Jarang UPDATE!

Assalamualaikum.

Maaf sesangat kepada yang nantikan post dari laman sesawang Jejak Musafir ni. Diri penulis kini teramat sibuk dengan komitmen yang bertali arus. Habes satu benda, datang lagi satu benda. Begitulah fenomena yang harus dihadapi oleh setiap mahasiswa kerana di zaman ini lah mereka nak didedahkan dengan sumber kehidupan yang sebenar dari pelbagai aspek.


Yer. Memang penulis kini teramat sibuk. Tentu ada yang tertanya apakah yang disibukkan oleh penulis sehingga nak meluangkan 10 minit untuk mengupdate blog pun terasa payah. Baiklah. Suka untuk penulis nyatakan di sini.

1. Komitmen dalam pelajaran.

Sepanjang 3 minggu yang lalu, penulis terpaksa berdepan dengan pelbagai assignment (tugasan) , midterm exam, kuiz dan lab report submission yang mana kesemuanya berlaku pada jurang masa yang sangat pendek antara satu sama lain.

Persediaan untuk presentation bagi dua subjek yang berbeza. Alhamdulillah, satu daripadanya telah pun selesai manakala yang satu lagi bakal di laksanakan minggu depan.

2. Melatih

Yaa. Kini penulis telah dipertanggungjawabkan untuk memimpin latihan pencak silat khususnya silat seni bagi gelanggang silat penulis sendiri (title : pembantu gurulatih) sebagai persediaan untuk mereka menghadapi kejohanan yang besar iaitu Kejohanan Pencak Silat Kebangsaan PSSGM (Dewasa dan Remaja) yang akan diadakan di Kedah pada 21hb-25hb Disember ini.

Masih banyak yang perlu diperbaiki dan masa yang diperuntukkan untuk mereka berlatih ialah bermula dari pagi sehingga lewat petang. Namun, atas kesibukan penulis yang terpaksa memberi keutamaan dalam menghadiri kuliah, penulis hanya dapat 'turun padang' untuk setiap petang sahaja.

3. Berlatih

Mungkin penulis seorang gurulatih yang memimpin anak2 murid di gelanggang sendiri. Namun, penulis juga merupakan seorang atlit yang bernaung di bawah kontinjen Negeri Selangor. Maka di situ penulis masih memikul tanggungjawab sebagai seorang atlit negeri untuk menyumbangkan pingat dalam kejohanan2 yang disertai.

Insyallah, jika tiada arah melintang, penulis bakal menyertai satu kejohanan peringkat antarabangsa yang akan diadakan pada 21hb - 25hb Disember ini iaitu Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa (UPSI) dan IPT 2011 yang akan diadakan di Perak. Dikhabarkan penyertaan pasukan seramai 22 pasukan. Jelas saingan yang sengit bakal dihadapi oleh kontinjen kami yang hanya berbekalkan lagi 2 minggu untuk membuat persiapan terakhir. Doakan kami berjaya membawa pingat pulang. Amiin.

4. Final Exam

Pengajian untuk semester kali ni tanpa disedari telah pun sampai kepenghujungnya. Jadual final exam telahpun dikeluarkan. Berikut adalah jadual penulis sepanjang minggu peperiksaan tersebut :

29/12 - UNGS 2050
30/12 - Material, Sciences & Engineering
31/12 - Introduction to Economics for Engineering
3/1 - Calculus 3
13/1 - Introduction to Automotive Engineering

Banyak lagi silibus yang perlu dicover. Keadaan ini lagi menyebabkan penulis kerap merasa tertekan terutama bila terpaksa clash dengan komitmen berkaitan silat. Memang satu dilemma. Namun, keputusan tetap perlu dibuat. Insyallah. Penulis ingin membuktikan kepada semua bahawa kesibukan beraktiviti bukan penghalang untuk berjaya dalam pelajaran. Doakan penulis berjaya menjawab soalan dengan tenang dan dapat bersedia dengan sebaiknya. Amin~

Begitulah kesibukan yang dihadapi oleh penulis. Memang kalau diikutkan, penulis tak mempunyai masa untuk berfacebook, bertwitter, berblogging dan seumpamanya. Dengan itu, sekali lagi, penulis memohon maaf dan mungkin akan jarang mengupdate post sehingga selesai kesemua tanggungjawab dan amanah yang perlu dilaksanakan.


" Wa makaru Ma karallah, Wallahu khairul Ma kirin. "
(Kita merancang, Allah pun merancang dan Allah adalah sebaik2 perancang)

p/s : walaupun sibuk, alhamdulillah kerana penulis masih mempunyai ruang dan masa untuk bertwitter (mobile). so, kepada sahabat2 yang masih belum follow Twitter penulis boleh berbuat demikian di [sini]. Sekian.

Wallahualam.

Comments

  1. gud luck exam,bittaufiq wa najjah! tarikh abes exam kite sama (: heh

    ReplyDelete

Post a Comment