Posts

Showing posts from June, 2010

Journey To SUKMA XIII Melaka 2010

Image
Assalamualaikum. (...SUKMA XIII MELAKA!!!...aku datang..aku pulang..) Untuk post kali ni memang aku khaskan tentang perjalananku ke SUKMA XIII kat Melaka beberape hari lepas.Walaupun baru beberapa hari berlalu terasa seolah-olah semalam jer baru berpisah dengan sahabat-sahabat kontinjen pencak silat selangor. Mungkin disebabkan ukhuwah yang terikat erat dan mungkin jugak terlampau banyak kenangan yang telah dilakar bersama sepanjang kem latihan pusat sehingga SUKMA selesai. Maybe aku akan kongsi sikit pengalaman aku bersama kontinjen Selangor yang mane masih terpaut erat dalam sanubariku sehingga kini. Isnin (7/6) Semua kontinjen pencak silat sukma selangor berhimpun di Pusat Akuatik Darul Ehsan (PADE) dalam lebih kurang jam 10 pagi. Lepas sarapan dan beli sikit makanan ringan untuk alas perut mase dalam bas, kitorang semua bertolak dengan menaiki bas yang disediakan oleh MSN Selangor. Gambar-gambar sepanjang perjalanan ke Melaka. ..bergambar sebelum bertolak (dak2 Gombak).. ..keletiha

Rest Time !!!

Image
Assalamualaikum. (..Fuh~..satu MISI dah selesai..yang seterusnya sentiasa menanti..) Alhamdulillah. Berakhir sudah kesibukan aku selama ini yang mana aku rase banyak memberi kesan kepada keluargaku, rakan-rakanku, dan yang paling penting diriku sendiri. Bersua kite kembali setelah hampir lebih 3 bulan aku tak mengupdate blog. Mungkin ramai yang tertanya kalau sebelum ni aku selalu berblogging tapi tetibe jer biar bersawang hampir berbulan-bulan. ..Pembukaan Sukma Melaka 2010 di Stadium Hang Jebat.. Kini karier aku sebagai atlet silat negeri Selangor terhenti seketika setelah secara rasminye pertandingan pencak silat sukma XIII 2010 ditutup rasmi oleh YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka merangkap Presiden Pesaka Malaysia pada 15 Jun yang lalu. Mungkin ramai jugak sahabat-sahabat diluar sane yang tertanya-tanya sama ada aku menang ke kalah. Jawapan nyer simple jer iaitu 'tak menang'. Tapi aku tak kesah sebab aku rase aku dah berjaya perform yang ter