minggu dan cuti hujung minggunya kami telah merancang sedikit aktiviti sight seeing sekitar Jepun. Sebenarnya yang memulakan perbincangan mengenai aktiviti sight seeing ini ialah Nakayama-san. Dia dah mula berdiskusi perihal tempat-tempat yang nak dilawati sejak masih berada di Malaysia lagi iaitu menerusi email ketika kami sedang giat membincangkan perihal urusan tempahan hotel dan sedikit penyediaan dokumen-dokumen kerja. Nampak tak sebenarnya siapa yang terlebih semangat ni? Haha. Dan setelah beberapa hari kami membincangkan perihal aktiviti hujung minggu kami, maka tercapai sudah kata putus untuk kami melawat tempat-tempat berikut : 1. Kurama Mountain Temple 2. Kyoto Islamic Center

Kembali bertugas di Omihachiman, Jepun | Part 1

Image
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah. Permusafiran kali keduaku ke Omihachiman Japan atas perihal kerja. Tempat kerja yang sama. Hotel yang sama. Tugasan yang sama. Orangnya pula hanya kurang seorang. Untuk kali ini hanya aku bersama bos saja yang bertugas.  Dan tempoh keberadaan kami di Jepun kali ini agak lama iaitu selama dua minggu.  Seperti biasa, tugasan bermula pada hari Isnin. Kami akan bertolak dua hari awal. Penerbangan kami mendarat di Kansai International Airport (KIX) sekitar jam 3.45pm (waktu Jepun). Destinasi pertama kami ialah menuju ke Hostel Q Osaka, tempat penginapan yang ditempah awal dari Malaysia. Dari KIX kami mengambil Japan Railway dan turun di Namba Station. Di sana, aku singgah menunaikan solat Jamak Qasar di Prayer Room di level B1 Namba City Mall. Dan di sana juga kami sempat singgah di Information Center untuk membeli Osaka Kaiyu Ticket untuk memudahkan pergerakan kami untuk aktiviti keesokan harinya iaitu melawat Osaka Kaiyukan Aquarium. Tik