Posts

Showing posts from April, 2020

Isu UAS dikatakan sindir UEL

Image
Assalamualaikum w.b.t. Habis kecoh di semua laman media sosial tentang Ustaz Abu Syafiq (UAS) yang didakwa menyindir Ustaz Ebit Lew (UEL) kerana usaha kebajikan yang dijalankan oleh UEL membantu golongan memerlukan sambil dirakam dan dipamerkan dalam media sosial. Sebelum apa-apa, lets go back to when it all started.. Sebenarnya isu ini bermula bila UAS memuat naik status kat laman facebook beliau. Kalau diperhatikan, memang jelas status beliau bersifat general. Tidak langsung memetik nama sesiapa secara spesifik. Namun, status tersebut telah menimbulkan rasa tak puas hati dalam kalangan netizen sehingga beliau menerima banyak kecaman dan kritikan di media sosial. Disebabkan terlampau banyak kecaman dan spekulasi, beliau pun tampil memberi penjelasan tentang status tersebut. Sumber : FB Bintang Hitam Studios Antara kenyataan UAS dalam video di atas : "...tetapi isunya pada yang kedua iaitu pergi memberi sumbangan yang sikit tu, beras, gula dan sedik

Selamat Datang Ramadhan

Image
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah dan syukur kepada Allah SWT kerana masih diberi peluang sekali lagi untuk menjadi tetamu Ramadhan tahun ini. InsyaAllah pengalaman pertama aku menyambut Ramadhan dan mungkin Syawal seorang diri tanpa keluarga di sisi disebabkan penguatkusaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang hari ini sudahpun masuk ke hari yang ke 38. Dah macam duduk perantauan pun ada. Haha. Sedikit input-input penting untuk aku kongsikan dari perutusan YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin semalam : 1. PM mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dan beberapa peringatan berkaitannya. 2. Menzahirkan kesyukuran hasil jihad memerangi Covid-19 berjaya mencatatkan penurunan bilangan kes-kes baharu dan peningkatan jumlah pesakit sembuh yang ketara. 3. Kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan terhadap pelajar yang masih berada di kampus untuk  dibenarkan pulang ke rumah masing-masing tak lama lagi dan kerajaan sedang menimbang untuk membe

Isu Pelarian Rohingya

Image
Assalamualaikum w.b.t. Hari ini sahaja penuh di dada-dada media sosial berkaitan dengan isu pelarian rohingya. Sumber di bawah adalah hasil penulisan dari saudara Khairul Azri di profile facebook beliau : (sebenarnya kesemuanya ada 8 point tapi hasil pembacaan aku mendapati ada beberapa point yang mana sumbernya telahpun didelete oleh empunya facebook terbabit. Maka yang tinggal hanyalah point-point yang bersumber sahaja.) Berikut adalah senarai kenapa posting anti-Rohingya meletup dalam kalangan warganet Malaysia sejak semalam berserta sumber untuk rujukan : 1. Bot warga asing mendarat di sekitar Langkawi, TUDM dan APMM menahan bot pelarian Rohingya dari Bangladesh yang membawa 200-500 pelarian dan diarahkan keluar dari perairan Malaysia berikutan kebimbangan virus Covid19 dan di kala Malaysia sendiri tengah sibuk menangani Covid19, tekanan yang diberikan kepada kerajaan untuk menerima pelarian ini telah menimbulkan ketidaksenangan hati rakyat Malaysia. Dilaporkan 32-6

Sektor yang dibenarkan beroperasi semasa PKP

Image
Assalamualaikum w.b.t. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telahpun meluluskan kebanyakan sektor untuk beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa ke-3 ini. Dan sektor terbabit adalah seperti di bawah : Sebenarnya aku tak berapa setuju kerajaan meluluskan beberapa sektor untuk kembali beroperasi semasa PKP ini. Bayangkan setakat 19 April 2020, lebih 56,000 permohonan sudah diterima oleh pihak MITI [ Sumber ]. Itu baru permohonan sahaja. Kalau satu permohonan melibatkan sebuah syarikat yang mempunyai anggaran jumlah pekerja 2000 orang, maka 50% daripadanya akan dibenarkan bekerja iaitu kurang lebih 1000 orang. Kita bayangkan andainya kesemua atau hampir 56,000 syarikat/permohonan individu diluluskan? Tak ke akan ramai manusia atas jalan. Dan pada masa yang sama Polis dan Tentera masih teruskan sekatan jalanraya (sehingga semalam 835 sekatan jalanraya telah diadakan di seluruh negara), tentu tugas mereka akan menjadi lebih sukar

Kutipan Zakat Fitrah 1441H/2020M semasa PKP

Image
Assalamualaikum w.b.t. Frequently Asked Question (FAQ) perkongsian dari Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) berkaitan pelaksanaan kutipan zakat fitrah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Untuk kadar zakat fitrah bagi negeri Selangor untuk tahun ini 1441H/2020M pula bak kata CEO Lembaga Zakat Selangor (LZS) Tuan Haji Saipolyazan Mat Yusop ketika sidang media di Bangunan Zakat Selangor, Seksyen 13 di Shah Alam tadi LZS menetapkan kadar zakat fitrah bagi umat Islam Selangor tahun ini sebanyak RM7 seorang kekal seperti tahun sebelumnya selaras dengan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor. Namun seperti biasa ada galakan bagi mereka yang berkamampuan untuk membayar sebanyak RM14 seorang bagi individu yang memakan beras putih import/beras perang/beras pulut/herba ponni/beras wangi atau RM21.00 seorang bagi individu yang memakan beras basmathi/beras jepun/beras merah. Sumber : Harian Metro Al-maklum kita berada dalam musim PKP sepanj

Aktiviti yang boleh dilakukan semasa PKP

Image
Assalamualaikum w.b.t. Salam 26 Syaaban 1441H juga merupakan hari ke 33 kita menempuhi musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa ke-3 ini. Ayuh kita sama-sama doakan semoga rantaian COVID-19 berjaya diputuskan sepenuhnya dan PKP boleh dihentikan secepat mungkin. Ameen! Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik dah tak sampai seminggu saja lagi kita akan menempuhi bulan Ramadhan. Allahu cepat betul masa berlalu. Bulan yang sangat dinantikan oleh golongan muslim seluruh dunia. Kalau masa muda-muda dulu, bulan ini juga kami adik-beradik berlumba-lumba nak khatam Al-Quran, menu utama berbuka kami sekeluarga yang dipesan mengikut cita-rasa masing-masing ikut giliran hari dan seumpamanya. Namun, untuk suasana bulan Ramadhan tahun ini pasti akan berbeza dari sebelum-sebelumnya. Masjid dan surau di Selangor telahpun diarahkan tutup sehingga 31hb Mei. Sudah pasti tiada lagi solat tarawikh di masjid dan tiada solat hari raya. Di musim PKP ini juga akan membataskan kita untuk menziarahi sauda