3 Syawal 1437H | Mengimbau Kenangan Raya Semasa Kecil
Assalamualaikum w.b.t.
Salam 3 Syawal 1437H. Raya tahun ini agak hambar sikit sebab tak beraya di kampung halaman. So, tak dapat jumpa sanak saudara bergambar bebanyak. Hanya penuh gambar family sendiri je dalam album handphone ni. Haha. Apepun still bersyukur sebab masih diberi ruang dan peluang untuk berada di pangkuan keluarga tercinta di hari lebaran yang hanya disambut dua kali setahun ni. Alhamdulillah. Sebab tak balik kampung? Ayah tak berapa nak sihat. Adik pula baru saja menimang cahaya mata pertama. So kami ambil keputusan untuk hanya beraya di KL saja. Kalau ada sesiapa yang nak datang beraya boleh la roger-roger dan pm tepi. Hehe. #TeamRayaKL
Dan hari ini pula dah kena pulang ke rumah di Ukay Perdana dari rumah utama kami di Bandar Tasik Puteri Rawang. Dengan kata lainnya, mood raya kami dah berakhir la kot. Mak ayah pula akan berangkat ke Terengganu malam ini untuk memenuhi undangan bisan mereka, mertua adikku untuk menghadiri walimah anak sulung mereka juga merangkap sahabat sekolahku dulu. Malangnya aku tak dapat hadirkan diri atas faktor tertentu. Barakallah Anas dan pasangan!
Bila scroll time line fb ni penuh dengan sahabat-sahabat yang kongsikan detik gembira dan bahagia bersama keluarga dan sanak saudara mereka di kampung halaman memasing. Aku pun tumpang gembira. Cumanya agak hambar sikit suasana raya tahun ni sebab tak dapat beraya di kampungku Ipoh Manjoi dan Batu Gajah Perak. Kebetulan ada sahabat yang kongsikan gambar saudara mara yang tak bangun lagi dari tidur walaupun matahari dah terpacak kat luar. Serius teringat suasana raya masa kecil dulu. Beraya di Lambor Perak. Rumah kampung. Rumah papan setingkat. Malam-malam bunyi cengkerik sana sini. Malam raya meriah dengan saudara mara main mercun dan bunga api. Pelita penuh keliling rumah. Sembang dengan sepupu sepapat sampai tidur lewat. Berbasikal sampai ke hujung kampung melewati empangan berdekatan rumah nenek. Main buaian siap berlumba siapa hayunan buaian paling tinggi. Macam-macam memori timbul bila tengok gambar sahabat-sahabat beraya di kampung halaman. Semuanya hanya tinggal memori. Rumah kampung tu pun dah kena samun orang, nenekku pula pernah dikuncikan dalam tandas, semua barang-barang dalam rumah kena angkut oleh insan yang sangat tak bertanggungjawab. Akhirnya anak-anaknya semua wajibkan dia untuk berpindah dan tinggal di KL sebab keselamatan rumah tu sangat tak menyakinkan. Lagi-lagi, majoriti anaknya semua tinggal berjauhan. Dan baru beberapa bulan lepas nenekku menghembuskan nafas terakhirnya di rumah Pak Uda ku di Cheras. Raya pertama tanpa nenek di sisi. Al-Fatihah.
Bila dah bersua saudara-mara biasalah akan timbul macam-macam topik perbincangan. Kalau dulu, sekolah kat mana, upsr persediaan macam mana, pmr spm berapa A, dapat sambung belajar mana, tak sambung luar negara ke, etc. Al-maklum, masih kecil duduk bawah ketiak mak lagi. Lepas beberapa tahun pula bila jumpa beraya sembang pasal kerja pula dan sekarang tak lain tak bukan pasal kahwin. Lagi-lagi yang masih tak berpasangan ni. Agak pening juga nak jawab bila persoalan tu timbul. Nasib baik tahun ini tak beraya rumah saudara-mara, maka terselamat la sikit telinga ni dari soalan seumpama itu. Haha. Sekarang ni dalam familyku tinggal aku dan kakakku saja yang masih kekalkan status bujang. Mohon doakan kami dapat ditemukan dengan jodoh kami. Tak kaya takpe, janji kaya budi pekerti. Tak cantik takpe, janji cantik di mata kami. Hehe.
Sedikit coretan sementara menunggu solat jumaat. Hari jumaat ni agak padat sikit masanya untuk beraya sebab di sebelah tengaharinya semua kaum Adam akan sibuk 'mencari' masjid. Apepun Salam Eid Mubarak! Maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga. Mohon doakan tahun depan bertambah lagi bilangan ahli keluarga kami ye. Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita eratkan. Moga ukhuwah yang terjalin diberkati oleh-NYA. Amin.
Wallahualam.
Salam 3 Syawal 1437H. Raya tahun ini agak hambar sikit sebab tak beraya di kampung halaman. So, tak dapat jumpa sanak saudara bergambar bebanyak. Hanya penuh gambar family sendiri je dalam album handphone ni. Haha. Apepun still bersyukur sebab masih diberi ruang dan peluang untuk berada di pangkuan keluarga tercinta di hari lebaran yang hanya disambut dua kali setahun ni. Alhamdulillah. Sebab tak balik kampung? Ayah tak berapa nak sihat. Adik pula baru saja menimang cahaya mata pertama. So kami ambil keputusan untuk hanya beraya di KL saja. Kalau ada sesiapa yang nak datang beraya boleh la roger-roger dan pm tepi. Hehe. #TeamRayaKL
Dan hari ini pula dah kena pulang ke rumah di Ukay Perdana dari rumah utama kami di Bandar Tasik Puteri Rawang. Dengan kata lainnya, mood raya kami dah berakhir la kot. Mak ayah pula akan berangkat ke Terengganu malam ini untuk memenuhi undangan bisan mereka, mertua adikku untuk menghadiri walimah anak sulung mereka juga merangkap sahabat sekolahku dulu. Malangnya aku tak dapat hadirkan diri atas faktor tertentu. Barakallah Anas dan pasangan!
(..Gambar-gambar di atas diculik dari laman sosial..)
Bila dah bersua saudara-mara biasalah akan timbul macam-macam topik perbincangan. Kalau dulu, sekolah kat mana, upsr persediaan macam mana, pmr spm berapa A, dapat sambung belajar mana, tak sambung luar negara ke, etc. Al-maklum, masih kecil duduk bawah ketiak mak lagi. Lepas beberapa tahun pula bila jumpa beraya sembang pasal kerja pula dan sekarang tak lain tak bukan pasal kahwin. Lagi-lagi yang masih tak berpasangan ni. Agak pening juga nak jawab bila persoalan tu timbul. Nasib baik tahun ini tak beraya rumah saudara-mara, maka terselamat la sikit telinga ni dari soalan seumpama itu. Haha. Sekarang ni dalam familyku tinggal aku dan kakakku saja yang masih kekalkan status bujang. Mohon doakan kami dapat ditemukan dengan jodoh kami. Tak kaya takpe, janji kaya budi pekerti. Tak cantik takpe, janji cantik di mata kami. Hehe.
Sedikit coretan sementara menunggu solat jumaat. Hari jumaat ni agak padat sikit masanya untuk beraya sebab di sebelah tengaharinya semua kaum Adam akan sibuk 'mencari' masjid. Apepun Salam Eid Mubarak! Maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga. Mohon doakan tahun depan bertambah lagi bilangan ahli keluarga kami ye. Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita eratkan. Moga ukhuwah yang terjalin diberkati oleh-NYA. Amin.
Wallahualam.
Comments
Post a Comment