Monday, 25 June 2012

New View from C3.6

Assalamualaikum.

Pemandangan dari tingkap bilik baruku, Blok C3.6 Mahallah Salahuddin al-Ayyubi.

New SEMESTER arrived...
New SUBJECT added...
New CLUB participated...
New ROOM registered...
New ROOMATE from Terengganu...
and
New WINDOW's VIEW!

WELCOME SHORT-SEMESTER !!
SEMESTER III SESSION 2011/2012

Wallahualam.

3 weeks OFF!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah kerana diberi peluang dan ruang untuk menulis sesuatu di pagi Selasa, hari kedua bermulanya sesi semester pendek bagi penuntut2 UIAM. Semester pendek yang memakan masa selama 2 bulan hanya untuk sesi kuliah atau secara spesifiknya 8 minggu. Namun atas faktor tertentu 3 minggu sesi kuliahku terpaksa di 'burn' begitu saja.


Komitmen yang bertali arus. Dengan penyertaanku dalam 2 kejohanan besar yang diadakan secara berturut-turut selama hampir 3 minggu di lokasi yang berbeza. Dan untuk pertama kalinya penyertaanku BUKAN atas tiket ATLIT, tetapi sebagai Assistant Coach Silat Seni Team.

4hb-17hb Julai 2012
Sukan Malaysia (SUKMA) ke-XV
IKBN Lanchang Pahang
Team : SELANGOR

11hb-19hb Julai 2012
Sukan Universiti Malaysia (MASUM)
UTHM Batu Pahat Johor
Team : UIAM

Kepala otakku masih terngiang2 berfikir keadaan yang bakalku tempuhi selama mana ketidak hadiranku selama 3 minggu untuk sesi kuliah nanti. Secara tepatnya 9 kelas. Tambahan pula, sesi semester pendek ini lazimnya kebanyakan pensyarah terkejar2 untuk menghabiskan silibus. Walaupun surat pelepasan telahpun dikeluarkan, tapi diri ini seringkali tertanya "Mampukah aku untuk cover balik semua pelajaran selama 9 kelas yang bakal aku skip itu nanti?"

Ya Allah, Engkau berikanlah kekuatan kepadaku untuk menempuhi detik ini. Amiin.

Wallahualam.

Friday, 22 June 2012

Boikot. Resolusi terbaik!

Assalamualaikum.

Tengah sedap layan McD set large Nugget bersama french fries dan milo untuk menu supper ku malam ni, tetibe terserempak dengan gambar (bawah) yang dipost di ruangan fb.


Inilah Maamoon Ali dan rakan-rakannya. Maamoon seorang kanak-kanak berusia 14 tahun telah dibunuh oleh serangan udara Zionis pada hari Khamis, 21 Jun 2012 di Gaza.

Sumpah makan dalam. Terasa bersalah pun ade. Tapi tanpa tindakan takde gune gak. Bayangkan jika yang terlantar itu ahli keluarga atau kaum kerabat kite, adekah kita masih sanggup untuk menikmati hidangan McD yang kesannya hanya bersifat sementara? Ayuh kite renungkan bersama.

Wallahualam.

Isteri Sheikh Dr Yusof Al-Qaradhawi kembali ke rahmatullah.

Assalamualaikum.



Ummu Muhammad, Isteri kepada Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, ketua Ikatan Ulama Muslim International, dan ibunda kepada Abdel Rahman Al-Qaradhawi, seorang penyair ternama dari Mesir, meninggal dunia pagi Khamis semalam kerana sakit yang lama dideritanya.

Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, melalui akaun twitter-nya menyatakan kematian isteri pertamanya, Ummu Muhammad, dengan menulis, “Innalillahi wa Inna Ilaihi Raji’un (kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali) telah pulang ke rahmatullah isteri yang penyabar, Ummu Muhammad setelah menderita sakit yang begitu lama. Hanya kepunyaan Allah semua yang telah Dia berikan, dan hanya kepunyaan-Nya pula segala yang Dia ambil. Dan segala sesuatu ada ukuran (takdir) di sisi-Nya.”

Ummu Muhammad, seorang wanita solehah yang berasal daripada Hasyimiah Husainiyah, merupakan keturunan Rasulullah SAW melalui keturunan Saidina Hussain r.a.

Berkongsi suami dengan umat memberi ketenangan hati bukannya azab cemburu. Berkongsi suami dengan dakwah dan perjuangan, menganugerahkan pahala sabar yang besar buatnya. Beliau merelakan suaminya pergi ke mana sahaja belahan dunia untuk Islam. Di rumah, tangannya banyak membantu aktiviti keilmuan, serta dakwah dan tarbiyah dengan mengorbankan waktu dan perhatian yang besar.


Innalillah wa inna ilaihi raji'un. AL-FATIHAH...

Wallahualam.

SUMBER: http://www.fimadani.com/istri-syekh-yusuf-al-qaradhawi-meninggal-dunia/

Thursday, 21 June 2012

New Task > MASUM 2012


Assalamualaikum.

Alhamdulillah kerana masih diberi peluang dan ruang untuk menulis sesuatu di pagi Jumaat ni. By the way, Selamat Hari Jumaat. Hari cuti Jumaat terakhir untuk warga UIAM yang mengambil shortsem.

Coretan kali ini bukan mengenai pelajaran tapi mengenai bidang yang aku sedang ceburi yakni Pencak Silat atau spesifiknya Silat Seni. Kalau dulu aku sebagai atlit sekolah berlatih untuk mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi. Habes jer sekolah teruskan perjuangan sebagai atlit negeri Selangor untuk Kejohanan berprestij SUKMA. Selesai jer SUKMA, segala ilmu2 mengenai kejurulatihan dan silat seni ku taburkan dan kongsikan bersama adik2ku di gelanggang sehingga mereka berjaya untuk mempertahankan kejuaraan mereka setelah bergelar Juara Kebangsaan.

Namun sekarang tugasku makin berat. Atas faktor tertentu aku tak dapat melibatkan diri dalam Kejohanan Silat berprestij peringkat Universiti, yakni MASUM tahun ini. Tapi aku telah diberikan tugasan untuk mempersiapkan atlit Regu/Jurus Wajib Puteri untuk IIUM Silat Team. Mengajar tak semudah belajar. Lagi sukar kita untuk mengajar atlit yang langsung takde basic silat. Dengan tapak dan lenggok badan yang berterabur. Kalau sebelum ni pengalaman mengajar budak sekolah menengah, sekarang telah diberi tugasan untuk mengajar kelompok mahasiswi. Sangat2 menguji kesabaran.

Silat Seni : Regu / Jurus Wajib
memperagakan sebanyak 100 gerakan dalam masa 3 minit
penekanan diberikan kepada kebenaran gerak, keseragaman dan kemantapan

Penulisan kali ini bukan niat untuk merungut atau mengeluh. Namun hanya sekadar berkongsi perasaan dan rasa hati ini bila selalu diamanahkan untuk mempersiapkan atlit terutama untuk kategori Regu. Tapi hati ini sentiasa bersyukur, kerana telah diberi kepercayaan oleh coach sendiri. Pada masa yang sama ia mengajar aku untuk mengajar. Dan aku percaya dan pernah merasai team yang kita ajar bila mereka berjaya merangkul EMAS dalam apa2 kejohanan, hati kecil kita akan rasa seronok dan gembira kerana kejayaan mereka merupakan hasil dari penat lelah dan usaha kita walaupun ianya hanyalah sedikit.

klik gambar untuk terus ke blog rasmi kelab..

Untuk IIUM Silat Team, ketidak hadiran aku untuk latihan selama ini bukan tindakan yang disengajakan. Ikut hati memang diri ini sangat2 nak turun tapi atas faktor tertentu terpaksa membatalkan niat tersebut. Rasa seronok dan gembira bila akhirnya berpeluang untuk berlatih bersama2 kalian untuk mencipta nama diperingkat universiti pulak.

Akhir kata, kepada IIUM Silat Team teruskan menghabiskan sisa2 latihan selama 21 hari ini dengan semaksimum mungkin menjelang ketibaan Sukan MASUM yang bakal diadakan di UTHM Batu Pahat, Johor pada pertengahan bulan depan. Insyallah. Ikhlaskan diri dalam latihan dan sentiasa memohon bantuan dan pertolongan dari-NYA.

Wallahualam.

Monday, 18 June 2012

Family Trip to Kelate


Assalamualaikum.

Trip ke dua dalam seminggu. Kelantan Darul Naim menjadi pilihan lokasi percutian kami sekeluarga. Dengan menaiki Keretapi Tanah Melayu (KTM) selama lebih 12 jam. Pengalaman kedua aku menaiki keretapi untuk perjalanan yang jauh. Solat di surau keretapi dalam keadaan goyang. Minum dan makan dalam gerabak cafe keretapi. Tidur di atas katil yang disediakan.

Destinasi kami :

Stesen Keretapi Wakaf Bharu
Tesco Kota Bharu
Pantai Cahaya Bulan
Pantai Berirama Bachok
Khalifa Suites Hotel & Apartment
Restoran Rasa Jelira
Wakaf Che Yeh Kota Bharu
Pasar Besar Siti Khadijah Kota Bharu
Bazar Buluh Kubu
Pasar Rantau Panjang Kelantan
Bandar Tanah Merah

Kereta yang disewa khas :


Gambar2 sepanjang trip :-

Dalam Tren.. Baru nak sampai Kelantan..



Pantai Cahaya Bulan..





Rm48. Sumpah Mahal!

..Udang dan Sotong Goreng..

..Air Kelapa 3 Bijik..

Pantai Berirama, Bachok..





..Sikit ni RM5 sepinggan. Mak aihh!..

..5 Cucuk = RM11. Haih..

Sekitar Istana Lama Kota Bharu..





Pasar Besar Siti Khadijah..





Rantau Panjang Kelantan.. Shopping..




Stesen Keretapi Wakaf Bharu.. Bertolak Pulang..



Alhamdulillah, selamat tiba di KL Sentral jam 930pagi. Perjalanan balik yang agak kureng disebabkan aircond gerabak kami yang tak berfungsi dengan baik. Namun, tidurnya agak lena berbanding mase bertolak hari tu.

Percutian kami yang tak seberapa atau boleh diketegorikan sebagai 'Adhock Plan'. Next family vacation mungkin akan ke Sabah atau Sarawak. Cuma disebabkan masing2 (kami 3 beradik) sibuk dengan komitmen masing2, terpaksa tangguhkannya sehingga semua free.

Thanks to my parents for the treats. Trips and cenderamata fully sponsored. Haha. Yang penting Enjoy! Yang tak leh bla nye, orang kelate ni akan kenakan harga yang mahal kepada pengunjung2 luar. Nampok gaya lepas ni kene kelik sano ngan org kelate la ek. Haha.

Wallahualam.

Short Trip to Perlis

Assalamualaikum.

Motif utama kehadiranku di bumi Indera Kayangan hanya untuk memberi sokongan dan semangat kepada mereka.

Bersama Azam & Kak Nurul

Regu Putera Selangor

Masal Puteri Selangor

Tempur Puteri Selangor

Tempur Puteri WPKL

Masal Puteri WPKL

(..dan ofkos byk lagi. Cuma gambar ni jer yang sempat aku snap..)

Namun, berpeluang jugak aku untuk menerokai serba-serbi tanah Perlis ni. Percutian yang tidak dirancang. Tempat melawat yang dirancang last minit. Malas nak berceloteh. Let's the pictures describe everythings.

1. Jeti Kuala Perlis | Masjid Terapung Al- Hussain





2. Padang Besar

(..Err. Beli belah tak perlu tangkap gambar en. Haha..)

3. Bukit Kayu Hitam




4. Menara Alor Setar




Pejalanan pulang 2300 - 0330
Bukit Kayu Hitam - Alor Setar - R&R Gurun - Kuala Lumpur

Wallahualam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...