Fenomena EXAM.
Assalamualaikum.
Fenomena peperiksaan merupakan suatu keadaan yang wajib ditempuhi oleh semua insan. Percaya atau tidak setiap orang mesti mengharungi detik dan saat membuat persediaan menghadapi peperiksaan. Bermula sejak di bangku sekolah yakni peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Dan langkahnya mereka ke dunia mahasiswa masih tak dapat lari dari dunia peperiksaan.
Fenomena peperiksaan memang memberi impak yang besar terhadap pelajar2 khususnya terhadap mental dan kesihatan mereka. Kenapa?
Bila tiba minggu peperiksaan :
1. Tension.
Kebanyakan pelajar2 yang masih kurang bersedia menghadapi peperiksaan akan menghadapi tekanan dalam mengejar masa menelaah pelajaran2. Sikap friendly dan riang seseorang akan bertukar menjadi suram. Perwatakan mereka juga akan berubah.
2. Resah.
Sikap resah dan gelisah pelajar2 akan menyebabkan masa yang ada dilihat seperti terlalu singkat untuk menelaah kesemua topik pelajaran mereka. Hasilnya, mereka akan mengabaikan tangungjawab terhadap badan dan kesihatan mereka yakni makan dan mandi.
3. Spot.
Memang menjadi trend setiap kali tiba minggu peperiksaan, masing2 berusaha untuk mencari soalan spot untuk memudahkan mereka mengecilkan skop topik untuk distudy. Honestly speaking, ia memang membantu tapi sekiranya soalan yang dispot tak masuk dan soalan yang sebaliknya yang keluar, memang suatu yang amat merugikan.
TENSION semasa mengulangkaji. Apa yang dibaca tak dapat ingat dan sukar untuk faham. Pernah hadapi?
NERVOUS bila tengah jawab exam. Menyebabkan kita menjawab exam dalam keadaan KELAM-KABUT. Pernah hadapi?
Suka untuk aku sertakan di sini amalan harian sepanjang minggu peperiksaan ni.
1. Solat di AWAL waktu dan berjemaah.
2. Tadarus Al-Quran setiap kali selesai solat fardhu.
3. Tidur awal dan Bangun awal.
4. Belajar / mengulangkaji di pagi hari.
5. Luangkan masa petang dengan beriadah.
6. Jaga waktu pemakanan.
7. etc.
Ok. Malas nak berceloteh pepanjang. Nak sambung menelaah pelajaran untuk seubjek exam terakhirku. Best of luck kepada yang masih berjuang.
Wallahualam.
Comments
Post a Comment