Riak
Assalamualaikum. Sekian lama tak menulis. Terasa penulisanku semakin kekok. Fikiran yang bercampur-baur dengan perkara-perkara silam. Sukar untuk ku tetapkan kisah yang mana hendak dicoretkan untuk kali ini. Riak. Satu sikap yang paling aku benci. Kekadang kita tak sedar akan perlakuan kita. Mungkin kata-kata kita yang kita anggap seperti biasa tapi di mata sahabat-sahabat kita yang lain lebih menampilkan perasaan riak. Sejujurnya aku pernah rasa keadaan itu. Keadaan kita sedar perlakuan kita diinterpretasikan oleh orang sekeliling kita dengan perlakuan riak. Membangga diri. Bangga dengan apa yang kita ada. Bangga dengan kelebihan yang kita ada. Bangga dengan pencapaian yang kita telah kecapi. Dan bangga yang seangkatan dengannya. Sebab itulah aku lebih memilih untuk tidak mengetengahkan setiap apa yang aku miliki. Rezeki yang aku perolehi, kejayaan yang aku kecapi. Kerana aku tahu, sekali adegan riak tercetus, memang terasa diri ini bodoh. Ya Allah, jauhilah diriku dari bersikap riak....