Saturday, 31 December 2011

UPSI dan Jemputan Uni ASEAN. Tahniah!

Assalamualaikum.

Ketibaan hari pertama tahun 2012 telah menjadi pemangkin buat diri penulis untuk mencoretkan sedikit imbasan kenangan menyertai satu kejohanan silat mewakili SELANGOR yang buat julung2 kalinya disertai oleh penulis. 

Kejohanan Pencak Silat UPSI dan Jemputan Universiti ASEAN
21hb - 25hb Disember 2011
Gimnasium, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Yang telah disertai oleh pasukan2 kebangsaan yang terdiri daripada PESAKA setiap negeri, pasukan2 IPT dan pasukan2 jemputan luar daripada CHINA, KOREA, INDONESIA, THAILAND dan VIETNAM. 

Alhamdulillah, walaupun hanya berbekalkan 2 minggu latihan atau secara spesifiknya 6 hari latihan (latihan hujung minggu), mampu membawa balik pingat. Khususnya buat pasukan SILAT SENI yang disertai oleh penulis sendiri telah berjaya menyumbang 1 EMAS dan 2 PERAK. 

Tunggal Putera (PERAK) & Tunggal Puteri (EMAS)

Ganda Putera (Tempat ke-4)

Regu Putera (PERAK)

Naib Juara

Latihan dan kejohanan yang berlangsung jatuh pada minggu peperiksaan penulis yang menyebabkan penulis gagal memberi sepenuh perhatian dan tumpuan untuk kejohanan ini kerana terpaksa memberi keutamaan kepada persediaan menghadapi peperiksaan akhir semester. Pengorbanan yang terpaksa dibuat yakni berulang-alik UPSI-UIAM untuk terkejar2 menjawab exam pada masa yang sama menyertai kejohanan tersebut.

"Academic will always comes first!" 

dan hasilnya...Alhamdulillah~


Insyallah, our next game will be this coming February of 2012. Pray for our success. Don't forget, mintak doakan penulis dan sahabat2 semua yang sedang berjuang habis2an untuk peperiksaan akhir semester ni untuk berjaya dengan cemerlang. Insyallah.

Wallahualam.

Happy New Year 2012

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, berkesempatan juga untuk menaipkan sesuatu untuk post pertama tahun 2012 ni. By the way, 

SELAMAT TAHUN BARU 2012 !!
HAPPY NEW YEAR 2012 !!

ikhlas dari penulis, walaupun kini penulis masih dibebani dengan persediaan menghadapi peperiksaan akhir semester. Namun, 4 paper selesai ditempuhi dan masih tinggal 2 paper menanti. 

3 Januari 2012 - Calculus III
13 Januari 2012 - Introduction to Automotive Engineering

Begini jer lah sambuatan tahun baru kami :P







Ayuh kita tutup buku LAMA dan bukak buku yang BARU. Tanamkan AZAM yang baaru untuk dicapai sepanjang tahun ini. Semoga kita berjaya mencapainya kelak. Insyallah. Amiin.

Wallahualam.

Thursday, 15 December 2011

Kemalangan Lagi.


Assalamualaikum.

Sekali lagi telah digemparkan dengan kemalangan jalanraya yang berlaku berhampiran kampusku pagi tadi. Memang dahsyat. Sejak dua menjak ni asyik dengar macam2 bencana terjadi.

Lokasi : Bersebalahan Tol Gombak, Susur Masuk dari MRR2 ke persimpangan UIA.

Maka, berhati2 lah wahai pemandu2 di luar sana. Kita tak tahu bila ajal kita tiba. Mungkin hari ni. Mungkin esok. Mungkin minggu depan dan seterusnya. Ingatlah orang yang tersayang.

Wallahualam.


Iphone4S kini di Malaysia

Assalamualaikum.

Akhirnyeee~
Setelah hampir berbulan lamanya nantikan hari ini akhirnya tiba juga. Yaa. PELANCARAN Iphone 4S OLEH MAXIS untuk pasaran Malaysia di KLCC hari ini. Riuh juga dibuatnya terutama dalam kalangan peminat getar Iphone. Masing2 sanggup beratur panjang untuk mendapatkan Iphone4S.


PEMBELI iPhone 4S pertama Leanard Chan, 16, dan Cheng Kan Yew, 37, menunggu dari pagi untuk memiliki iPhone 4S yang dilancarkan oleh Maxis untuk pasaran Malaysia di KLCC. Foto: Hazreen Mohamad (16/12/2011)

Teringin jugak aku nak sebijik. Tapi dengan SAMSUNG GALAXY S2 pun aku dah bersyukur. Cukup lah sekadar untuk memberi kemudahan untuk aku berkomunikasi sepanjang pengajian aku. Insyallah ada rezeki bila bekerjaya nanti akan ku angkat sebijik handphone keluaran APPLE yang 'hot' ketika itu. Haha.

p/s : beli handphone pun masuk paper ka? Best la kalau gitu. Aku pun nak! Haha.

Wallahualam.

Thursday, 8 December 2011

Jarang UPDATE!

Assalamualaikum.

Maaf sesangat kepada yang nantikan post dari laman sesawang Jejak Musafir ni. Diri penulis kini teramat sibuk dengan komitmen yang bertali arus. Habes satu benda, datang lagi satu benda. Begitulah fenomena yang harus dihadapi oleh setiap mahasiswa kerana di zaman ini lah mereka nak didedahkan dengan sumber kehidupan yang sebenar dari pelbagai aspek.


Yer. Memang penulis kini teramat sibuk. Tentu ada yang tertanya apakah yang disibukkan oleh penulis sehingga nak meluangkan 10 minit untuk mengupdate blog pun terasa payah. Baiklah. Suka untuk penulis nyatakan di sini.

1. Komitmen dalam pelajaran.

Sepanjang 3 minggu yang lalu, penulis terpaksa berdepan dengan pelbagai assignment (tugasan) , midterm exam, kuiz dan lab report submission yang mana kesemuanya berlaku pada jurang masa yang sangat pendek antara satu sama lain.

Persediaan untuk presentation bagi dua subjek yang berbeza. Alhamdulillah, satu daripadanya telah pun selesai manakala yang satu lagi bakal di laksanakan minggu depan.

2. Melatih

Yaa. Kini penulis telah dipertanggungjawabkan untuk memimpin latihan pencak silat khususnya silat seni bagi gelanggang silat penulis sendiri (title : pembantu gurulatih) sebagai persediaan untuk mereka menghadapi kejohanan yang besar iaitu Kejohanan Pencak Silat Kebangsaan PSSGM (Dewasa dan Remaja) yang akan diadakan di Kedah pada 21hb-25hb Disember ini.

Masih banyak yang perlu diperbaiki dan masa yang diperuntukkan untuk mereka berlatih ialah bermula dari pagi sehingga lewat petang. Namun, atas kesibukan penulis yang terpaksa memberi keutamaan dalam menghadiri kuliah, penulis hanya dapat 'turun padang' untuk setiap petang sahaja.

3. Berlatih

Mungkin penulis seorang gurulatih yang memimpin anak2 murid di gelanggang sendiri. Namun, penulis juga merupakan seorang atlit yang bernaung di bawah kontinjen Negeri Selangor. Maka di situ penulis masih memikul tanggungjawab sebagai seorang atlit negeri untuk menyumbangkan pingat dalam kejohanan2 yang disertai.

Insyallah, jika tiada arah melintang, penulis bakal menyertai satu kejohanan peringkat antarabangsa yang akan diadakan pada 21hb - 25hb Disember ini iaitu Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa (UPSI) dan IPT 2011 yang akan diadakan di Perak. Dikhabarkan penyertaan pasukan seramai 22 pasukan. Jelas saingan yang sengit bakal dihadapi oleh kontinjen kami yang hanya berbekalkan lagi 2 minggu untuk membuat persiapan terakhir. Doakan kami berjaya membawa pingat pulang. Amiin.

4. Final Exam

Pengajian untuk semester kali ni tanpa disedari telah pun sampai kepenghujungnya. Jadual final exam telahpun dikeluarkan. Berikut adalah jadual penulis sepanjang minggu peperiksaan tersebut :

29/12 - UNGS 2050
30/12 - Material, Sciences & Engineering
31/12 - Introduction to Economics for Engineering
3/1 - Calculus 3
13/1 - Introduction to Automotive Engineering

Banyak lagi silibus yang perlu dicover. Keadaan ini lagi menyebabkan penulis kerap merasa tertekan terutama bila terpaksa clash dengan komitmen berkaitan silat. Memang satu dilemma. Namun, keputusan tetap perlu dibuat. Insyallah. Penulis ingin membuktikan kepada semua bahawa kesibukan beraktiviti bukan penghalang untuk berjaya dalam pelajaran. Doakan penulis berjaya menjawab soalan dengan tenang dan dapat bersedia dengan sebaiknya. Amin~

Begitulah kesibukan yang dihadapi oleh penulis. Memang kalau diikutkan, penulis tak mempunyai masa untuk berfacebook, bertwitter, berblogging dan seumpamanya. Dengan itu, sekali lagi, penulis memohon maaf dan mungkin akan jarang mengupdate post sehingga selesai kesemua tanggungjawab dan amanah yang perlu dilaksanakan.


" Wa makaru Ma karallah, Wallahu khairul Ma kirin. "
(Kita merancang, Allah pun merancang dan Allah adalah sebaik2 perancang)

p/s : walaupun sibuk, alhamdulillah kerana penulis masih mempunyai ruang dan masa untuk bertwitter (mobile). so, kepada sahabat2 yang masih belum follow Twitter penulis boleh berbuat demikian di [sini]. Sekian.

Wallahualam.

Saturday, 26 November 2011

White

Alhamdulillah.

Now I'm already have my own smartphone! Initially I'm very confuse in making decision which phone do I need to choose either Blackberry, I-phone4 or Samsung Galaxy S2. After some period of time, I have encountered many suggestions from my brothers, friends and now I have make up my mind to own a Samsung Galaxy S2 as my phone until I work hopefully.


But then, on the same day I bought this phone, my brother who suggested me to buy an I-phone4 was so shocked because he himself had owned a galaxy S and found that I-phone is better compared with samsung's smartphones. He was not so satisfied with my choice but then I'm still with my own galaxy S2 and I'm not planning to trade it or what ever and I will stick with it. Hopefully for a very long time. Insyallah.

Now, I'll be able to online anywhere as long as I'm on campus. I had sacrifice my Uia WiFi account of my laptop just to apply it to my smartphone's WiFi. Haha.

Wallahualam.

Thursday, 10 November 2011

Broga Hill berjaya ditawan.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Berkesempatan jugak aku untuk mencoretkan sesuatu tika dalam keadaan 'FREE' walaupun hakikatnye banyak assignment yang bertimbun atas meja.

Pengalaman PERTAMA aku melakukan pendakian di Subuh hari. Actually belum masuk Subuh pun. Yeah! Bukit Broga berjaya ku TAWAN dalam masa hampir 1 jam setengah. Rasenyer. Haha. Malas nak melalut. So, pokok ceritenye, semalam bersamaan 091111 (lawa gak tarikhnyer tu) aku bersama 10 lagi sahabatku yang lain telah melakukan pendakian di Bukit Broga. 5 lelaki 6 perempuan.

First time mendaki bersama sahabat UIA, first time mendaki di tengah kegelapan pagi buta, first time mengimami solat subuh dipertengahan perjalanan yakni di atas bukit tu, first time mengambil gambar scene kat atas bukit secara LIVE dan macam2 lagi la first time. Haha.

..kami bersebelas, not all UIA-ians actually. Pun baru jer kenal sepanjang pendakian..

..bersama kenalan baru dari UiTM Shah Alam student Engineering..

..tenang betul bila merenung kebesaran Allah tika matahari terbit..

Harap2 pendakian kali ini bukan pendakian terakhir buatku. In other words, siape yang nak mendaki memane lepas ajak la aku yer. Terasa BEST pulak sukan jenis ni. Eh2 ni sukan ke ek. Haha.

p/s : Thanks for the invitation you guys.

Wallahualam.

Tuesday, 8 November 2011

Gayong Jelajah Perancis 2011 | PSSGM UMP

Assalamualaikum.

Untung la wahai sahabatku kerana dapat merasai pengalaman menurunkan ilmu GAYONG di negara orang. Dapat merasai suasana dan semangat bangsa seberang menuntut ilmu gayong. Semangat mereka. Dan dapat bertukar2 pengalaman serta ilmu dalam semua bidang tidak hanya tertumpu pada silat. Memang jujur dari hati penulis, terasa JEALOUS yang teramat sangat bila mendapat tahu sahabat seperjuangan yang sama2 menuntut sehingga diperingkat yang sama namun beliau diberi peluang untuk meluaskan pengalaman mengajar anak2 bangsa lain selain dapat meningkatkan lagi tahap keyakinan dan kaedah mengajar yang berkesan.

Tak perlu untuk aku ungkapkan satu persatu detik dan pengalaman sahabatku ini. Cukup sekadar mempamerkan gambar2 yang diserap secara langsung dari blog Cikgu Shaiful Hakim yang mana merupakan salah seorang yang mengikuti trip mereka.

Projek Kedua PSSGM UMP yang diberi nama Gayong Jelajah Perancis (GJP) dengan kerjasama :
Pertubuhan Silat Seni Gayong France (AFSSG),
PSSGM UMP a.k.a. Naga Rantau &
PSSGM Pahang.

Disertai oleh 6 orang anak Gayong iaitu :

Bengkong Hitam HPCS III (PSSGM)
Pensyarah Universiti Malaysia Pahang (UMP).

3rd Dan Blackbelt (AKMA), Bengkong Pelangi Merah Cula III (PSSPGM)
Pegawai Kebudayaan Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Bengkong Hitam HPCS I (PSSGM)
Government Medical Assistant.

Cikgu Khairul Afrizal MOHD ALI
Bengkong Pelangi Kuning Cula IV (PSSGM)
Officer from Malaysia Ministryof Internal Affair.

Bengkong Pelangi Kuning Cula I (PSSGM)
4th Year UMP Engineering Student.

Bengkong Pelangi Kuning Cula I (PSSGM)
4th Year UMP Engineering Student.

Day 1

Day 2

Day 2 : Exchange techniques with Judokas

Day 3 : Di Taman sempadan France-Belgium

Day 4 : With Club Pencak Silat of Mouscron, Belgium

Day 5 : With Club of French Combat Stick (Canne a Combat)

Day 6 : Last day for Intensive Course before Grading at Lille, France

Day 7 : Mandi Bunga

Day 7 : Grading & Penyampaian Bengkong

Harap2 dengan ilmu yang diperolehi oleh mereka2 ini dapat ditaburkan buat anak2 bangsa kita di sini. Pengalaman yang sangat seronok. Bak kata pepatah " Sambil Menyelam, Minum Air". Tentu banyak juga tempat yang mereka lawati sepanjang trip tersebut.

Sekian untuk kali ini. Sekadar memberi credit buat sahabat2 yang bagi aku SANGAT BERTUAH.

p/s : Untung laa~ Abg Ihsan. Hehe.

Wallahualam.

Transit Sebentar di McD

Assalamualaikum.

Berkesempatan untuk meng'online'kan diri di McD Cheras Perdana sementara menunggu detik untuk mendaki Bukit Broga di Subuh hari esok. Huish. Tak sabarnye. Maklumlah, diri ni memang dah lame rancang untuk mendaki bersama sahabat2 namun kekangan masa yang agak melampau telah memaksa penulis untuk menangguhkan niat tersebut.


Malangnya, pendakian kami sebentar lagi tidak dapat dicoretkan bersama kepilan gambar akibat ketiadaan kamera DSLR. Haha. Kamera Blackberry Bold 3 pun jadi la. By the way, harap2 cuaca pagi esok baik dan semoga perjalanan kami dilindungi dari sebarang kejadian yang tidak diingini. Insyallah. Amiin~

p/s : Yang turut bersama dalam pendakian esok ialah Saifuddin Hashim dan Nazrul Arif serta sahabat2 muslimat yang lain.

Wallahualam.

Monday, 7 November 2011

Raya Haji Kedua 1432H

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, berkesempatan jugak untuk mengupdatekan sesuatu. Sejak belakangan ni menghadapi masalah untuk meng'online'kan diri. Terpaksa terpisah dengan dunia luar seketika. Memang sesuatu yang menyiksakan. Haha.

Di hari kedua Raya Eidul Adha. Alhamdulillah, berkesempatan berkumpul satu keluarga, LENGKAP. bersama keluarga kedua abangku yang sama2 menginap di rumah kami. Tengahari tadi berkesempatan untuk menikmati juadah 'Ayam Penyet' bersama-sama di Restoran 'Ayam Penyet' sekitar Wangsa Walk a.k.a. WAWA. Dan seperti biasa, kegiatan berlegar-legar dan berjalan2 di sekitar WAWA. Walaupun pada awalnye tiada hala tuju. Namun, selepas memulakan langkah, banyak pulak arah nak dituju. Haha.



Sedang berjalan2 di WAWA, baru ku sedar kelibat Medan Selera yang baru sahaja dibina. Atau mungkin aku saja yang baru tahu. Haha. Agak menarik! Disebabkan perut maseh kenyang gara2 ayam penyet seketul yang berjaya mengenyangkan satu badan, aku bersama siblings saja berlegar2 di kawasan medan selera tersebut ala-ala membuat pantauan kebersihan. HAHA




Beest jugak. Walaupun menghabiskan masa tak sampai berjam-jam lamanye, namun berjaya mengubati kebosanan. Yang tak tahannye, ade jugak parent yang join game 'Snake & Ladder' kat bawah ni haa. Haha. Ni mesti kes nak bagi semangat kat anak2. Terpaksa join sekali.


Insyallah, setakat ni jer dulu. Keadaan tak mengizinkan aku untuk menaip lelame. Last but not least, HAPPY BIRTHDAY to my eldest brother, Nazrul Amir Aliasaa bin Aliasaa. Sangat sporting! Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Insyallah.


Wallahualam.

Sunday, 6 November 2011

Raya Pertama Eidul Adha 1432H

Assalamualaikum.

SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA 1432H
MAAF ZAHIR & BATIN

Raya pertama Eidul Adha. Berpakaian seperti Raya Eidul Fitr yang lalu yakni berbaju melayu KUNING, bersongket dan bersongkok ketika menunaikan Solat Sunat Eidul Adha. Suasana hari Raya yang bagi aku bergantung pada seseorang untuk menghidupkan suasana RAYA itu sendiri.

Kalau seseorang itu hanya berpendirian untuk memakai pakaian ala kadar dan tidak ingin melibatkan diri dalam urusan qurban, maka mereka telah memilih jalan untuk menghidupkan suasana Raya Haji mereka dengan suasana yang BIASA yakni seperti hari2 biasa.

Tetapi jika mereka bangun di pagi raya sejurus membuka siaran tv mendengar takbir raya bergema, berpakaian baju baru, datang ke masjid awal dan turut serta dalam takbir raya serta melibatkan diri dalam urusan qurban di surau2 atau masjid2 berdekatan, maka mereka inilah yang beruntung kerana mereka telah berjaya menghidupkan suasana Raya Qurban yang sebenar. Amatilah maksud hadis di bawah.
"Bangunlah, saksikan qurban itu, sesungguhnya titisan pertama darah itu dapat mengampuni dosamu yang telah lalu.."
-HR Hakim dari Abu Said Al Khudri-
Selesai Solat Sunat Eidul Adha pagi tadi, kami sekeluarga terus menuju pulang ke rumah untuk menikmati juadah lemang, nasi himpit dan rendang buatan ibu tercinta. Di tengahari pula kami berpeluang untuk menziarahi kubur Arwah Nenek yang telah genap 5 tahun meninggalkan kami. Alunan bacaan Yaasin dari kami sekeluarga disedekahkan khusus buat roh nenek agar roh sentiasa tenang dan ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman. Amiin.

..operasi membersihkan kubur..

"..Yaasiiin..wal quranil hakiim.."
..ade jugak nampak macam golongan diraja kan? Hehe..

..menjadi amalan orang2 melayu menyiram kubur dengan air zam2..

Insyallah, di malam hari pula, ketibaan abang sulung aku sekeluarga dari Perak (Kampung Mertuanya) akan memenuhi kuota sebenar keluarga kami. Didoakan agar mereka selamat sampai. Insyallah.

Wallahualam.

Saturday, 5 November 2011

Senario Malam Raya Qurban

Assalamualaikum.

Senario malam raya bersama keluarga. Berbuka puasa di Medan Selera Tesco Rawang dan shopping grocery sikit. Ade jugak selingan sesi fotographi dengan menggunakan Galaxy Tab 10.1 milik my sister. Boleh tahan jugak la gambar die.







The PICTURE of the day!


p/s : Dikesempatan ini, penulis ingin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA

kepada semua pengunjung2 dan pembaca2 sekalian dan tak lupa jugak kepada insan2 yang mengenali diri penulis.

Wallahualam.

Pabila tiba Hari Wukuf di Arafah

Assalamualaikum.

Berjuta2 Jemaah Haji menuju ke Padang Arafah

Seperti yang semua tahu, hari ni merupakan hari di mana semua jemaah yang menunaikan haji menjalankan salah satu rukun HAJI yakni berwukuf di Arafah. Pada masa yang sama juga, umat ISLAM seluruh dunia disunatkan untuk berpuasa sempena Hari Arafah dan kelebihan yang diperoleh dari amalan puasa tersebut boleh rujuk hadis di bawah.
Sabda Rasulullah s.a.w

صَوْمُ يَوْمِ عَرَفَةَ يُكَفِّرُ سَنَتَيْنِ مَاضِيَةً وَمُسْتَقْبَلَةً وَصَوْمُ عَاشُوْرَاَء يُكَفِّرُ سَنَةً مَاضِيَةً

Puasa hari Arafah menebus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang dan puasa Asyura (10 Muharram) menebus dosa setahun yang telah lewat. (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud dari Abi Qotadah)
Kepada yang berpuasa hari ni, penulis mengucapkan SELAMAT BERBUKA. Dikesempatan ini juga suka untuk aku kongsikan bersama sedikit info yang aku dapat menerusi laman mukabuku.
Hari ini 5 November 2011 bersamaan 9 Zulhijjah 1432 H merupakan hari berwukuf di Arafah. Bagi kita di Malaysia, ia bersamaan dgn masa dari 5.00 ptg hingga 10.39 mlm. Wukuf, waktu bila mana ketujuh-tujuh syurga dibuka, bila mana tiada 'hijab' di antara Allah SWT dan hamba-NYA, waktu paling AFDAL dalam setahun untuk berdoa dan solat. Marilah kita manfaatkan waktu beberapa jam ini memanjatkan doa bertaubat dengan sesungguh hati penuh harapan.
Insyallah, ayuh sama2 kita bermunajat sementara masa masih ada untuk memohon segala apa yang kita hajatkan sebelum tiba jam 10.39 mlm ni.

YEAH, ESOK HARI RAYA QURBAN!!


Ayuh kita mengimbas kembali kisah Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Ismail dan mengambil iktibar atas peristiwa yang terjadi kepada mereka.

Wallahualam.

Friday, 4 November 2011

Trafik Lancar : Balik Kampung


Assalamualaikum.

Cuti Raya Eidul Adha dah mula. Bermakna misi untuk pulang ke kampung halaman pun dah mula. Alhamdulillah. Bertolak pulang ke kampung sekitar jam 1130 pagi tadi. Selamat tiba jam 1230 tengahari. Agak terkejut kerana trafik tak sesak macam dijangka dan lancar sepanjang Lebuhraya PLUS menuju ke RAWANG. Hmm. Tapi kenape kejap semacam jer kan perjalanan pulang ke kampung? Sebab kampung halaman aku hanya terletak di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Haha.

punyelah takut sesak kat tol Duta, siap ready topupkan touch n go. tengok2 lengang je. Haha.

Sibuk online. Tetibe baru sedar dah tinggal 500m jer lagi nak sampai. Haha.

Awasilah had kelajuan kereta anda!
Tapi memang SIKSA gila nak drive atas highway bawah 110km/h. Series!

Cuti seminggu sempena midbreak dah pun bermula bermaksud karier sebagai blogger aktif bakal bermula kembali. Woha!

p/s :Tapi aku pelik. kenape Tol Gombak jem semacam jer masa nak bertolak tadi. Mungkin ramai yang menuju ke TIMUR berbanding ke UTARA dan SELATAN.

Wallahualam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...