Posts

Showing posts from December, 2015

SEMBANG KOSONG | PIALA MALAYSIA & PAU 2015

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Kekadang bila terlampau banyak nikmat yang Allah dah kurniakan pada kita, kita terleka dengan hakikat tujuan asal Allah kurniakan nikmat tersebut. Terkadang ungkapan syukur dimulut sukar untuk kita lafazkan inikan pulak nak hadirkan niat di hati untuk bersyukur atas nikmat kurniaanNYA. Alhamdulillah, semalam telah berlangsungkan aksi final Piala Malaysia antara Selangor menentang Kedah di Stadum Shah Alam. Dan skuad The RED GIANT itu berjaya dinobatkan sebagai JUARA selepas berjaya menundukkan pasukan Kedah dengan 2-0 atas jaringan Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-4 dan ke-47. Dengan kemenangan yang ke-33 kali tersebut telah menyebabkan MB Selangor mengisytiharkan CUTI PERISTIWA pada hari Isnin 14 Disember 2015 iaitu esok. Seronok betul kakitangan kerajaan dan swasta yang mencari rezeki di sekitar Selangor bila dengan rasminya hari esok diisytiharkan cuti. Malangnya buat diriku, terpaksa ku relakan juga untuk ku jejakkan kaki ke pejabat esok hari untuk t

Impian Terkubur

Image
Assalamualaikum. (coretan penuh emosi..alhamdulillah sekarang ianya terubat.. sekadar perkongsian keperitan yang ku lalui ketika itu..mohon nasihat..) Alhamdulillah. Setelah sekian lama tak meluangkan masa bersama sahabat. Coursemateku dahulu. Kini seorang engineer di salah sebuah syarikat bumiputera yang membekalkan pam untuk indusri Oil & Gas. Genap 9 bulan aku menyewa di Shah Alam tapi baru bulan lepas tahu ada juga dalam kalangan sahabat seUIA yang kini ramai menyewa dan bekerja di area Shah Alam dan sekitarnya. Entah kenapa tetibe terasa nak kongsi sikit salah satu detik agak pahit yang aku lalui dahulu. Iaitu detik di mana aku terpaksa menguburkan hasrat dan impian aku selepas 10 tahun membanting tulang dengan perit jerih berusaha untuk capai ke tahap ini. Ya. Penglibatan ku dalam arena pencak silat. Setelah sekian lama nantikan akhirnya berjaya juga terpilih untuk menyahut cabaran negara untuk ke pentas Sukan SEA mewakili skuad elit negara. Alhamdulillah. Masa tu sangat tera

Welcome to the FAMILY!

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Bulan penuh barakah buat aku dan keluarga. Syukur. Dalam sebulan kami sekeluarga telah menerima dua ahli baru dalam keluarga kami. Dahulunya hanya 12 orang termasuk anak buahku 3 orang. Dan kini sudah menjadi 14 orang kesemuanya.  Tanggal 31 Oktober 2015, adik bongsuku telah selamat diijab qabulkan dengan pasangan pilihan hatinya, Maryam Rufaida binti Dzulkefli. Dan majlis walimah sebelah lelaki diadakan pada tanggal 1 November 2015 iaitu keesokannya. Alhamdulillah. Secara tak langsung kini mak ayahku dah mempunyai 6 orang besan (3 keluarga ipar). Perasaan aku? Agak bercampur baur. Tak terlintas dalam fikiranku yang antara kami bertiga, yang bongsu 'jalan' dulu. Sungguh, rasa terkejut sebenarnya. Tapi itulah yang dikatakan jodoh. Kekadang Allah rencanakan ia secara tetiba dan seakan kejutan di tengah-tengah plot dalam pentas kehidupan hamba-NYA. Tahniah Arif! Moga dikurniakan kekuatan dalam merentasi cabaran hidup berkeluarga