Posts

Showing posts from July, 2016

Penutup Kem Fasa Akhir Pencak Silat Selangor SUKMA 2016

Image
Assalamualaikum w.b.t. Semalam, bersamaan 17 Julai 2016 merupakan hari terakhir Kem Fasa Akhir Kontinjen Pencak Silat Selangor SUKMA Sarawak 2016 bertempat di Dewan Tempur Seksyen 6 Shah Alam yang telah dijalankan selama hampir seminggu. Kem kali ini lebih menitik beratkan latihan persediaan mental, aktiviti release tension, sesi heart-to-heart dan latihan persediaan fasa akhir teknik untuk silat olahraga dan seni.  Sebagai penutupan kem kali ini, telah diadakan Majlis Rasmi Bersama Presiden PESAKA Selangor sebagai memberi penghormatan terakhir Tn Presiden, Tn Haji Sulleh Udin untuk memberi kata-kata perangsang dan semangat buat semua atlit yang terlibat dalam kejohanan tersebut. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Cikgu Rafee (Naib Presiden PESAKA Selangor), En. Hasrin (Setiausaha PESAKA Selangor), En. Kamarul Azam Sampol (Bendahari PESAKA Selangor), En. Khaidir (Sponsor), Cikgu Nazri (Pengurus Pasukan), dan barisan jurulatih Cikgu Zul dan Cikgu Habizan. Majlis bermula se

Latihan Pusat Fasa Akhir SUKMA 2016 - Team Selangor

Image
Assalamualaikum w.b.t. Pada hari Khamis malam Jumaat (14/7) yang lalu, slot latihan pusat fasa akhir diisi dengan aktiviti brainstorming cheers dan lagu sorakan yang akan digunakan sepanjang SUKMA nanti. Dipecahkan kepada 5 group yang diketuai oleh seniors. Diberi masa lebih kurang 45 minit dan diminta untuk membentangkan / mempersembahkan di depan semua barisan jurulatih. Hasil dari kritikan dan komentar barisan jurulatih beberapa sorakan dipilih dan digabungkan menjadi satu. [ To watch recorded full LIVE video - Klik SINI ] Dan pada Jumaat malam (15/7) pula dijalankan sesi simulasi akhir untuk kategori silat seni. Dihadiri oleh barisan juri yang akan menjurikan pertandingan silat seni pada kejohanan silat SUKMA nanti. Aktiviti bermula sekitar jam 9.00 malam dan berakhir sekitar jam 12.00 pagi. kata-kata semangat dari Haikal (LO Pencak Silat Selangor) sebelum simulasi dimulakan Simulasi akhir bermula! Tunggal Putera Selangor - Syafiq Tunggal

4 Syawal 1437H | Majlis Penyerahan Bendera Selangor SUKMA 2016

Image
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah. selesai menghadiri salah satu program wajib menjelang kejohanan Sukan Malaysia SUKMA di Sarawak yang akan diadakan pada hujung bulan ni. Majlis Penyerahan Bendera Selangor untuk Kontinjen Selangor ke SUKMA Sarawak 2016. Program bermula seawal 930 pagi bertempat di Dewan Serbaguna MPAJ AU 2 Keramat. Sesi rehearsal diadakan selepas semua atlit tiba memenuhi ruangan dalam dewan. Dari perarakan masuk VVIP Sultan Selangor, Raja Muda Selangor, Tunku Laksamana Selangor dan Dato' Menteri Besar Selangor ke dalam dewan hinggalah keberangkatan sultan meninggalkan majlis. Majlis dijalankan penuh dengan protokol dan adat-istiadat istana. Selesai saja raptai, kami dilepaskan hampir setengah jam untuk bersarapan di luar dewan sebelum dipanggil semula masuk untuk persediaan majlis sebenar. VVIP dan dif kehormat semuanya tiba lebih kurang jam 11 pagi. Mereka diarak masuk diiringi pasukan pemegang bendera dan muzik iringan. Setibanya sultan di kerusi b