Selamat Datang Ramadhan
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah dan syukur kepada Allah SWT kerana masih diberi peluang sekali lagi untuk menjadi tetamu Ramadhan tahun ini. InsyaAllah pengalaman pertama aku menyambut Ramadhan dan mungkin Syawal seorang diri tanpa keluarga di sisi disebabkan penguatkusaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang hari ini sudahpun masuk ke hari yang ke 38. Dah macam duduk perantauan pun ada. Haha.
Sedikit input-input penting untuk aku kongsikan dari perutusan YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin semalam :
1. PM mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dan beberapa peringatan berkaitannya.
2. Menzahirkan kesyukuran hasil jihad memerangi Covid-19 berjaya mencatatkan penurunan bilangan kes-kes baharu dan peningkatan jumlah pesakit sembuh yang ketara.
3. Kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan terhadap pelajar yang masih berada di kampus untuk dibenarkan pulang ke rumah masing-masing tak lama lagi dan kerajaan sedang menimbang untuk memberi kebenaran satu kali perjalanan untuk mereka yang berada di kampung atau tempat lain untuk balik semula ke rumah masing-masing.
4. Pengumuman pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh dua minggu lagi iaitu sehingga 12 Mei 2020.
5. Kerajaan dalam proses akan merangka Pelan Pemulihan Ekonomi jangka masa pendek, sederhana dan panjang yang menyeluruh.
... dan seperti biasa setiap kali perutusan dari YAB PM kita pasti akan ada punch line yang akan mencuit hati netizen. Dan untuk kali ini :
Guess what? Terus viral facebook group tersebut. Aku yang tak pernah tahu ni pun pergi geledah group tersebut. >>MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL<< Tak sangka sampai ke tahap ini "cakna" tuan YAB PM kita terhadap rakyat. Haha.
Untuk teks perutusan penuh beliau boleh rujuk SINI.
Alhamdulillah. Seperti yang dijangkakan. PKP telahpun dilanjutkan sehingga 12 Mei dan PM pun dah bagi hint ada kemungkinan besar juga akan terus dilanjutkan sehingga selepas Hari Raya. Apapun insyaAllah itu yang terbaik. Semoga kita dapat belajar dari apa yang berlaku di Italy dan US. Aku percaya rakyat kita lagi matang dan berfikiran panjang. Teruskan amalkan social distancing, sentiasa basuh tangan dan sentiasa duduk di dalam rumah.
Dikesempatan ini juga aku ingin mengucapkan :
Semoga kita berjaya merebut seberapa banyak peluang untuk menggandakan pahala demi mengejar keberkatan dari-NYA insyaAllah. Ameen!
Wallahualam
8.00am
1 Ramadhan 1441H
Bandar Botanik Klang
PKP Hari ke-38

"...Mungkin inilah peluang yang Allah berikan kepada kita untuk mengamalkan sebenar-benar ibadah puasa. Kita berbuka puasa dan bersahur sekadarnya. Makan masakan isteri kita dan tidak membazir. Kalau masakan tak jadi pun tak apa. Boleh post dalam group facebook 'Masak Apa Tak Jadi Hari Ni'..." - YAB TSMY
Guess what? Terus viral facebook group tersebut. Aku yang tak pernah tahu ni pun pergi geledah group tersebut. >>MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL<< Tak sangka sampai ke tahap ini "cakna" tuan YAB PM kita terhadap rakyat. Haha.
Untuk teks perutusan penuh beliau boleh rujuk SINI.
Alhamdulillah. Seperti yang dijangkakan. PKP telahpun dilanjutkan sehingga 12 Mei dan PM pun dah bagi hint ada kemungkinan besar juga akan terus dilanjutkan sehingga selepas Hari Raya. Apapun insyaAllah itu yang terbaik. Semoga kita dapat belajar dari apa yang berlaku di Italy dan US. Aku percaya rakyat kita lagi matang dan berfikiran panjang. Teruskan amalkan social distancing, sentiasa basuh tangan dan sentiasa duduk di dalam rumah.
Dikesempatan ini juga aku ingin mengucapkan :
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
Semoga kita berjaya merebut seberapa banyak peluang untuk menggandakan pahala demi mengejar keberkatan dari-NYA insyaAllah. Ameen!
Wallahualam
8.00am
1 Ramadhan 1441H
Bandar Botanik Klang
PKP Hari ke-38
Comments
Post a Comment