Posts

Showing posts from January, 2012

Sukses 2012

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah kerana masih diberi peluang dan ruang untuk menaipkan sesuatu di laman ni. Ketibaan musim cuti sekadar hanya pada namanya saja namun hakikatnya kesibukannya masih bertalu2 terpaksa dihadapi oleh penulis sendiri. Insyallah, dikesempatan ini penulis ingin berkongsikan sedikit pengalaman sepanjang melibatkan diri secara tak langsung dalam kejohanan Pencak Silat Sukan Selangor (SUKSES) tempoh hari. Pada 13-15hb Januari yang lalu, telah berlangsungnya satu kejohanan Pencak Silat SUKSES yang telah banyak kali ditunda namun akhirnya terlaksana bertempat di Komplek Rakan Muda Puchong. Penyertaan dari semua daerah dalam negeri Selangor. Namun kali ni aku hanya terlibat secara tak langsung dalam kontinjen Daerah Sepang sebagai pembantu jurulatih silat seni.  Pengalaman pertama menjadi pelepas pesilat2 daerah Sepang merangkap team projek Selangor. Misi utama meraka merangkul pingat EMAS dalam kejohanan ini. Alhamdulillah, yang ditarget berjaya mencapai misi mereka.

Salah menduga, Buruk padahnya.

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah, sementara masih berpeluang untuk mencoretkan sesuatu di laman ini, suka untuk aku berkongsi sedikit kisah yang dapat kita ambil pengajaran daripadanya. Sumber dari status fb seorang sahabat UIA.  ********** Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital.. dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan.. dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya.. apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak.. "kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..??kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang nie..??kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??" doktor tersebut tersenyum dan berkata : " sy minta maaf, saya berada di luar hospital & sy datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu..dan sekarang, saya harap anda bertenang..jadi, saya dapat buat kerja saya.." "bertenang kam

Fenomena EXAM.

Image
Assalamualaikum. Fenomena peperiksaan merupakan suatu keadaan yang wajib ditempuhi oleh semua insan. Percaya atau tidak setiap orang mesti mengharungi detik dan saat membuat persediaan menghadapi peperiksaan. Bermula sejak di bangku sekolah yakni peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Dan langkahnya mereka ke dunia mahasiswa masih tak dapat lari dari dunia peperiksaan.  Fenomena peperiksaan memang memberi impak yang besar terhadap pelajar2 khususnya terhadap mental dan kesihatan mereka. Kenapa? Bila tiba minggu peperiksaan : 1. Tension. Kebanyakan pelajar2 yang masih kurang bersedia menghadapi peperiksaan akan menghadapi tekanan dalam mengejar masa menelaah pelajaran2. Sikap friendly dan riang seseorang akan bertukar menjadi suram. Perwatakan mereka juga akan berubah.  2. Resah. Sikap resah dan gelisah pelajar2 akan menyebabkan masa yang ada dilihat seperti terlalu singkat untuk menelaah kesemua topik pelajaran mereka. Hasilnya, mereka akan mengabaikan tangungjawab terhadap badan dan kesihatan

Kisah BEST Students SPM 2004/06/08

Image
Assalamualaikum. Habes kecoh semua media mengenai seorang Pelajar Cemerlang SPM 2004 yang memperolehi 17 A1, Nur Amalina yang telah berubah setelah hampir 7 tahun bermastautin di tanah negara barat menuntut dalam bidang perubatan. Penulis tak berhajat untuk mengulas mengenai beliau. Bagi penulis, adalah tak molek untuk kita membuka aib atau menghebah2 kan perbuatan negatif saudara seislam kita sendiri. Namun, masih menjadi tanggungjawab kita untuk menegur beliau tapi hendaklah secara berhemah seperti ditunjukkan oleh Nabi SAW. Hajat penulisan malam ni adalah mengongsikan kisah atau cerita mengenai duta2 pelajar cemerlang Malaysia yang sekarang sedang menuntut di perantauan secara ringkas.  ********** Nama: Nur Amalina Che Bakri SMK Terakhir : Sekolah Menenangah Ulu Tiram, JB Keputusan SPM : 17A1 2004 Perkembangan terkini : pelajar tahun akhir perubatan di Enuversity of Edinburgh Scotland. Gambar terkini : *cari sendiri ********** Nama : Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal SMK Terakhir : Maa

Isu Panas! Amalina 17A SPM 2004

Image
Assalamualaikum. Sekadar perkongsian.  ISU PANASSS: Ibu Nur Amalina 17A SPM sound direct kepada Blogger Traffic Hunter... " Bagaimana jika gambar peribadi mereka sendiri, atau anggota keluarga mereka diceroboh, disebar dan difitnah yang bukan-bukan? " JOHOR BAHRU - Hati ibu mana yang tidak terkilan jika anak yang ditatang bagai minyak yang penuh tujuh tahun yang lalu, kini ditohmah dengan pelbagai tuduhan kononnya liar dan tidak berakhlak. Apa lagi Nur Amalina Che Bakri sebagai idola pada suatu ketika pernah membanggakan bukan sahaja ibunya, Sabariah Hassan, 52, malahan juga negara sebagai Pelajar Terbaik SPM 2004. Ketika itu ramai ibu bapa mahu anak mereka menjadikan Nur Amalina sebagai idola. Namun kini, apabila laman Facebook peribadinya dicerobohi, nasib Nur Amalina sudah jauh berbeza. Dia tidak lagi disanjung seperti dahulu, malah ada juga yang menuduh pencatat sejarah dengan keputusan SPM 17A1 itu sebagai seorang anak gadis yang berubah liar kerana mengalami kejutan bu

Gayong Kebangsaan Kedah. TAHNIAH!

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah, selesai sudah paper kedua terakhir untuk peperiksaan akhir semester penulis. Namun, disebabkan jurang masa untuk paper seterusnya ialah 10 hari, penulis telah mengisytiharkan MERDEKA fasa pertama yakni untuk memberi peluang meneutralkan kembali kekusutan dan tekanan yang dihadapi oleh penulis sepanjang minggu peperiksaan ni. Dikesempatan ini, penulis ingin mengongsikan sedikit kegembiraan yang terzahir dari hati penulis yakni apabila mendapat khabar gembira bahawa kesemua anak didik silat yang bernaung di bawah Gelanggang PSSGM SMK Sg Pusu telah berjaya membawa pulang pingat dalam Kejohanan Pencak Silat Remaja & Dewasa PSSGM Kebangsaan di Kedah pada 21hb - 25hb Disember yang lalu. Pungutan pingat dari Atlit2 Sg Pusu (Dewasa + Remaja) 6 EMAS 3 PERAK 1 GANGSA Senarai Atlit2 Sg Pusu yang BERJAYA membawa pulang PINGAT :- Kontinjen  GAYONG SELANGOR Silat Olahraga :- Ckg. Hanafi Ariffin (Emas) Shahmi (Emas) Nurul Fadiah (Emas) Zaty Rohaizat (Perak) Aisyah