Walimah Sahabat | Baihaki + Yasmin
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah. Selamat sudah sahabatku, Baihaki diijab qabulkan bersama pasangan pilihan hatinya Yasmin pada 2hb Okt yang lalu. Baraka Allahu lakuma wa baraka 'alaykuma wa jama'a baynakuma fi khair kalian berdua. Halal sudah korang berdua. Moga bahagia hingga ke syurga.
Dan untuk pertama kalinya aku terlibat dengan majlis walimah orang selain dari family sendiri. Groomsmen. Dah jadi adat sambutan walimah zaman sekarang nak kene ada bridemaids and groomsmen. Dan untuk walimah sahabatku ini, bridemaids nya seramai lima orang dan groomsmen nya seramai tiga orang saja. Tugasnya pula hanya menyiapkan pengantin as usual.
Majlis akad nikah telah dijalankan di sebelah pagi seawal jam 10.30 pagi di Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa diikuti dengan outdoor shooting dan majlis walimahnya pula dijalankan pada sebelah malam bermula sekitar jam 9.00 malam di Dewan Merak Kayangan , FELDA berkonsepkan dinner. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Siap ada kezutan dari pengantin lelaki untuk isteri kesayangannya. Ucapan dan nyanyian live lagu favourite si isteri. Romantik gitu.
Sekarang ni dah musim batch semua mula mendirikan 'masjid'. Dan ada jugak yang dah mula menimang cahaya mata. Tak payah kata kawan, adik sendiri pun dah ada anak. Haha. Alhamdulillah. Tumpang gembira atas hari kegembiraan sahabat-sahabat yang baru berkahwin. Lengkap sudah separuh agama kalian bak kata hadis kat atas.
Dikesempatan ini juga turut nak mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat seorang lagi sahabatku yang juga telah selamat diijab qabulkan pada hari Sabtu lalu bersamaan 1hb Okt 2016 di Kg. Pengkalan Maras, Kuala Terengganu iaitu Zufadli dan Ain Najwa . Barakallah Zul dan pasangan! Maaf tak dapat turut serta sebagai 'Dulang Boys'. Faktor kesihatan, jarak dan komitmen. Harap memahami. Apepun congratz korang berdua! Moga ikatan dan hubungan kekal bahagia hingga ke syurga. Seronok pulak tengok orang kahwin. Haha.
Wallahualam.
"Barangsiapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi." -HR Thabrani-
Alhamdulillah. Selamat sudah sahabatku, Baihaki diijab qabulkan bersama pasangan pilihan hatinya Yasmin pada 2hb Okt yang lalu. Baraka Allahu lakuma wa baraka 'alaykuma wa jama'a baynakuma fi khair kalian berdua. Halal sudah korang berdua. Moga bahagia hingga ke syurga.
Dan untuk pertama kalinya aku terlibat dengan majlis walimah orang selain dari family sendiri. Groomsmen. Dah jadi adat sambutan walimah zaman sekarang nak kene ada bridemaids and groomsmen. Dan untuk walimah sahabatku ini, bridemaids nya seramai lima orang dan groomsmen nya seramai tiga orang saja. Tugasnya pula hanya menyiapkan pengantin as usual.
Dikesempatan ini juga turut nak mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat seorang lagi sahabatku yang juga telah selamat diijab qabulkan pada hari Sabtu lalu bersamaan 1hb Okt 2016 di Kg. Pengkalan Maras, Kuala Terengganu iaitu Zufadli dan Ain Najwa . Barakallah Zul dan pasangan! Maaf tak dapat turut serta sebagai 'Dulang Boys'. Faktor kesihatan, jarak dan komitmen. Harap memahami. Apepun congratz korang berdua! Moga ikatan dan hubungan kekal bahagia hingga ke syurga. Seronok pulak tengok orang kahwin. Haha.
The proposal. 18 October 2015. Pantai Teluk Cempedak Kuantan.
Wallahualam.
Comments
Post a Comment