Thursday, 9 December 2010

Takwim Akademik Uia Gombak Sesi 2011/2012

Assalamualaikum.

Alhamdulillah,
ku panjatkan kesyukuran pada illahi kerana memberi peluang ku menghirup udara pinjaman-Nya hingga pagi Jumaat ni. Keadaan sekarang agak membosankan, macam biase takde buat ape-ape. Duduk terperap di rumah sementara menunggu lagi 2 hari aku akan mendaftar masuk ke Uia kembali untuk mengharungi kehidupan seorang mahasiswa bagi sem kedua.

Fuh~ tapi aku teringat masa aku tengah jawab exam final sem lepas untuk paper yang terakhir iaitu paper Calculus. Sedang-sedang aku fokus menjawab, tiba-tiba ade dua orang lecturer yang jaga exam tu berdiri kat depan meja aku pastu sembang-sembang kat depan aku. Masa tu memang aku agak tension sebab bayangkan kita punyalah nak fokus buat soklan tetibe dorang sembang kat depan aku seolah-olah nak ajak aku sembang sekali. Woha!

Antara topik yang disembangkan adalah mengenai permulaan sesi pembelajaran untuk sem 1 bagi sesi 2011/2012. Kalau ikut standard kalender akademik Uia Gombak, permulaan sem 1 untuk setiap tahun akan jatuh pada bulan Jun. Tapi yang aku dengar dua orang lecturer tu bersembang pasal untuk permulaan pembelajaran sem 1 tahun depan (sesi 2011/2012) akan jatuh pada bulan September. Woha! Giler ar.

Pastu tadi masa tengah shok-shok blogwalking, terbuka blog member aku yang menulis post mengenai topik ni jugak. Siap upload takwim sem 3 (2010/2011) dan sem 1 (2011/2012) lagi tu.





Antara sebab yang dapat dikenalpasti ialah kerana pihak Kementerian Pengajian Tinggi nak menyelaraskan tarikh bagi memberi peluang kepada perayaan Hari Kemerdekaan, Hari Raya Aidil Fitri dan seumpamanya.

So, kalau kita perhatikan takwim di atas, untuk pelajar yang nak mengambil short sem akan bercuti selama 2 minggu sebelum short sem dan bercuti selama 2 bulan selepas short sem. Tapi yang lagi memeranjatkan, untuk pelajar yang tidak ingin mengambil short sem akan bercuti selama 5 BULAN!!! Mak ai~ Bapak lama tu dah dekat setengah tahun tu. Hoho.

Tapi untuk kos aku ni memang confirm kene ambek short sem kalo tak nak tambah setahun lagi belajar kat Uia tu. Huhu.

Ok lah. Setakat ni jer dulu. Nak pergi siap-siap pegi solat Jumaat.
Wallahualam.

4 comments:

  1. really?
    lambat gler..!!!
    uia kuantan pon ke??
    isk3

    ReplyDelete
  2. really?
    lambat gler..!!!
    uia kuantan pon ke??
    isk3

    ReplyDelete
  3. uia kuantan ak tak pasti lak..
    rase nye same jer kot..
    kalo die nak selaraskan sume universiti cam ni..
    huhu..

    ReplyDelete
  4. uia kuantan ak tak pasti lak..
    rase nye same jer kot..
    kalo die nak selaraskan sume universiti cam ni..
    huhu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...