Thursday, 31 March 2016

Pencak Silat Terbuka UPSI 2016

Assalamualaikum.

Game Open UPSI & International datang lagi!  Dah lama sebenarnya aku sepikan diri dari dunia silat ni. Tapi bukan bermakna sumbangan aku terhenti di situ. Alhamdulillah, walau tak sepenuhnya, kurang lebih sekali dua dapat juga jenguk dan komen apa yang patut buat junior-junior team.

Anyway, CONGRATULATIONS!!! to all Silat Seni Team especially the medalists for both SELANGOR and IIUM Pencak Silat Team in Kejohanan Pencak Silat UPSI & Antarabangsa ke-7. Yang tewas, macam biasa cuba lagi. Ingat! InsyaAllah bila masa yang sesuai tiba, Allah akan letakkan kita di tempat yang sepatutnya kita berada. Bersangka baiklah pada Allah.

Silat Seni SELANGOR JR

1 Emas (Solo P)
1 Perak (Regu L)
2 Gangsa (Ganda L, Ganda P)





Silat Seni IIUM

2 Emas (Ganda L, Regu L)
1 Gangsa (Ganda P)
1 Tempat ke-4 (Regu P)


Tahniah semua! Rindu sebenarnya nak kembali membantu dan beraksi. Tapi apa kan daya kudrat tak seperti dulu. Dan komitmen semakin bertambah bila dah bermajikan. Harap memahami.

Dan sekadar pesanan buat adik-adik yang sudah mula menempa nama dalam arena silat peringkat negeri dan negara.

1. Bila dah berjaya, jangan lupa sujud syukur dan berterima kasih pada Allah SWT. Sebelum pertandingan bersungguh solat hajat dan bermaaf-maafan bagai, harap bila dah dikurniakan kejayaan kita tak lupa kepada Sang Pemberi Rezeki.

2. Bila dah berjaya, jangan lupa mak ayah, cikgu-cikgu, senior-senior, kawan-kawan dan sesiapa sahaja yang pernah hadir dan bantu kalian semasa kalian berlatih dahulu. Mereka bukan nak disanjungi mahupun dipuji tetapi mereka hanya inginkan usaha dan pengorbanan mereka meluangkan masa dan kerahan tenaga dihargai dan diingati. Sedikit terguris hati seorang 'guru' mampu menarik setiap berkat ilmu yang dicurahkan.

3. Bila dah berjaya, jangan lupa orang-orang yang kalian bersungguh telefon atau jumpa untuk memohon restu dan doa darinya. Kerana mereka mungkin sedang menanti keputusan dari mulut kalian. Bukan semesti Juara yang hendak didengari, tapi cukup sekadar menzahirkan kepuasan dalam persembahan dan yang paling penting, ucapan terima kasih.

4. Bila dah berjaya, jangan lupa ringankan tangan belanja orang-orang yang telah membantu kalian berjaya. Kalau tak mampu belanja makan, cukup sekadar belanja doa. Sebagai tanda terima kasih kalian terhadap pengorbanan mereka selama ini. Berkat seorang guru itu penting untuk kejayaan mendatang.

5. Bila dah berjaya, jangan mudah lupa diri. Dulu seorang yang peramah dan selalu mengharapkan kritikan untuk kemajuan. Bila dah berjaya, mula tinggi ego dan sukar terima kritikan orang. Harap dijauhkan. Pengalaman penulis, ade segelintir sahabat penulis yang seperti ini bila berjaya sampai ke puncak, tak lama lepas tu terus jatuh menjunam akibat perubahan sikap seperti ini.

6. Bila dah berjaya, jangan sesekali berada dalam keadaan selesa. Kejayaan kalian bukan bererti ianya berakhir di situ. Di saat kalian selesa dengan tahap kalian, ramai lagi yang berusaha untuk 'memotong' kalian. Ingat! Perjuangan tiada pengakhiran selagi kalian tak 'gantung baju'. Semakin tinggi kalian berada, semakin ramai seteru kalian. Konsistenkan latihan dan teruskan improve dalam setiap kejohanan yang disertai.

7. Bila dah berjaya, jangan sesekali berpuas hati dengan kejayaan kalian. Kerana mutu permainan semakin hari semakin bertambah. Keep updating the latest version of 'performance'. Serahkan tugas update itu kepada jurulatih. Apa tugas kalian? Tekun berlatih dan patuh pada arahan jurulatih.

8. Bila dah berjaya, ringan-ringankan mulut untuk bermesra dengan ramai orang. Semakin kita menghampiri puncak, semakin kita dikenali. Semakin ramai orang yang akan tegur kita dan ketika itu, beramah mesra lah dengan mereka. Kerana mungkin satu hari kalian berpeluang wakil Malaysia, mereka-mereka inilah yang akan mendoakan kejayaan kalian kelak.

9. Dan banyak lagi.

Pokok cerita, bila dah berjaya sedar diri. Bukan untuk men'down'kan mereka yang asyik berjaya. Tapi sebab sudah semakin kerap senario anak murid kurang ajar dan berpaling tadah dengan jurulatih sendiri bila dah berjaya. Penulis tak nak melihat kalian seperti mereka. Kalau boleh, biarlah kalian terus berjaya hingga ke puncak. Biar jersi yang terjahit sulaman bendera Malaysia di dada, kalian sarungi dengan penuh bangga satu hari nanti. Penulis doakan moga kalian semua berjaya capai ke tahap itu. Amin.

Wallahualam.

Saturday, 5 March 2016

Tips Beli Tiket Flight Dengan OTA

# Tips Mengembara 01

Sejak dua menjak ni makin banyak pulak posting dalam Group FB Backpacker Buddies Malaysia (BBM). Alternatif bagus untuk para traveler berkongsi pengalaman dan ilmu baru dengan orang newbie macam daku ni.

Tip Untuk Membeli Tiket Dengan Online Travel Agent (Expedia,Tripsta,GotoGate etc)

Sejak belakangan ini banyak Online Travel Agent (OTA) menawarkan harga tiket flight yang sangat murah untuk ke Eropah. Paris serendah RM 1300++. Istanbul serendah RM 1200++.

Ada yang bertanya adakah selamat membeli tiket dengan OTA ini semua?
Berikut saya kongsikan beberapa perkara untuk info anda.

1. Kenali Online Travel Agent (OTA)
Saya pernah membeli tiket dengan airtickets24, Tripsta dan GotoGate. Alhamdulilah semua tiket yang dibooking tiada masalah. Contoh OTA seperti airtickets24, Tripsta, Budgetair, Expedia etc. Kadang-kadang harga yang ditawarkan oleh OTA lebih murah berbanding dengan website airlines.


2. Transit Vs Direct.
Kebanyakan tiket yang dijual OTA adalah long journey (19jam++) dan transit hour yang lama. Inilah yang dikatakan kita perlu korbankan sesuatu untuk mendapatkan tiket yang murah. Anda perlukan korbankan masa anda sekitar 20 jam untuk harga tiket sekitar RM 1300++ berbanding 14 jam direct flight dengan harga RM 2900++. Jika anda mempunyai transit hour yang agak lama gunakanlah kesempatan tersebut untuk keluar berjalan-jalan di negara tersebut.


3. Masa Tempahan
Jika anda sudah yakin untuk membeli tiket dengan OTA, silalah isi butiran dengan jelas tanpa ada kesilapan. Selesai membuat bayaran, tunggu confirmation ticket dan e-ticket dari OTA. Selepas dapat booking number, pergi ke website airlines dan cari manage booking. Masukan booking number dan last name. Pastikan tiket berstatus Confirmed. Atau cara mudah tweet sahaja official airlines, suruh mereke send e- ticket.


4. Check-In
Jika anda menempah tiket Penang-Kuala Lumpur-Doha-Istanbul, dengan 1 no booking anda wajib check in di Penang dan tidak boleh sama sekali skip segment Penang-KUL. Jika anda skip 1st segment, maka seluruh tiket anda akan terbatal. Semasa pulang, contoh Istanbul-Doha-KuL-Penang, anda mungkin bole meminta untuk check-in sehingga KUL sahaja. Semasa check-in di kaunter beritahu atau bertanya bolehkah saya check-in sehingga KUL sahaja. Untuk check-in baggage pula, anda hanya perlu collect bag anda di destinasi terakhir.

5. Service Fee.
Setiap OTA mempunyai service fee. Untuk penukaran date, pembatalan tiket ada sejumlah fee yang dikenakan. Sebagai contoh jika anda membeli tiket dan membayar dengan mengunakan Credit Card ada sejumlah service fee yang dikenakan. Ada juga OTA yang menawarkan free service fee for payment. Contoh Tripsta, dengan mengunakaan mastercard credit card tiada service fee yang dikenakan.

6. Term and Condition.
Baca dan fahami. Jika anda membeli tiket dari OTA, maka automatic tiket anda anda dikawal selia oleh OTA. Sebarang pertukaran tarikh atau pembatalan tiket perlu dibuat melalui OTA. Pihak airlines tidak lagi mempunyai kuasa untuk membuat perubahan terhadap tiket anda.


7. Travel Insurance.
Membeli tiket dari OTA adalah satu risiko yang SANGAT tinggi. Untuk mengelakkan kerugian yang besar, amatlah wajar untuk membeli travel insurance/takaful untuk mendapatkan perlindungan sewajarnya.

Ditulis berdasarkan pengalaman sendiri. Bukanlah saya menggalakkan anda membeli dengan OTA, cuma saya sekadar berkongsi bagaimana saya terbang dengan harga yang murah.

Sumber : 
June Seven
Backpackers Buddies Malaysia (BBM)
5 Mac 2016

Thursday, 3 March 2016

Kembara Jepun 1.0

Assalamualaikum.

Hajat pada mulanya ingin menulis dokumentasi penuh permusafiranku ke negara matahari terbit, tapi disebabkan kekangan masa dan tenaga, terpaksa ku ringkaskan seringkas ringkasnya. Mungkin hanya sekadar simpanan untuk rujukan pada masa mendatang. Kot lepas ni melawat lagi sekali bersama orang yang tersayang atau geng lain pulak. InsyaAllah.

Berikut adalah itinerary ringkas sepanjang kami berada di sana.

Day 1 (Wednesday | 13th Jan 2016)
- Up Garage
- Dotonburi
- Shinsaibashi




Day 2 (Thursday | 14th Jan 2016)
- Osaka Castle
- Umeda Building





Day 3 (Friday | 15th Jan 2016)
- Kobe Harborland
- Shin-Kobe Ropeway
- Nunobiki Herb Garden
- Glass House










Day 4 (Saturday | 16th Jan 2016)
- Kyoto
- Kiyomizudera Temple
- Chionin Temple
- Gion
- Kinkaku-Ji Temple








Day 5 (Sunday | 17th Jan 2016)
- Himeji Castle
- Nipponbashi









Perjalanan kami menjelajah tempat-tempat yang dinyatakan di atas bermula sekitar jam 9 pagi dan bergerak pulang sebelum jam 5 petang setiap hari. Masa yang singkat dalam sehari untuk berjalan. Namun, tetap kami penuhi sepadat yang mungkin. Sebelah malamnya kami akan luangkan dengan berlegar-legar sekitar pekan di Osaka ala bukit bintang di KL iaitu Shinsaibashi, Dotonburi dan Nipponbashi. Antara tips untuk melancarkan perjalanan semasa di Jepun, cuba elakkan rush hour, waktu di mana kesemua stesen train dan subway sangat penuh dan sesak dengan orang pergi dan pulang dari kerja.

Rush Hour
Pagi (7.00~9.00)
Petang (5.00~7.00)

Alhamdulillah, segala plan lawatan berjalan dengan lancar. Perkhidmatan train dan subway pun sangat mudah digunakan. Tiket dibeli mengikut harga untuk setiap destinasi. Bukan dibayar mengikut destinasi.

Berikut adalah step serba ringkas untuk mereka yang baru first time tiba di Osaka dan tak tahu macam mana nak beli tiket. Haha.



Step 1 > Perhatikan train / subway route map yang diletakkan selalunya di board bahagian atas setiap mesin membeli tiket.
Step 2 > Pastikan harga tiket untuk destinasi yang nak dituju. Harganya dinyatakan bersama di route map.
Step 3 > Pergi kat mesin. Tekan 'button' ENGLISH. Masukkan duit dalam mesin membeli tiket mengikut nilai tiket untuk destinasi yang nak dituju.
Step 4 > Akan diminta untuk tekan 'button' mengikut nilai harga tiket. Maka, tekanlah 'button' harga tiket destinasi yang nak dituju.
Step 5 > Tiket keluar dari mesin. Kalau bayar lebih, akan dapat duit balance.
*Tak payah duk kalut nak kena tekan 'button' destinasi stesen mana yang nak dituju.


Tapi pengalaman pertama kami nak membeli tiket, sangat confuse dengan step nak beli tiket. Tambahan, route map untuk subway dan railway pun masih terkapai-kapai nak faham. Tapi alhamdulillah, kurang sehari saja dah mampu 'master' untuk menggunakan perkhidmatan train di sini. Untung ada seorang dari kami yang memang mahir bertutur dalam bahasa Jepun.




Syukur sangat akhirnya berpeluang juga menaiki Shinkansen semasa menuju ke Kyoto dan pulang menaiki Japan Railway. Kelajuan train yg mampu mencecah 285km/h tanpa ada gegaran dan smooth sepanjang perjalanan. Train terlaju di dunia. Kagum! Muka tak malu snap gambar guna GoPro! Haha.

Lagi satu tips kalau nak melawat Jepun dan memudahkan lagi perjalanan, pergi bersama seorang yang boleh bertutur dalam bahasa Jepun. Tak perlu mahir Jepun, asal boleh bertutur sikit pun dah ok. Hanya sebagai pemudah cara untuk berinteraksi dengan orang awam lagi-lagi bila ingin bertanyakan arah jalan untuk ke sesuatu destinasi.

Ok. Next is my overall budget for this whole trip. Selang beberapa minggu aku pulang dari Jepun baru berpeluang buat kira-kira sikit. Maklumlah, mendarat saja kat Malaysia subuh tu, tengaharinya terus masuk kerja. Sibuk menyiapkan dokumen untuk attend customer visit esoknya. Kelam kabut dibuatnya.

Flight Ticket - RM920.08 (Airport Tax+Baggage+Travel Protection+KLIA2 Fee+Processing Fee)
Accomodation at Osaka - RM470 / person
Activity at Japan (Visits+Lunch+Dinner) - RM676.55

Hence, my total cost for this whole backpacking trip was ONLY RM2066.63!

Alhamdulillah. 5 Hari 4 Malam di Jepun (Osaka+Kobe+Himeji+Kyoto) dengan hanya RM2066.63!

Tapi jangan ingat semudah itu cabarannya. Haha. Untuk meal sepanjang berada di Jepun hanya merangkumi makan tengahari dan malam saja iaitu total of RM136.50. Pandai cari kedai murah. Menu pun wajib ditapis! Itu pun ade beberapa ketika sebelah malamnya hanya pekena mee maggi di rumah. Untuk breakfast pula kami hanya mengalas beberapa keping roti dan milo/teh panas untuk sepanjang berada di sana.

Dan untuk memastikan perut tak berkeroncong semasa memulakan pengembaraan kami ke tempat-tempat yang dinyatakan di atas, kami juga telah siap sedia dengan beberapa bekalan snickers dan kitkat sekadar untuk mengalas perut sementara menunggu waktu lunch atau dinner kalau terlalu lapar. Maklumlah, bila backpacking ni main transportation adalah dengan berjalan kaki. Memang boleh kurus dan berotot kaki kalau tiap hari begini. Serius.

Macam mana pula dengan souvenir? Kat mana nak beli? Kos?
Disebabkan hajat utama aku ke sini hanya untuk merantau dan bukan berkonsepkan percutian, maka aku telah mengehadkan kos  untuk pmbelian souvenir. Dan souvenir pula hanya untuk orang terdekat saja seperti ahli keluarga sendiri termasuk kakak dan adik ipar. Kos souvenir aku hanya menelan kos lebih kurang RM150.15. Hasil pantauan kami di setiap lokasi kami lawati, souvenir shop di Osaka Castle paling murah. Hari terakhir kami luangkan hanya untuk mencari souvenir saja.

Penginapan pula? Sebaik sahaja kami membeli tiket promo AirAsia bulan 9 tahun lepas, terus kami mencari apartment / guest house menerusi website airbnb. Airbnb sangat membantu kami untuk mencari penginapan yang selesa, fully equipped dan wifi laju dengan harga yang berpatutan. RM2765 untuk 5 hari dan 6 kepala. So, seorang hanya perlu bayar RM470 untuk 5 hari tinggal. Sangat berbaloi! Antara website lain yang boleh digunapakai untuk mencari tempat penginapan ialah booking.com, trivago, tripdvisor, etc. Peginapan ala jepun gitu!





Saja aku nyatakan kesemua nilai kos aku dalam MYR. Disebabkan exchange rate asyik berubah setiap masa, maka aku letakkan exchange  rate pada ketika mula-mula aku menukar duit sehari sebelum aku berlepas ke Jepun tempoh hari.

Alhamdulillah, segala perancangan sepanjang perjalanan berjalan mengikut apa yang dirancang. Tiada sebarang perkara yang tak diingini berlaku. Dan first time juga aku merasai suasana berada di musim winter tanpa salji. Itu pun dah habis menggigil aku solat subuh dan berjalan waktu pagi dan malam. Belum ada salji lagi. Haha. Apepun, looking forward to pay a second visit there but most probably will be covered around Tokyo and still mgiht be going during winter time. Orang kata selagi tak merasa snow live depan mata, selagi itu nak tanam impian ke sana untuk merasainya. Kesan sejuk tak sejuk belakang kira. Haha.


Well, till we meet again Japan! Moga diaturkan pengembaraan kami kali kedua di bumi matahari terbit ini. InsyaAllah. Sangat mengujakan. Next city would be TOKYO. Tokyo! Mu tunggu Aku Datang deh..

p/s: NEXT post akan dikongsikan mengenai perbezaan budaya di sini. Culture Difference! Sangat menarik. InsyaAllah jika ada kelapangan.

Wallahualam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...