Posts

Showing posts with the label Sukan

Good bye 2016! Welcome 2017!

Image
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah wa syukurillah atas ruang dan peluang untuk menulis satu titipan terakhir untuk tahun 2016. Banyak betul rasa perkara yang terjadi tahun ini. Ada yang menyeronokkan dan ada yang menduka citakan. But indeed its normal. That's life isn't? Fokus ku untuk penulisan kali ini hanyalah untuk menyimpul segala aktiviti-aktiviti yang telah aku lalui sepanjang tahun ini. Juga sejauh mana terlaksananya azam 2016 yang telah ku pasang dahulu. Ada yang tercapai ada yang kecundang tengah jalan dan ada juga yang kecundang di saat akhir sebelum ianya terlaksana. Apa pun aku tetap bersyukur sebab natijahnya membuatkan aku lebih terbuka minda dan mata terhadap sekeliling. Alhamdulillah. So kat mana agaknya nak mula? Haha. 1. Karier Alhamdulillah dalam dunia karier ku setakat ini, aku berjaya berada di landasan yang betul. In fact bak kata sahabatku aku antara budak batch aku yang berjaya bekerja di dalam bidang yang dipelajari. Tambahan bidang kerja ak...

Travel Planning 2016 Updated!

Image
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah. Sekian lama nak mencari mood menulis akhirnya ada timbul sikit malam ini. Dah terasa selalu sangat mengupdate berkaitan Sukan Olimpik Rio 2016, so malam ini terasa nak berceloteh sikit untuk mengupdate diri yang tak berapa nak sedar penuh dengan komitmen bila menghampiri hujung tahun ini. Suka untuk aku kongsikan travel planning aku sepanjang tahun ini. Baru saja update. Maaf sebab destinasi dan aktivitinya disulitkan atas faktor tertentu. Sebenarnya nak kata busy tu takdelah busy sangat. Cuma seperti tarikh-tarikh yang tertera di atas memang telahpun dibook untuk aktiviti tertentu. Selain daripada itu ikutkan masih free. Cuma ada terkadang adhock program yang timbul menyebabkan jadualku semakin padat. Tambahan pula sekarang sudah mula terikat dengan komitmen silat. Yes. Dulu pernah berhajat untuk 'cuci tangan' dari dunia silat. Mungkin ada juga dalam kalangan sahabatku yang binggung dan pelik bila melihat aku kembali aktif dala...

Ganjaran Pencen Seumur Hidup Dipertikai Umum

Image
Assalamualaikum w.b.t. Rasa terpanggil pula nak mengomen sikit isu yang sekarang sedang hangat diperkatakan orang ramai di media sosial. Isunya ialah laporan polis yang dibuat oleh seorang pesara tentera yang menyuarakan ketidak puas hatian atlit pingat perak olimpik dalam sukan renang, Pandalela dan Jun Hoong Yang menerima pencen bulanan RM3000 seumur hidup daripada kerajaan. Katanya pemberian tersebut tidak wajar kerana ramai lagi pejuang negara dan bekas kakitangan ATM dan polis yang banyak berjasa yang lebih layak untuk diberi insentif sebegitu rupa. Screen shot laporan polis tersebut adalah seperti di bawah. Baru terasa nak komen tadi, dan tetibe terserempak dengan komen orang lain terhadap isu tersebut. Bila baca balik, nampaknya point beliau boleh kata majoriti sangat sama dengan apa yang aku ingin katakan. So rasanya tak perlu nak menaip pepanjang. Boleh rujuk terus screenshot di bawah. Dan aku sangat setuju dengan beliau! Pendek cerita, kita ini selagi tak pernah...

Penutup Kem Fasa Akhir Pencak Silat Selangor SUKMA 2016

Image
Assalamualaikum w.b.t. Semalam, bersamaan 17 Julai 2016 merupakan hari terakhir Kem Fasa Akhir Kontinjen Pencak Silat Selangor SUKMA Sarawak 2016 bertempat di Dewan Tempur Seksyen 6 Shah Alam yang telah dijalankan selama hampir seminggu. Kem kali ini lebih menitik beratkan latihan persediaan mental, aktiviti release tension, sesi heart-to-heart dan latihan persediaan fasa akhir teknik untuk silat olahraga dan seni.  Sebagai penutupan kem kali ini, telah diadakan Majlis Rasmi Bersama Presiden PESAKA Selangor sebagai memberi penghormatan terakhir Tn Presiden, Tn Haji Sulleh Udin untuk memberi kata-kata perangsang dan semangat buat semua atlit yang terlibat dalam kejohanan tersebut. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Cikgu Rafee (Naib Presiden PESAKA Selangor), En. Hasrin (Setiausaha PESAKA Selangor), En. Kamarul Azam Sampol (Bendahari PESAKA Selangor), En. Khaidir (Sponsor), Cikgu Nazri (Pengurus Pasukan), dan barisan jurulatih Cikgu Zul dan Cikgu Habizan. Majlis bermul...

Latihan Pusat Fasa Akhir SUKMA 2016 - Team Selangor

Image
Assalamualaikum w.b.t. Pada hari Khamis malam Jumaat (14/7) yang lalu, slot latihan pusat fasa akhir diisi dengan aktiviti brainstorming cheers dan lagu sorakan yang akan digunakan sepanjang SUKMA nanti. Dipecahkan kepada 5 group yang diketuai oleh seniors. Diberi masa lebih kurang 45 minit dan diminta untuk membentangkan / mempersembahkan di depan semua barisan jurulatih. Hasil dari kritikan dan komentar barisan jurulatih beberapa sorakan dipilih dan digabungkan menjadi satu. [ To watch recorded full LIVE video - Klik SINI ] Dan pada Jumaat malam (15/7) pula dijalankan sesi simulasi akhir untuk kategori silat seni. Dihadiri oleh barisan juri yang akan menjurikan pertandingan silat seni pada kejohanan silat SUKMA nanti. Aktiviti bermula sekitar jam 9.00 malam dan berakhir sekitar jam 12.00 pagi. kata-kata semangat dari Haikal (LO Pencak Silat Selangor) sebelum simulasi dimulakan Simulasi akhir bermula! Tunggal Putera Selangor - Syafiq Tunggal ...