SEMBANG KOSONG | PIALA MALAYSIA & PAU 2015

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Kekadang bila terlampau banyak nikmat yang Allah dah kurniakan pada kita, kita terleka dengan hakikat tujuan asal Allah kurniakan nikmat tersebut. Terkadang ungkapan syukur dimulut sukar untuk kita lafazkan inikan pulak nak hadirkan niat di hati untuk bersyukur atas nikmat kurniaanNYA.

Alhamdulillah, semalam telah berlangsungkan aksi final Piala Malaysia antara Selangor menentang Kedah di Stadum Shah Alam. Dan skuad The RED GIANT itu berjaya dinobatkan sebagai JUARA selepas berjaya menundukkan pasukan Kedah dengan 2-0 atas jaringan Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-4 dan ke-47. Dengan kemenangan yang ke-33 kali tersebut telah menyebabkan MB Selangor mengisytiharkan CUTI PERISTIWA pada hari Isnin 14 Disember 2015 iaitu esok. Seronok betul kakitangan kerajaan dan swasta yang mencari rezeki di sekitar Selangor bila dengan rasminya hari esok diisytiharkan cuti. Malangnya buat diriku, terpaksa ku relakan juga untuk ku jejakkan kaki ke pejabat esok hari untuk terus menabur bakti buat syarikat yang tersayang. HAHA. Hanya dikreditkan sehari cuti tahunan sebagai pengganti.


TAHNIAH lagi skali dan SELAMAT BERCUTI buat semua pekerja di sekitar Selangor.

Alhamdulillah juga selesai sudah Perhimpunan Agong UMNO yang dijalankan sepanjang minggu lepas. First time dalam sejarah hidup aku follow up pembentangan dasar dalam Perhimpunan Agong UMNO kali ini. Takde lah follow up 100%, sekadar tonton keratan video-video yang dipostkan di FB. JANGAN disalah tafsir ye! Hajat hati bukan untuk cenderung ke arah UMNO mahupun menyokong idealogi mereka, tapi hanya sekadar tertarik dengan perjalanan perhimpunan agong kali ini yang menampilkan dua puak yang mempunyai pendekatan yang berbeza yakni Pro-NAJIB dan Pro-MUHYIDDIN. Dan kenyataan yang diberi oleh perwakilan kali ini nampak kelainan kerana ada yang betul-betul menampakkan ketidak puas hatian dalam menyuarakan isi hati rakyat terutama dalam isu kenaikan segala macam harga sekarang. Harga tol, harga pengangkutan awan dll. Dan yang lagi aku tertarik ada juga dalam kalangan perwakilan yang berani untuk bersuara secara lantang dengan menyangkal sikap menteri-menteri yang bertindak mengeluarkan kenyataan yang agak tak matang dan tak relevan langsung seperti "kalau harga sayur naik, tak payah makan sayur, kalau harga tol naik, takyah pakai jalan bertol, dan seumpamanya." SYABAS YB! Kerana berani bersuara atas tiket veteren UMNO. Sedap pulak telinga ini dengar bila menteri berkenaan terang-terangan di'tepek' semasa ucapan perwakilan tersebut. Rasa puas pun ada. HAHA.


Apa pun, perhimpunan agong sudah selesai. Harap ada perubahan lepas ni. Jangan hanya sekadar janji. Apa yang dikatakan tak penting. Sejauh mana tindakan itu lagi penting. Selalu nak ingatkan, kalian pemimpin yang menerajui segala jenis organisasi ini, tolong jujur dan amanah dalam melaksanakan tugas. Jadikan tugasan yang diterima itu sebagai amanah dari ALLAH. Bayangkan kalau arahan itu betul-betul datang direct dari ALLAH, agak berani tak kita nak cuba memanipulasikan amanah itu untuk kepentingan kita sendiri? Fikir-fikirkan. Segala apa yang dikurniakan kekadang kita lihat sebagai nikmat dari ALLAH. Tapi percayalah kebanyakannya bukan lah sekadar nikmat, TETAPI UJIAN dari ALLAH. DIA nak lihat sejauh mana dengan DARJAT yang DIA kurniakan di atas muka bumi ini mampu atau tidak untuk menjalankan amanah dengan telus dan ikhlas.

Wallahualam.

Comments