Posts

Showing posts from September, 2017

Aidil Adha 2017

Image
Assalamualaikum w.b.t Parah betul mood ambe nak menulis ni. Tahun ini saja baru dua post. Haha. Better ada dari takde langsung. Atau boleh kata tahun ini mungkin tahun menyepi. Walaupun hakikatnya salah satu azamku untuk travel ke sekurang-kurang tiga buah negara telah pun tercapai. Cuma dek masa yang mencemburui, masih tak tercatit dalam laman ini. Huhu. Apepun, harap tak terlewat untuk aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1438H Moga segala pengorbanan yang kita tempuhi Allah ganjari dengan nikmat yag setimpal dengannya. Sungguh Allah SWT lebih mengenali dan mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-NYA. Untuk sambutan keluargaku tahun ini agak suram sikit dek kerana hanya abang keduaku saja yang turut serta di pagi raya di sini. Dengan kata lain hanya kelibat seorang saja anak buah di pagi raya. Tapi alhamdulillah walaupun seorang tapi masih mampu menghidupkan suasana. Telatah dan gelagat si kecil Salma yang tersangat comel. Geram pak uda tengok! Eheyy. Salma yang