Posts

Showing posts from January, 2016

Travelog Osaka 2016 - Day 1

Image
Travelog : Osaka Trip 2016 Day 1 (12.01.2016) Penerbangan kami dijadualkan akan berlepas pada jam 0030H. Kami tiba di tempat menunggu sekitar sejam awal dari pintu Gate P4 dibuka. Dalam tempoh menunggu, kami isikan waktu dengan menunaikan solat isyak dan cubaan mencari sedikit bekalan untuk mengalas perut namun gagal disebabkan kosnya yang agak tinggi. Maka bermuram durjana lah perut kami yang kosong dan penuh dengan kandungan Hydrchloric Acid. Sebaik sahaja Gate P4 dibuka, kami memberi peluang golongan warga emas dan wanita untuk beratur dahulu dan selepas lebih 10 minit barulah kami bangkit mengatur langkah menuju ke barisan yang semakin memendek untuk melepasi gate P4. Kelihatan kebanyakan penumpang sudah bersiap sedia dengan pakaian sejuk masing-masing dan ada juga yang semangat memakainya sebelum masuk ke pesawat lagi. Betul excited nak merasa musim sejuk atau mungkin sebab keadaan badan yang tak biasa dengan tahap kesejukan kurang dari 10 degree. Selepas memberi passport serta bo

Tahun Baru 2016. 'AZAM' yang BARU!

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Sekian lama tak menaipkan sesuatu dalam ruangan ini. Tahun baru telahpun berkunjung tiba namun hakikat yang terjadi sepanjang tahun lepas tetap utuh dalam ingatan. Mungkin sukarnya Allah menggerakkan hatiku untuk melenyapkan memori tersebut kerana pada-NYA aku perlu akur dan terima akan apa yang berlaku. Mungkin sebagai pengajaran buat diriku. Ya. memang ku pernah dengar Pengalaman itu adalah GURU yang terbaik kerana ia beri peluang kita rasai dahulu kesakitannya dan dari situ mampu menyentap hati kita membuatkan kita belajar untuk menambah baik apa yang kurang pada kita. Persis semakin banyak kita belajar, semakin banyak kita tak tahu. Sama la juga kalau kita relatekan semakin banyak ujian yang terjadi atas diri kita, semakin kenal diri kita yang sebenar. Dan itu aku setuju! Alhamdulillah, mungkin dengan berkat mereka yang mendoakan, penyakitku tak separah dahulu. Namun, aku masih mengharapkan agar ianya pulih sepenuhnya. Amin. Harap tak terlewat untuk