Isu UAS dikatakan sindir UEL
Assalamualaikum w.b.t.
Habis kecoh di semua laman media sosial tentang Ustaz Abu Syafiq (UAS) yang didakwa menyindir Ustaz Ebit Lew (UEL) kerana usaha kebajikan yang dijalankan oleh UEL membantu golongan memerlukan sambil dirakam dan dipamerkan dalam media sosial.
Sebelum apa-apa, lets go back to when it all started..
Sebenarnya isu ini bermula bila UAS memuat naik status kat laman facebook beliau. Kalau diperhatikan, memang jelas status beliau bersifat general. Tidak langsung memetik nama sesiapa secara spesifik.
Antara kenyataan UAS dalam video di atas :
"...tetapi isunya pada yang kedua iaitu pergi memberi sumbangan yang sikit tu, beras, gula dan sedikit duit RM50.. Contohlah ni.. Contoh ya.. Jangan marahlah pulak.. kepada orang fakir dan miskin tetapi menangkap gambar dan video sehingga mengaibkan, memalukan dia.. dengar baik-baik.. contohnya nampak aurat orang tu.. contohnya nampak hina keluarga dia.. contohnya nampak sangat terabai oleh keluarganya yang terdekat dia biarkan ibu dan bapanya sedemikian..."
"...kedua.. dengar baik-baik.. iaitu berkaitan dengan pertubuhan dan persatuan yang ada akaun bank.. dengan ini kita mencabar mereka mempamerkan akaun mereka.. dan kita minta kepada PDRM, SPRM dan juga pihak-pihak berwajib ROS dan kerajaan Malaysia sendiri selepas daripada ini tolong bongkar akaun-akaun mereka ini khususnya mereka yang tidak mendedahkan audit akaun masing-masing.."
Selepas tular video tersebut, makin menjadi-jadi kecaman yang diterima oleh UAS. Mungkin ada point-point yang disebut dalam video tersebut kebetulan seiring dengan metod aktiviti derma yang dijalankan oleh UEL lantas seolah-olah dilihat UAS merujuk kepada UEL. Namun, sekali lagi UAS tidak langsung memetik nama sesiapa di dalam video tersebut. Disebabkan itu, UAS tampil untuk kali kedua bagi menjelaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau di dalam video sebelum ini tidak langsung merujuk kepada UEL.

"...kenyataan saya itu adalah berdasarkan pada pertubuhan di negara luar dan kesannya ada berlaku di negara kita di Malaysia.. iaitu mereka ini kumpul duit derma tetapi derma itu tidak disalurkan dengan betul dan juga dibelanjakan untuk kepentingan pemilik pertubuhan tersebut.. manakala tentang ustaz yang ditanyakan kepada saya.. saya tak tahu langsung pasal dia dan saya tidak pernah berjumpa dengan dia pun.. maka bukanlah ditujukan kepada dia.."
Kata beliau juga, fokusnya hanya kepada fatwa ulama Mesir yang mengharamkan tayangan gambar, video orang-orang miskin yang diberi bantuan kerana akan memalukan mereka.
Dan selepas pada itu, kecoh pula dengan komen 'takfiri' dari facebook Ustaz Abu Syafiq Al-Asy'ary di dalam status salah seorang follower UEL dan status provokasi yang dimuat naik bertubi-tubi dari page Ustaz Abu Syafiq Original Fans. Maka, sekali lagi UAS tampil menjelaskan keadaan tersebut menerusi FB page baharu beliau selepas facebook Ustaz Abu Syafiq Al-Asy'ary dan page Ustaz Abu Syafiq Original Fans telah deactivate oleh beliau.

"...saya nak maklumkan bahawa facebook saya Ustaz Abu Syafiq Al-Asy'ary itu telah digodam dan banyak teks-teks tulisan yang kononnya saya mengkafirkan orang islam itu adalah tidak benar dan fitnah ke atas saya.. hati-hati.. mana mungkin saya ahli sunnah wal jamaah hakiki mengkafirkan orang islam.. tidak mungkin.."
Dan selepas pada itu, seorang netizen telah menelefon UAS sendiri untuk mendapat kepastian secara terus tentang isu ini. Sekali lagi UAS menegaskan statement beliau langsung tiada kaitan dengan UEL.
So begitulah ceritanya dari awal hingga akhir isu ini. Aku rasa tak perlu untuk aku berikan pendapat. Masing-masing ada otak dan boleh berfikir.
Cuma satu saja aku nak pesan kepada netizen di luar sana, daripada hampa semua bagi pahala percuma kat UAS (membawang) baiklah pergi ambil wudhuk baca al-quran. Selain dapat menyejukkan hati yang panas sekurang-kurangnya dapat juga pahala Ramadhan ni insyaAllah.
Wallahualam.
6.40pm
3 Ramadhan 1441H
Bandar Botanik Klang
PKP Hari ke-40

Namun, status tersebut telah menimbulkan rasa tak puas hati dalam kalangan netizen sehingga beliau menerima banyak kecaman dan kritikan di media sosial. Disebabkan terlampau banyak kecaman dan spekulasi, beliau pun tampil memberi penjelasan tentang status tersebut.
Sumber : FB Bintang Hitam Studios
Antara kenyataan UAS dalam video di atas :
"...tetapi isunya pada yang kedua iaitu pergi memberi sumbangan yang sikit tu, beras, gula dan sedikit duit RM50.. Contohlah ni.. Contoh ya.. Jangan marahlah pulak.. kepada orang fakir dan miskin tetapi menangkap gambar dan video sehingga mengaibkan, memalukan dia.. dengar baik-baik.. contohnya nampak aurat orang tu.. contohnya nampak hina keluarga dia.. contohnya nampak sangat terabai oleh keluarganya yang terdekat dia biarkan ibu dan bapanya sedemikian..."
"...kedua.. dengar baik-baik.. iaitu berkaitan dengan pertubuhan dan persatuan yang ada akaun bank.. dengan ini kita mencabar mereka mempamerkan akaun mereka.. dan kita minta kepada PDRM, SPRM dan juga pihak-pihak berwajib ROS dan kerajaan Malaysia sendiri selepas daripada ini tolong bongkar akaun-akaun mereka ini khususnya mereka yang tidak mendedahkan audit akaun masing-masing.."
Selepas tular video tersebut, makin menjadi-jadi kecaman yang diterima oleh UAS. Mungkin ada point-point yang disebut dalam video tersebut kebetulan seiring dengan metod aktiviti derma yang dijalankan oleh UEL lantas seolah-olah dilihat UAS merujuk kepada UEL. Namun, sekali lagi UAS tidak langsung memetik nama sesiapa di dalam video tersebut. Disebabkan itu, UAS tampil untuk kali kedua bagi menjelaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau di dalam video sebelum ini tidak langsung merujuk kepada UEL.
Sumber : FB Video Viral
Antara kenyataan UAS dalam video di atas :
"...kenyataan saya itu adalah berdasarkan pada pertubuhan di negara luar dan kesannya ada berlaku di negara kita di Malaysia.. iaitu mereka ini kumpul duit derma tetapi derma itu tidak disalurkan dengan betul dan juga dibelanjakan untuk kepentingan pemilik pertubuhan tersebut.. manakala tentang ustaz yang ditanyakan kepada saya.. saya tak tahu langsung pasal dia dan saya tidak pernah berjumpa dengan dia pun.. maka bukanlah ditujukan kepada dia.."
Kata beliau juga, fokusnya hanya kepada fatwa ulama Mesir yang mengharamkan tayangan gambar, video orang-orang miskin yang diberi bantuan kerana akan memalukan mereka.
Dan selepas pada itu, kecoh pula dengan komen 'takfiri' dari facebook Ustaz Abu Syafiq Al-Asy'ary di dalam status salah seorang follower UEL dan status provokasi yang dimuat naik bertubi-tubi dari page Ustaz Abu Syafiq Original Fans. Maka, sekali lagi UAS tampil menjelaskan keadaan tersebut menerusi FB page baharu beliau selepas facebook Ustaz Abu Syafiq Al-Asy'ary dan page Ustaz Abu Syafiq Original Fans telah deactivate oleh beliau.
Sumber : FB Lord Abu Syafiq Fans
Antara kenyataan UAS dalam video di atas :
"...saya nak maklumkan bahawa facebook saya Ustaz Abu Syafiq Al-Asy'ary itu telah digodam dan banyak teks-teks tulisan yang kononnya saya mengkafirkan orang islam itu adalah tidak benar dan fitnah ke atas saya.. hati-hati.. mana mungkin saya ahli sunnah wal jamaah hakiki mengkafirkan orang islam.. tidak mungkin.."
Dan selepas pada itu, seorang netizen telah menelefon UAS sendiri untuk mendapat kepastian secara terus tentang isu ini. Sekali lagi UAS menegaskan statement beliau langsung tiada kaitan dengan UEL.
Sumber : FB Ryzal Ibrahim
So begitulah ceritanya dari awal hingga akhir isu ini. Aku rasa tak perlu untuk aku berikan pendapat. Masing-masing ada otak dan boleh berfikir.
Cuma satu saja aku nak pesan kepada netizen di luar sana, daripada hampa semua bagi pahala percuma kat UAS (membawang) baiklah pergi ambil wudhuk baca al-quran. Selain dapat menyejukkan hati yang panas sekurang-kurangnya dapat juga pahala Ramadhan ni insyaAllah.
Wallahualam.
6.40pm
3 Ramadhan 1441H
Bandar Botanik Klang
PKP Hari ke-40
Comments
Post a Comment