Posts

Showing posts from December, 2010

Happy New Year 2011

Image
Assalamualaikum. First of all, pihak admin ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU "2011" kepada semua warga malaysia di seluruh dunia. Macam biase la bile kate tahun baru jer mesti ade jer blogger yg da mula buat post pasal tahun baru. Majoritinya mesti cakap pasal azam baru. Huhu. Aku pulak takkan nak tulis jugakkan pasal azam baru. Bosan betol! Lagi2 nama aku da mmg AZAM kan. Haha. Tapi untuk pertama kalinya aku pd malam tahun baru yakni tepat jam 1200pagi bertarikh 1/1/11 aku berada di Gelanggang Silat sedang berlatih bersama sahabat-sahabatku yang lain. Giler la. Kalau sebelum2 ni mesti aku tengok tv live sambutan countdown tahun baru kat dataran merdeka. Boleh kate mesti ngan family punye. Tapi kali ni, mase aku tengah berlatih silat, ade jer bunga api yang meletop-letop. Duumm sana. Duummm sini. Woha! Aku rasa kalau aku nak flashback balek semua program atau perkara yang aku lakukan sepanjang tahun 2010 memang terlampau banyak. Ada yang pahit dan ade jugak yang manis. Hmm

Sibuk jer keje

Assalamualaikum. Alhamdulillah, berkesempatan juga aku nak menaipkan sesuatu hari ini. Fuh~ memang minggu yang agak menyibukkan. Baru masuk minggu ke tiga dah terasa berat nak bawak. Berikut adalah tugasan aku minggu ini. Isnin (27/12) - Quiz Calculus Selasa (28/12) - Submit Lab Report dan Pre Lab Rabu (29/12) - Class full (800am-1000pm) : Sesi Malam ada Halaqah. Khamis (30/12) - Quiz Dynamics (tapi lecturer tak datang, so kena tunda minggu depan) Jumaat (31/12) - Diisytiharkan Cuti !! bersempena dengan kemenangan Malaysia memenangi Piala AFF Suzuki semalam. Minggu ini jugak merupakan minggu pertama program halaqah (Study Circle) dijalankan. Tapi malangnya masanya dah clash dengan game bola sepak final Piala AFF Suzuki (Malaysia - Indonesia). Aku ingat lagi semalam, sedang-sedang aku nak menuju ke moto untuk bergerak ke masjid bagi menghadiri halaqah, aku terlihat sahabatku sedang riuh mengajak rakannya keluar ke suatu tempat. Selepas itu, aku pun menegurnya, Aku : Weh!! halaqah takde

Pemergian Dean Admission & Records Uia Gombak

Image
Assalamualaikum. Pada hari Jumaat yang lalu bersamaan 24hb Disember 2010, warga Universiti Islam Antarabangsa telah dikejutkan dengan pemergian salah seorang insan bernama Assoc. Prof. Dr. Ahmad Marzuki Haji Zainuddin yang merupakan Dean of Admission and Records Department. Mengikut apa yang telah dikhabarkan oleh beberapa orang pensyarah universiti berkenaan, pemergian beliau merupakan sesuatu yang mengejutkan kerana pada ketika itu beliau baru sahaja selesai menghadiri satu meeting dan sedang beliau bersembang-sembang selepas selesai meeting tersebut, tiba-tiba beliau tumbang tanpa sebarang tanda-tanda sakit. Menurut doktor yang merawat beliau, doktor tersebut dapati tidak ada sebarang simptom atau kesan-kesan yang menunjukkan beliau sakit atau menghadapi apa-apa penyakit yang kronik. Amat mengejutkan. Woha! Kalau kita sama-sama renung kembali situasi seperti itu, bayangkan jika 'beliau' adalah seorang insan yang paling kita sayang. Contohnya emak kita, ayah kita, awek kita

Demo Silat Perkahwinan di Perak

Image
Assalamualaikum. (..first tyme buat persembahan silat majlis perkahwinan luar dari Selangor..Haha..) Alhamdulillah, macam biasa permulaan entri setiap post, aku takkan lupa untuk mengucapkan syukur ke hadrat ilahi atas pengurniaan nikmat yang tak terkira banyaknya ke atas diriku. Pada Sabtu yang lalu (a.k.a. semalam :P) , aku bersama 3 orang sahabatku iaitu Raja, Ibnu dan Saiful telah menerima satu jemputan persembahan silat untuk majlis perkahwinan kakak kepada salah seorang rakan Ibnu di Kampung Sungai Durian, Teluk Intan. Disebabkan lokasinya jauh, kami mengambil keputusan untuk bertolak ke sana sehari awal iaitu pada Jumaat malam. Sampai di sana jam 400 pagi dan terus bermalam di rumah pengantin . Hehe . Fuh ~ jemputan untuk kali ini merupakan jemputan yang agak lain dari yang lain dimana kami diminta oleh pihak tuan rumah untuk mempersembahkan sebanyak tiga sesi . Sesi pertama dipersembahkan pada waktu pagi . Ketika itu pengantin masih belum samp

Bye2 Pinjaman Kerajaan Negeri Selangor

Image
Assalamualaikum. (..Sabarlah yer..adalah hikmahnye tu..T_T) Sekarang ini jam ditangan dah menunjukkan pukul 1.50 pagi. Tapi aku sejujurnya memang dah mula menguap namun masanya masih belum tiba untuk aku melelapkan kelopak mataku. Sebenarnya, sejak belakangan ini aku mula terasa agak lemah semangat. Mungkin sebab utamanya ialah kerana kegagalan aku untuk muncul dalam list pelajar-pelajar yang berjaya menerima Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor yang baru saja diisytiharkan beberapa hari yang lalu. Pada hakikatnya, memang tak dapat dinafikan bahawa pinjaman yang sekian lama aku nantikan dan sangat-sangat mengharap telah direject di stage yang terakhir yakni selepas selesai temuduga tempoh hari. Pada mulanya, ketika aku membelek senarai nama pelajar yang di short-listkan untuk menerima pinjaman tersebut, hatiku memang dah terasa diri ini tak terpilih namun pada ketika itu aku tetap kuatkan semangat untuk terus membelek senarai nama tersebut. Namun, setelah mendapati namaku tiada

Makan di Pizza Hut

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah, kerana masih diberi peluang untuk hidup. Semalam, salah seorang sahabatku merangkap ex-classmate aku masa form 5 dulu, Mujahid b. Mansor yang sekarang ni merupakan penuntut di Kolej Massey Palmerston North di New Zealand telah kembali ke Malaysia bercuti selama lebih kurang 3 bulan. So, sekembalinya beliau di tanah tumpah airnya ini telah mengajak beberapa orang sahabat-sahabiah ex-classmate dulu untuk makan-makan bersama di luar. Lokasi yang telah dipersetujui ialah Pizza Hut (belakang Carefour). Antara yang turut hadir bersama ialah Saudara Nadzrin (Mahasiswa Universiti of Nothingham), Saudari Izzati (Mahasiswi Uni. Sains Islam M'sia) , Saudari Afiqah dan Atif (Mahasiswi Uni. Islam Antarabangsa M'sia). Bermacam topik perbincangan diketengahkan diiringi dengan gelak ketawa yang tiada penghujungnya. Maklumlah, sekian lama tak bersua dengan masing-masing busy dengan kehidupan belajar mereka. Namun, ia sedikit pun tidak memusnahkan atau mele

Demo Silat Perkahwinan

Image
Assalamualaikum. Hari minggu yang agak menyibukkan namun hatiku masih seronok melaluinya. Alhamdulillah, pada hari Sabtu yang lalu (kelmarin) aku bersama team demo silat telah menerima satu invitation untuk membuat persembahan Silat di satu Majlis Perkahwinan. ..Team Dem0 Silat (Gangga!!)..haha.. ..Ibnu..Ishkandar..Ariffuddin..Nazrol.. Pada hari tersebut, aku dan Ibnu bertolak dari Taman Ukay Perdana dalam jam 11.05 pagi dan selamat tiba di destinasi majlis perkahwinan satu jam selepas itu. Ketibaan kami masih terlalu awal, lantas kami membuat sedikit persediaan terakhir untuk persembahan silat tersebut. Antara susur galur persembahan adalah seperti berikut : 1) Adat mengambil tapak. 2) Bunga Sembah berduet. 3) Persembahan Pentas Tangan Kosong. 4) Persembahan Pentas Seni Keris. 5) Bunga Tanjung secara berjemaah. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar tanpa ada kecederaan yang berlaku. Namun seperti biasa tak semua apa yang dirancang berlaku kerana ada sedikit kekalutan, kesila

Letakkan Icon Pada URL Blog Anda !!

Image
Assalamualaikum. Yeessss!!! Seronok giler aku. Akhirnya aku berjaya juga untuk meletakkan my own icon pada URL blog aku. Alhamdulillah. So, di sini insyallah aku ingin berkongsi dengan sidang pembaca sekalian tentang kaedah untuk meletakkan ikon di URL blog anda. Hehe. Memang agak complicated sikit tapi selagi anda mengikut prosedur di bawah, insyallah anda akan mendapati ianya mudah. Yang pertama sekali biar aku perkenalkan mane satu icon URL blog yang dimaksudkan. Kepada para blogger tentu sekali sudah pun masak dengan istilah-istilah blog. Sebelum di edit. Selepas di edit. Perhatikan kedua gambar URL diatas. Gambar yang bertukar itulah dinamakan ikon. Haha. Ok, sekarang mari kita mulakan. Step 1 : Carilah ikon kesukaan anda. Terpulang pada anda untuk menentukannya. Hehe. Biasanya, file gambar adalah format gif, jpg, jpeg, png dan size (pixel) icon adalah 32x32 atau 34x34 atau 128x128. Ok. Katakanlah ikon / gambar yang aku pilih ialah :- *saje dibesarkan utk senang kelihatan* Step 2

Jogging di Pagi Jumaat !!

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat ilahi kerana telah memberiku peluang untuk menghirup udara pinjaman-Nya. Di keheningan pagi dengan udara yang segar-bugar, berjaya juga aku melakukan proses anaerobic respiration yakni berjogging. Haha. Untuk kali pertama menjelang semester baru ini, aku telahpun berjaya melawan nafsuku untuk bangkit diwaktu pagi bersiap-siap untuk berjogging keseorangan. Hoho. Aku telah menghabiskan lebih kurang 20 minit berjogging tanpa henti sebagai langkah permulaan untuk bergiat dalam meningkatkan kembali fitnessku yang sudah lama aku abaikan sejak selesai temasya SUKMA tempoh hari. Tanpa kusedari, sudah hari ke lima permulaan sem baru ini. Terasa cepat benar masa berlalu. Hari ini merupakan hari Jumaat yakni penghulu segala hari dalam seminggu. Berikut adalah peristiwa-peristiwa yang berlaku pada Hari Jumaat :- Dijadikan nabi Adam, Turunnya ke bumi serta hari dimana wafatnya baginda. Pada hari Jumaat juga aka

Bosan.

Image
Assalamualaikum. (..post sempoi habes!!..) ari yg cukop membosankan.. biaq aku flash back balek ape yg aku wat arini.. 16 Disember 2010!! ..I'm Bored!! (Versi English).. hmm.. dari bgn tidoo.. dlm kul 630pg.. then solat subuh.. pastu online.. pastu tidoo jap.. pastu g sarapan.. pastu online balek.. kul 1115pg bertolak g kelas Dynamics.. klas petama n terakhir utk arini.. tp malangnye lecturer tak dtg lak.. so.. terus balek bilik.. pastu online jap.. pastu tidoo a.k.a qailullah.. pastu bgn utk solat zhor.. pastu online.. pastu tidoo.. pastu bgn utk solat asar.. pastu online.. pastu solat mghrib.. pastu pegi beli buku teks kat E3-3-2.. tp kdai da tutop da.. pastu balek mahallah.. pegi dinner.. then balek bilik teros online smpi skrg.. jam da kul 1213am.. ..Saya sgt Bosan!! (Versi Melayu).. fuh~ dlm list aku ni rasenye ade smthg yg tertinggal.. haaa.. solat isyak!! aku nak cau dulu nak tunaikan solat isyak jap yer.. wassalam. p/s : giler ar..baru ak sedar seharian ak tak watpe..mmg ke