Posts

Showing posts from December, 2011

UPSI dan Jemputan Uni ASEAN. Tahniah!

Image
Assalamualaikum. Ketibaan hari pertama tahun 2012 telah menjadi pemangkin buat diri penulis untuk mencoretkan sedikit imbasan kenangan menyertai satu kejohanan silat mewakili SELANGOR yang buat julung2 kalinya disertai oleh penulis.  Kejohanan Pencak Silat UPSI dan Jemputan Universiti ASEAN 21hb - 25hb Disember 2011 Gimnasium, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Yang telah disertai oleh pasukan2 kebangsaan yang terdiri daripada PESAKA setiap negeri, pasukan2 IPT dan pasukan2 jemputan luar daripada CHINA, KOREA, INDONESIA, THAILAND dan VIETNAM.  Alhamdulillah, walaupun hanya berbekalkan 2 minggu latihan atau secara spesifiknya 6 hari latihan (latihan hujung minggu), mampu membawa balik pingat. Khususnya buat pasukan SILAT SENI yang disertai oleh penulis sendiri telah berjaya menyumbang 1 EMAS dan 2 PERAK.  Tunggal Putera (PERAK) & Tunggal Puteri (EMAS) Ganda Putera (Tempat ke-4) Regu Putera (PERAK) Naib Juara Latihan dan kejohanan yang berlangsung jatuh pada minggu peperiksaan

Happy New Year 2012

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah, berkesempatan juga untuk menaipkan sesuatu untuk post pertama tahun 2012 ni. By the way,  SELAMAT TAHUN BARU 2012 !! HAPPY NEW YEAR 2012 !! ikhlas dari penulis, walaupun kini penulis masih dibebani dengan persediaan menghadapi peperiksaan akhir semester. Namun, 4 paper selesai ditempuhi dan masih tinggal 2 paper menanti.  3 Januari 2012 - Calculus III 13 Januari 2012 - Introduction to Automotive Engineering Begini jer lah sambuatan tahun baru kami :P Ayuh kita tutup buku LAMA dan bukak buku yang BARU. Tanamkan AZAM yang baaru untuk dicapai sepanjang tahun ini. Semoga kita berjaya mencapainya kelak. Insyallah. Amiin. Wallahualam.

Kemalangan Lagi.

Image
Assalamualaikum. Sekali lagi telah digemparkan dengan kemalangan jalanraya yang berlaku berhampiran kampusku pagi tadi. Memang dahsyat. Sejak dua menjak ni asyik dengar macam2 bencana terjadi. Lokasi : Bersebalahan Tol Gombak, Susur Masuk dari MRR2 ke persimpangan UIA. Maka, berhati2 lah wahai pemandu2 di luar sana. Kita tak tahu bila ajal kita tiba. Mungkin hari ni. Mungkin esok. Mungkin minggu depan dan seterusnya. Ingatlah orang yang tersayang. Wallahualam.

Iphone4S kini di Malaysia

Image
Assalamualaikum. Akhirnyeee~ Setelah hampir berbulan lamanya nantikan hari ini akhirnya tiba juga. Yaa. PELANCARAN Iphone 4S OLEH MAXIS untuk pasaran Malaysia di KLCC hari ini. Riuh juga dibuatnya terutama dalam kalangan peminat getar Iphone. Masing2 sanggup beratur panjang untuk mendapatkan Iphone4S. PEMBELI iPhone 4S pertama Leanard Chan, 16, dan Cheng Kan Yew, 37, menunggu dari pagi untuk memiliki iPhone 4S yang dilancarkan oleh Maxis untuk pasaran Malaysia di KLCC. Foto: Hazreen Mohamad (16/12/2011) Teringin jugak aku nak sebijik. Tapi dengan SAMSUNG GALAXY S2 pun aku dah bersyukur. Cukup lah sekadar untuk memberi kemudahan untuk aku berkomunikasi sepanjang pengajian aku. Insyallah ada rezeki bila bekerjaya nanti akan ku angkat sebijik handphone keluaran APPLE yang 'hot' ketika itu. Haha. p/s : beli handphone pun masuk paper ka? Best la kalau gitu. Aku pun nak! Haha. Wallahualam.

Jarang UPDATE!

Image
Assalamualaikum. Maaf sesangat kepada yang nantikan post dari laman sesawang Jejak Musafir ni. Diri penulis kini teramat sibuk dengan komitmen yang bertali arus. Habes satu benda, datang lagi satu benda. Begitulah fenomena yang harus dihadapi oleh setiap mahasiswa kerana di zaman ini lah mereka nak didedahkan dengan sumber kehidupan yang sebenar dari pelbagai aspek. Yer. Memang penulis kini teramat sibuk. Tentu ada yang tertanya apakah yang disibukkan oleh penulis sehingga nak meluangkan 10 minit untuk mengupdate blog pun terasa payah. Baiklah. Suka untuk penulis nyatakan di sini. 1. Komitmen dalam pelajaran. Sepanjang 3 minggu yang lalu, penulis terpaksa berdepan dengan pelbagai assignment (tugasan) , midterm exam, kuiz dan lab report submission yang mana kesemuanya berlaku pada jurang masa yang sangat pendek antara satu sama lain. Persediaan untuk presentation bagi dua subjek yang berbeza. Alhamdulillah, satu daripadanya telah pun selesai manakala yang satu lagi bakal di laksanakan m