Travelog sebagai sumber INSPIRASI dan INFORMASI

Assalamualaikum w.b.t.

Sejak berjinak-jinak dengan dunia travelling semakin kerap aku melaburkan duit untuk membeli novel-novel berbentuk travelog hasil tulisan pengembara tanah air. Rasa seronok bila menerokai setiap babak dalam pengembaraan menerusi penulisan mereka. Terasa seolah aku yang mengembara. Terasa seolah diri ini sebagai watak utama dalam tulisan tersebut. Dan antara novel travelog yang aku minati ialah Travelog Mr. Traveller hasil tulisan dan terbitan Meor Farid Asyradi, seorang mahasiswa Sarjana yang kini menuntut di UM dalam bidang Siasah Syariyyah (Sains Politik Islam). Umurnya sama dengan ku.


Apa yang aku minat sangat dengan buku beliau?

1. Tulisan beliau tentang pengembaraan beliau selama 15 hari menerokai 15 buah negara di benua Eropah dengan hanya sekeping tiket dengan menggunakan 50 buah keretapi. Menarik tak menarik? Dan aku memang sangat meminati dunia travelling dan Eropah merupakan salah satu destinasi impian yang telah lama aku pasang sejak mula berjinak dengan dunia ini.

Hari Pertama : Sweden - Denmark - Jerman
Hari Ke 2 : Jerman
Hari Ke 3 : Czech Republic - Slovakia - Hungary
Hari Ke 4 : Romania
Hari Ke 5 : Romania - Bulgaria
Hari Ke 6 : Turki
Hari ke 7 : Turki - Bulgaria - Romania
Hari ke 8 : Romania - Hungary
Hari ke 9 : Austria - Switzerland - Italy
Hari ke 10 : Italy - Vatican City
Hari ke 11 : Italy - Switzerland - Perancis
Hari ke 12 : Perancis
Hari ke 13 : Perancis - Belgium - Netherland
Hari ke 14 : Netherland - Jerman - Denmark
Hari ke 15 : Sweden - Norway - Sweden

2. Kaedah penulisan yang santai. Yes. Kaedah penulisan sangat memainkan peranan penting untuk membawa pembaca menyelami setiap kandungan tulisan kita. Jika kaedah penulisan terlalu baku, mungkin kita akan merasa seolah membaca surat khabar yang hanya bermotifkan perkongsian informasi semasa dan terkini. Jika kaedah penulisannya terlalu santai (menggunakan bahasa pasar) juga boleh menyebabkan pembaca kurang berminat disebabkan pilihan kata juga dapat memberi maksud situasi yang bertepatan dengan keadaan yang sepatutnya dirasai oleh pembaca.

3. Tips-tips yang diselitkan sepanjang pengembaraan beliau merentasi 15 buah negara. Kita yang minat travelling takkan lari dari memburu tips-tips bila ingin menjelajah ke mana-mana negara sekalipun. Ada yang tanya menerusi fb group backpackers, ada yang menghubungi dan bertanya direct kepada kenalan yang sudahpun merantau ke negara tersebut dan sebagainya. Dan antara tips yang dikongsikan oleh Asyradi dalam kisah beliau ialah :

- Jika kita berhajat untuk menggunakan public transport di negara tempat kita travel, beli lah tiket secara online dan lebih awal untuk mendapatkan harga yang jauh lagi murah berbanding beli di kaunter on the spot.

- Jika kita berhajat untuk travel long distance antara beberapa destinasi yang agak jauh dalam penjelajahan kita, susunkan perjalanan kita dengan merancang waktu perjalanan pada waktu malam. Biar tidur di dalam bas atau train. Pertamanya dapat utilize masa sebaik mungkin di tempat kita travel dan keduanya dapat menjimatkan duit tak perlu menempah hotel untuk menginap semalaman.

- Bila bersendirian dan berhajat untuk lelapkan diri di stesen bas atau train di waktu malam, pastikan kita sembunyikan identiti kita sebagai traveller. Sembunyikan beg dalam semak. Simpan molek-molek dokumen perjalanan kita seperti pasport. Elakkan berperwatakan seperti orang asing. Untuk mengelakkan diri dari orang-orang yang tak bertamadun yang suka mengganggu atau berniat buruk terhadap warga traveller. Dan banyak lagi.

- Dalam dunia mengembara ini, kos yang paling tinggi adalah tiket penerbangan. Dan sebagai pemudah cara untuk membezakan harga tiket antara semua jenis airlines boleh gunakan aplikasi Skyscanner atau boleh juga melayari menerusi websitenya. Dan kita juga kena rajin dan peka terhadap promosi-promosi tiket murah yang sering dibuat oleh airlines-airlines berkenaan.

4. Kisah-kisah pengembaraan beliau di serata dunia dan pengajarannya turut beliau selitkan di sepanjang penceritaan beliau menjelajah tanah Eropah di dalam novel tersebut. Cerita dalam cerita. Sangat menarik.

5. Umurnya masih muda semuda umurku. Haha. Kalau dia mampu mengecapi niat dan minatnya, kenapa tidak aku? Itulah yang selalu bermain dalam kepala otakku. Tapi perbezaannya, penjelajahan beliau banyak ditanggung, ada pula yang dibayar sendiri pun dapat harga yang istimewa dibawah harga pasaran disebabkan faktor kenalan dan rekod beliau yang terkenal dalam dunia travelling. Aku? Nak travel pakai duit gaji je. Haha.

Ini baru novel travelog pertama yang diceritakan serba serbi tentangnya. Masih tersusun lebih dari 20 buah novel travelog yang berjaya aku himpun dan hanya bebaki kurang dari 5 buah saja yang masih belum terusik. Moga aku istiqamah dalam minatku.

Wallahualam.


Comments